Sampai di rumah, aku mendengar suara puan safiyah sedang memarahi tengku dhanie. aku pun masuk ke dalam rumah dan melihat puan safiyah dan tengku dhanie di ruang tamu.
"kenapa dengan dhanie ni. dah macam budak kecik. tak malu ke bergaduh depan orang ramai. gaduh pulak dengan best friend dhanie pulak tu." bebel puan safiyah sambil menyapu ubat di luka yang ada di muka dan tangan tengku dhanie.
"dia bukan best friends dhanie lah ma." kata tengku dhanie.
"ya allah abang! abang kenapa ni?" tanya aku dengan panik apabila melihat wajah tengku dhanie lebam dan berdarah. aku terus datang ke arah tengku dhanie yang sedang diubatkan oleh puan safiyah.
"laki ara ni baru je lepas bergaduh." kata puan safiyah.
"ma, apa ni." kata tengku dhanie. dia tidak suka puan safiyah memberitahu aku tentang apa yang berlaku kepadanya.
"ma, biar ara sambung buat." kata aku. puan safiyah pun memberi ubat dan kantung ais kepada aku untuk aku menyambung tugasanya mengubati tengku dhanie. beg sekolah aku disandarkan di atas sofa bersebelahan dengan tengku dhanie.
"mama nak pergi dapur." kata puan safiyah. hanya tinggal aku dan tengku dhanie berdua di ruang tamu. aku pun mula menyapu ubat di luka yang ada di muka tengku dhanie dan menuamkan ais di pipi tengku dhanie yang agak bengkak.
"kalau sakit abang cakap tau." kata aku. tengku dhanie hanya mendiamkan diri dan membiarkan aku mengubati luka lukanya. dia hanya merenung wajah aku sehinggakan dia melihat air mata aku mulai bertakung dan jatuh membasahi pipi.
"kenapa ara nangis?" tanya tengku dhanie.
"ara tak boleh tengok abang sakit kena pukul macam ni." jawab aku.
"kenapa?" tanya tengku dhanie.
"dulu arwah ayah pun pernah kena pukul macam ni sebab gaduh dengan kawan dia. arwah ibu sedih sangat sebab ibu tak boleh tengok ayah sakit. setiap kali ayah sakit mesti ibu sedih." kata aku.
"kalau abang jadi macam arwah ayah, ara sedih ke?" tanya tengku dhanie.
"soalan apa yang abang tanya ni." kata aku dengan nada sedikit marah.
"saja, abang nak tahu." kata tengku dhanie.
"ara nak naik atas." kata aku. aku pun meletakkan ubat di dalam peti kecemasan semula. aku pun bangun dan membiarkan tengku dhanie sendiri. aku tidak suka apabila tengku dhanie mula berkata aneh kepadanya.
tengku dhanie hanya mampu mengeluh. dia tidak puas hati apabila dia tidak mendapat jawapan yang hendak dia dengarkan dari mulut aku tentang pertanyaan dirinya tadi. akhirnya dia tertidur di atas sofa di ruang tamu.
"haih, dah tidur dah budak ni." kata puan safiyah yang kemballi semula ke ruang tamu untuk melihat keadaan tengku dhanie. puan safiyah pun mencari aku sekeliling namun tidak kelihatan. dia kemudiannya kembali ke dapur untuk menolong mak jah menghidangkan makanan di atas meja memandangkan tengku khair tidak lama lagi akan pulang ke rumah untuk makan.
selepas menyiapkan kerja sekolah, aku pun melihat tengku dhanie yang sedang berehat di atas katil. aku pun datang ke arahnya untuk melihat keadaan dirinya. "dah nak baik dah ni." kata aku perlahan sambil menyentuh luka di muka tengku dhanie yang hampir mengering. tangan aku mula tersentuh leher tengku dhanie dan terasa sedikit hangat. aku mula merasa suhu di dahi tengku dhanie dan ternyata suhunya agak kehangatan. aku mula mengambil alat mengecek suhu di dalam laci bersebelahan katil untuk memereksa suhu tubuh badan tengku dhanie.
"abang demam ni." kata aku apabila alat itu telah mencatat suhu 38 darjah celcius yang menandakan tengku dhanie mulai demam kesan dari luka yang ada di mukanya. aku pun bangun untuk mengambil ubat di bawah namun tangan aku mula ditarik oleh tengku dhanie dan membuatkan aku terjatuh di dalam pelukkan tengku dhanie. "abang kenapa ni?" tanya aku.
"ara teman abang." kata tengku dhanie. dia mula memeluk tubuh aku dengan semakin erat. aku hanya membiarkan saja tengku dhanie memeluk tubuh aku sehingga aku turut terlena di dalam pelukkan hangat tengku dhanie.
Share this novel