Chapter 39

Romance Series 6991

Genap seminggu, akhirnya keadaan tengku dhanie berada dalam keadaan stabil walaupun hakikatnya dia masih belum sedarkan diri. dia sudah pun dipindahkan di wad biasa. setiap kali pulang sekolah aku tidak akan pernah lupa untuk singgah melawat tengku dhanie di hospital. selalunya aku akan ditemani asmara namun kali ini aku hanya datang seorang diri.

"assalamualaikum abang, ara datang ni." ucap aku di sebelah telinga tengku dhanie sebelum duduk di kerusi yang berada di sebelah katil tengku dhanie. aku pun memegang tangan tengku dhanie dengan tatapan sayu. "abang, ara datang nak bagitahu tadi ara baru je lepas buat chek up baby. doktor kata baby sihat." kata aku sambil meneluarkan gambar scan baby.aku pun meletakkan gambar scan di sebelah bantal tengku dhanie dengan keadaan sedih dan sayu melihat keadaan tengku dhanie. rutin harian aku tidak pernah berubah sehinggalah genap 5 bulan tengku dhanie koma.

5 bulan kemudian..

bunyi saja lonceng sekolah, aku terus bergegas mengemas barang - barang aku untuk terus ke hospital. namun hari ni aku agak sedikit keletihan memandangkan usia kandungan aku semakin membesar dan membuatkan setiap apa yang aku lakukan seharian sangatlah keletihan. berdiri saja aku berasa kepala aku sangat pening seperti mahu pingsan dan mujur saja asmara masih ada di sebelah aku.

"ara, kau kenapa ni? kau okay tak?" tanya asmara. dia sempat menahan tubuh aku dari jatuh. dia pun terus menyuruh aku kembali duduk. "kau duduk dulu." kata asmara.

"saya okay" kata aku sambil menahan diri dari pingsan.

"aku tengok muka kau pucat je ni. kau tak sihat ni." kata asmara.

"awak jangan risau. saya tak apa apalah. saya okay ni." kata aku sambil mengusap perut aku yang semakin membesar itu. aku pun menarik nafas perlahan lahan sambil merehatkan badan seketika.

"mana boleh aku tak risau. kau tu tengah mengandung. kalau jadi apa apa dekat kau dengan baby nanti macam mana." kata asmara.

"insya allah as, saya tak ada apa apa. jangan risau okay." kata aku.

"ni kau nak pergi tengok dhanie kan?" kata asmara.

"haah macam biasa." jawab aku.

"aku nak ikut. dah lama aku tak tengok dia." kata asmara.

"boleh as." jawab aku. sementara itu, telefon aku berbunyi. tertera nama puan safiyah di skrin talifon. aku pun terus menganggkat dan menjawab panggilan dari puan safiyah.

"assalamualaikum ara." ucap puan safiyah.

"waalaikumussalam, ya mama ada apa?" soal aku.

"ara dah pergi hospital tengok dhanie ke?" tanya puan safiyah.

"belum lagi mama, ara baru je nak gerak pergi tengok abang dengan as. kenapa mama?" tanya aku.

"ni mama dengan papa dalam perjalanan ke sana. ara datang cepat ya. doktor call mama cakap yang dhanie dah sedar." kata puan safiyah.

"ya allah, betul ke ni mama." kata aku dengan air mata sudah mengalir di pipi apabila mendengarkan tengku dhanie sudah pun sedar dari koma.

"ya sayang. ni nanti datang sini hati hati ya. mama dengan papa tunggu. kita jumpa dekat sana." kata puan safiyah.

"okay ma." jawab aku sebelum mengakhiri panggilan.

"ara kenapa ni? panik asmara yang melihat aku menangis.

"as, abang dah sedar as." kata aku dengan penuh teruja dan penuh kesyukuran.

"apa dhanie dah sedar! syukur alhamdulillah." kata asmara.

"jom kita pergi hospital sekarang. aku dah lama tunggu dia sedar. rindu sangat aku dekat dia." kata aku.

aku dan asmara pun terus bergegas ke hospital untuk melihat keadaan tengku dhanie. sampai di hospital, aku melihat puan safiyah dan tengku khair sedang menunggu di luar wad tengku dhanie.

"ma, pa.. macam mana dengan abang?" tanya aku.

"dokter tengah tukarkan dhanie ke wad biasa. kejap lagi kita boleh jumpa dengan dhanie ya." jawab puan safiyah namun riak wajahnya sedikit sayu apabila menatap wajah aku. dia teringat kata kata doktor sebentar tadi dengan keadaan tengku dhanie.

nurse yang menguruskan hal tengku dhanie pun keluar dari wad. "pemindahan patient dah selesai. sesiapa dah boleh masuk untuk melawat pesakit." kata nurse dahlia.

"baik terima kasih nurse." balas tengku khair sebelum nurse dahlia beredar.

"jom kita jumpa abang." kata aku namun tangan aku ditahan oleh puan safiyah.

"kenapa ma?" tanya aku.

"abang pergilah tengok dhanie dulu. mama nak cakap sikit dengan ara. as pun boleh dengar sekali." kata puan safiyah.

"ha yelah." jawab tengku khair sebelum dia pergi berjumpa dengan tengku dhanie.

puan safiyah pun menyuruh aku dan asmara duduk di kerusi. wajahnya sedikit sayu apabila dia memandang ke arah aku. "kenapa ni ma?" tanya aku dengan bingung.

"haahlah auntie ni kenapa?" tanya asmara pula.

"ara, sebelum kamu pergi jumpa dengan dhanie, mama ada perkara nak bagitahu kamu." kata puan safiyah.

"apa dia mama?" soal aku lagi.

"doktor ada cakap dengan mama yang dhanie hilang ingatkan buat seketika." kata puan safiyah.

"apa hilang ingatan!" terkejut aku dan asmara.

"dan kemungkinan jugak yang dhanie tak ingat kamu ara." sambung puan safiyah lagi.

aku pun diam terpaku dengan apa yang dikatakan oleh puan safiyah tadi. air mata aku kembali mengalir mengenangkan nasib apa yang akan berlaku kepada aku dan anak di dalam kandungan aku dengan keadaan tengku dhanie yang hilang ingatan.

"sabar ya sayang. kita sama sama usaha pulihkan kembali ingatan dhanie ya sayang." kata puan safiyah sambil memeluk tubuh aku.

"kenapa semua benda ni jadi dekat ara mama. apa salah ara ma." kata aku.

"kamu tak ada salah apa pun ara. jangan macam tu ya sayang." kata puan safiyah.

"yalah ara. kau kena kuat tau. fikirkan pasal anak dalam kandungan kau tu. nanti sama sama kita pulihkan kembali ingatan dhanie." kata asmara pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience