Aku mengagahkan diri untuk masuk ke dalam wad tengku dhanie walau hakikatnya tengku dhanie tidak mengingat dan mengenali aku.
"assalamualaikum." ucap puan safiyah setelah menolak pintu masuk wad tengku dhanie. aku pun melihat tengku dhanie sedang duduk menyandar di katil sambil berbual dengan tengku khair.
"waalaikumussalam, mama." jawab tengku dhanie dengan penuh ceria. "mama pergi mana. lama dhanie tunggu mama." kata tengku dhanie.
"maaf sayang. mama pergi tandas tadi. how are you?" tanya puan safiyah.
"dhanie okay mama." jawab tengku dhanie. namun dia agak pelik apabila melihat aku di belakang puan safiyah bersama dengan asmara.
"hi dhanie." sapa asmara.
"weh as, dah lama aku tak jumpa kau. rasanya lepas pt3 kita dah tak jumpa." kata tengku dhanie. ingatanya hanya berada di tahun terakhir mereka semua berada di tingkatan 3.
"ish kau ni. masa tukan habis pt3 aku terus balik rumah atok aku dekat sarawak. mana ada masa kita jumpa. kau dah lupa ke." kata asmara.
"eh haahlah aku lupa." kata tengku dhanie. dia masih memandang ke arah aku dengan penuh kebingungan. "siapa ni?" tanya tengku dhanie. dia semakin bingung melihat aku berpakaian sekolah dalam keadaan perut aku semakin membesar.
"dhanie tak ingat ke ni siapa?" tanya puan safiyah.
"siapa eh. dhanie tak ingat. kawan kau ke as." kata tengku dhanie. hati aku mulai luluh apabila tengku dhanie tidak mengenali dan mengingati aku langsung. aku cuba menahan air mata aku dari terus mengalir.
"ni ara, isteri dhanie." jawab tengku khair.
"isteri? papa merepek apa ni. sejak bila pulak dhanie kahwin. dhanie sekolah pun tak lagi." kata tengku dhanie.
"dhanie, ara ni memang isteri dhanie. dhanie tak ingat ke." kata puan safiyah pula. tengku dhanie cuba mengingat kembali namun tidak berjaya. tidak ada sekilas bayang pun wajah aku di fikirannya.
"bila masa dhanie ada isteri. entah perempuan mana datang mengaku dia isteri dhanie kan." kata tengku dhanie. kata katanya membuat hati aku terluka walaupun aku tahu dia tidak sengaja untuk mengata sebegitu. aku pun berlari keluar kerana tidak tahan melihat keadaan tengku dhanie.
"apa yang dhanie cakap ni. tak baik cakap macam tu dekat ara. kesian dekat dia tu dah lah tengah mengandung!" tegur puan safiyah.
"saya pergi tengok ara ya auntie, auncle." pinta asmara.
"ha yelah. apa apa bagitahu auncle dengan auntie." kata tengku khair.
"kenapa dhanie nak kena jaga hati dia sedangkan dhanie tak kenal pun dia siapa. datang datang je mama dengan papa cakap yang dia isteri dhanie. mengandung pulak tu. apa dhanie ni pak sanggup ke." kata tengku dhanie dengan sedikit kasar. laju saja tapak tangan puan safiyah hinggap di pipi tengku dhanie.
"apa ni ma! kenapa mama tampar dhanie pulak." marah tengku dhanie.
"mama tak pernah ajar dhanie cakap kasar dengan perempuan. dia tu isteri dhanie dan anak dalam kandungan dia tu anak kamu. kalau kamu rasa kamu tak boleh terima dia kamu boleh tak jangan nak cakap dia bukan bukan macam tu." kata puan safiyah.
"sabar ma, dhanie ni hilang ingatan. mama kena ingat yang dia tak ingat langsung pasal ara. mama sabar okay." kata tengku khair.
"papa nak mama sabar macam mana. dia ni hilang ingatan je. apa adab yang kita ajar selama ni pun ikut hilang sekali ke." kata puan safiyah. "dah lah mama nak balik. papa teman lah anak papa ni sampai dia keluar wad." kata puan safiyah.
"ma dhanie mintak maaf ma." pinta tengku dhanie.
"mama akan maafkan dhanie tapi dhanie kena pergi mintak maaf dengan ara dengan apa yang dhanie dah cakap dekat dia." kata puan safiyah. dia pun terus keluar untuk mencari aku.
"pa, macam mana ni pa. dhanie bukan sengaja nak cakap macam tu pa. dhanie memang tak ingat siapa perempuan tu pa." kata tengku dhanie.
"ye papa tahu tapi kamu tak sepatutnya cakap macam tu dekat ara. dia pun ada perasaan tau." kata tengku khair.
"ye dhanie tahu dhanie salah. dhanie kasar sangat cakap macam tu dekat dia.lagipun tetiba semua bagitahu yang dia tu isteri dhanie mana dhanie tak terkejut dengan mengandung lagi.
"papa faham. bukan mudah untuk kamu terima semua ni." kata tengku khair.
"apa sebenararnya berlaku papa. dhanie tak faham." kata tengku dhanie.
"tak apalah, kamu rehat dulu. nanti bila kamu dah boleh balik papa akan cerita semua apa yang berlaku." kata tengku khair.
"okay pa." balas tengku dhanie
setelah tiga hari di hospital selepas sedar dari koma, tengku dhanie telah dibenarkan pulang. tengku dhanie sudah pun mengemas semua barang barangnya dan menunggu kehadiran tengku khair dan puan safiyah untuk menjemputnya pulang. setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tengku khair pun datang bersama dengan pak abu.
"mana mama, pa?" tanya tengku dhanie apabila dia tidak melihat puan safiyah.
"mama ada, dia tunggu dekat rumah." jawab tengku khair.
"mama marahkan dhanie lagi kan." kata tengku dhanie.
"mama tak marah dah tu. mama tu temankan ara dekat rumah. dia tak berapa sihat." jawab tengku khair.
"yelah pa, lebih sayangkan anak orang lain dari anak sendiri." kata tengku dhanie seperti dia sedikit cemburu dengan aku yang lebih perhatian dari puan safiyah. tengku khair tergelak kecil melihat tengku dhanie yang cemburu dengan aku. "papa ketawa kenapa?" tanya tengku dhanie.
"ish kamu ni dah besar pun masih nak cemburu." kata tengku khair.
"mana ada dhanie cemburu papa." nafi tengku dhanie.
"ha yelah tu. ni papa nak pesan. kamu tu nanti bila dah dengan ara tu jangan kasar sangat. layan dia baik baik. dia tu tengah mengandung, jangan buat dia stress pulak. cukuplah dia dah stress dengan kamu yang hilang ingatan tak ingat dia." pesan tengku khair.
"iya pa. papa pun dah macam mama jugak ke." kata tengku dhanie. dia terpaksa akur walaupun dia belum bersedia menghadap aku sebagai seorang isteri kepadanya.
Share this novel