Chapter 38

Romance Series 6991

keadaan aku sudah semakin pulih dan aku sudah dibenarkan pulang. kali ni aku ditemani mak jah kerana asmara dan yang lain tidak dapat hadir. mereka harus ke sekolah. mak jah pun mengemas pakaian aku untuk di masukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang.

"puan, mak jah dah kemas semua barang puan. jom kita balik puan." kata mak jah.

"mak jah boleh tak sebelum balik saya nak jumpa abang dulu mak jah." kata aku.

"itu puan kena tanya tengku dengan puan safiyah dulu. mak jah taknaklah pandai pandai. lagipun puan safiyah pesan kalau emosi puan tak stabil jangan bagi jumpa tengku dulu." kata mak jah.

"tolonglah mak jah, saya nak jumpa abang. saya janji saya akan jaga emosi saya. tolonglah mak jah." rayu aku. mak jah tidak sampai hati ingin menolak permintaan aku.

"okay. tapi sekejap je puan jangan lama." kata mak jah.

"baik, terima kasih mak jah." ucap aku. kami pun terus naik ke tingkat 4 untuk ke wad icu tengku dhanie. aku yang sedang menuju ke wad tengku dhanie sedang menahan sebak untuk berjumpa dengan tengku dhanie.

"mak jah tunggu dekat sini ya puan." kata mak jah yang duduk di tempat khas tetamu.

aku pun memberanikan diri untuk masuk ke dalam wad tengku dhanie. buka saja pintu, air mata aku terus mengalir tak kala melihat tengku dhanie yang terbaring di atas katil. aku pun perlahan lahan datang menghampiri dan duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil tengku dhanie.

"assalamualaikum abang, ara datang melawat abang ni." kata aku sambil menggenggam tangan tengku dhanie. namun hati aku tidak dapat menahan sebak. "abang bangunlah abang, ara ada banyak benda nak bagitahu dekat abang." kata aku lagi. namun tengku dhanie masih tidak ada respond sama sekali membuatkan aku semakin sedih melihat keadaan tengku dhanie. hanya kedengaran bunyi mesin di dalam wad icu.

aku masih merenung wajah tengku dhanie yang terbaring di atas katil. "abang, ara ada benda nak bagitahu abang. tak lama lagi abang akan jadi seorang ayah." kata aku dengan sayu. air mata tengku dhanie dengan tidak sengaja mengalir sedikit. walaupun dia tidak mampu untuk sedar namun dia masih dapat mendengar apa yang dikatakan oleh orang di sekelilingnya. tak lama kemudian, seorang nurse masuk ke dalam wad.

"maaf puan, waktu melawat dah habis." kata nurse izzara. aku pun hanya membalas senyuman kepada nurse izzara sebagai tanda faham.

"abang, ara balik dulu ya. nanti ara datang balik jumpa abang. abang kena janji dengan ara yang abang akan cepat sembuh ya. ara dengan baby akan tunggu abang. assalamualaikum abang." kata aku sebelum aku keluar dari wad icu tengku dhanie.

aku dan mak jah pun pulang ke rumah. sampai di rumah, aku hanya duduk diam di dalam bilik sehingga membuatkan puan safiyah dan seluruh orang di dalam rumah risau melihat keadaan aku yang asyik mengurungkan diri di dalam bilik. puan safiyah melihat mak jah membawa turun kembali makanan yang dibawanya untuk aku ke meja makan.

"kenapa bawak turun balik makanan ni mak jah?" tanya puan safiyah.

"puan ara taknak makan puan. puas saya pujuk dia tetap tak nak makan jugak." jawab mak jah.

"tak apa mak jah. biar saya yang bagi dia makan. mak jah boleh sambung buat kerja mak jah yang lain." kata puan safiyah.

"baiklah puan." jawab mak jah. dia kemudiannya menyerahkan dulang makanan kepada puan safiyah untuk dibawa ke bilik aku. puan safiyah terus membuka pintu bilik dan melihat aku hanya duduk termenung di beranda. puan safiyah pun meletakkan makanan di atas meja sebelum dia datang ke arah aku. "ara." panggil puan safiyah.

"eh mama." balas aku yang sedikit terkejut dengan kehadiran puan safiyah.

"mak jah cakap ara tak nak makan. ni mama bawakkan balik makanan untuk ara." kata puan safiyah.

"tak apalah ma, ara tak ada selera nak makan." jawab aku dengan berwajah pucat lesu.

"mana boleh ara tak makan. kalau ara tak makan macam mana ara nak ada tenaga. tak kesian dekat baby dalam perut tu ke." kata puan safiyah. aku hanya mampu mengalirkan air mata sambil mengusap perut aku yang masih kempis itu. namun tiba tiba saja tekak aku berasa loya, aku pun terus berlari ke arah singki di dalam bilik air dan mengeluarkan segala isi perut aku. puan safiyah pun turut membantu mengurut belakang aku. setelah itu, puan safiyah pun membawa aku duduk di atas katil. "okay tak ni?" tanya puan safiyah.

"ara okay mama." jawab aku.

"ara kena makan, kalau tak nanti ara tak bertenaga. macam mana ara nak kuat kalau makan pun ara tak nak. tak kesian kat baby ke. ni kalau dhanie ada mesti dhanie pun marah tahu tak ara." bebel puan safiyah.

"sorry mama. ara tak ada niat pun nak susahkan sesiapa. ara cuma fikirkan abang je sekarang ni." kata aku. puan safiyah pun terus memeluk tubuh aku untuk menenagkan diri aku yang sedang sedih memikirkan tengku dhanie yang berada di hospital.

"ara kena kuat tau sayang. sekarang ni dhanie perlukan ara, baby pun perlukan ara. ara kena kuat sayang. mama yakin kalau ara kuat mesti dhanie pun kuat jugak." kata puan safiyah. dia memberikan kata kata semangat untuk aku walaupun dia sendiri tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang menimpa tengku dhanie.

Share this novel

Rat
2025-03-28 12:22:16 

please update next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience