Chapter 22

Romance Series 6991

Balik dari rumah kak sha, aku dan tengku dhanie pun terus ke rumah arwah ibu dan ayah. aku membuka pintu rumah dan melihat keadaan rumah masih seperti dulu dan tiada satu pun barang terusik.

"ha abang, masuklah. rumah ni kecik je tak besar sangat." kata aku. tengku dhanie pun masuk ke dalam sambil melihat sekeliling rumah yang masih cantik.

"cantik jugak rumah arwah ibu dengan ayah ara ya." kata tengku dhanie.

"ibu suka hias rumah bagi cantik. walaupun ibu sibuk dengan kerja dia dekat hospital, bila ada cuti je mesti ibu akan kemas rumah bagi nampak cantik." kata aku sambil mengalihkan kain yang menutupi sofa untuk diberi ruang untuk duduk berehat seketika.

"kalau rumah dah cantik mesti ibu cantik jugak kan." kata tengku dhanie.

"abang nak tengok gambar arwah ibu dengan ayah?" tanya aku.

"ara ada ke gambar mereka?" tanya tengku dhanie.

"ada dekat atas, kejap ye ara pergi ambik." kata aku. aku terus naik ke atas untuk mengambil album yang disimpan di dalam rak di atas sementara tengku dhanie duduk di ruang tamu. "abang, nilah rupa ibu dengan ayah." kata aku sambil menunjukkan beberapa gambar di dalam album kepada tengku dhanie.

tengku dhanie pun membelek gambar di dalam album dengan tersenyum melihat kecantikan ibu dan ketampanan ayah di dalam gambar yang penuh dengan berpakaian berunifom tentera dan jururawat. "patutlah ara ni cantik rupanya ibu dia pun cantik jugak." puji tengku dhanie dalam hatinya. dia kemudiannya terlihat sosok seorang budak lelaki di dalam gambar bersama aku sewaktu kecil. "ni siapa?" tanya tengku dhanie.

"ouh ni abang ara." jawab aku.

"abang?" soal bingung tengku dhanie.

"haah ara sebenarnya ada abang." kata aku.

"abang ingatkan ara anak tunggal. mana pergi abang ara sekarang?" tanya tengku dhanie.

"ara memang ada abang, nama abang adyan mikhail. tapi umur abang tak panjang. masa umur dia 12 tahun dia meninggal sebab kanser hati." jawab aku dengan agak sayu mengenang kenangan bersama arwah abang adyan.

"sorry abang tak ada niat nak buat ara sedih." kata tengku dhanie dengan serba salah.

"tak ada apalah abang, itu hal lama. sejak abang adyan pergilah rumah ni jadi cantik macam ni. masa dapat tahu yang abang adyan dah tak ada, ibu tak dapat terima dalam setahun macam tu. nasib baik semangat ibu kuat, dia cuba ubah diri dia jadi yang baru. ibu sibukkan diri untuk tak ingatkan arwah abang selalu. sekarang ni ibu dengan ayah dah dapat jumpa balik dengan abang adyan." kata aku.

"ara, ara kena ingat satu benda. selagi abang hidup abang akan ada sentiasa dengan ara. jadi ara jangan ingat yang ara dah tak ada sesiap dekat dalam dunia ni. ara masih lagi ada mama, papa, pak abu dan mak jah." kata semangat tengku dhanie.

"terima kasih abang." ucap aku dengan agak terharu mendengar kata kata dari tengku dhanie.

"dah sekarang ni album ni semua ara simpan balik. kita keluar sekarang." kata tengku dhanie sambil menyerahkan kembali album kepada aku.

"nak keluar pergi mana?" tanya aku.

"abang nak ara bawak abang jalan jalan kuala terengganu ni sebab ni first time abang datang ke kuala terengganu ni." jawab tengku dhanie.

"macam tak percaya je nj first time abang datang sini." kata aku.

"betullah, abang memang tak pernah datang sini. mama dengan papakan sibuk mana nak ada masa bawak abang peegi jalan jalan semua." jawab tengku dhanie.

"okay kalau macam tu ara bawak abang jalan jalan dekat tempat yang popular dekat kuala terengganu ni." kata aku.

aku membawa tengku dhanie berjalan jalan di sekitar kuala terengganu. tidak banyak tempat aku dapat membawanya pergi dan hanya tempat seperti masjid terapung, pantai, kampung cina dan berakhir di jambatan angkat. aku dan tengku dhanie menikmati pemandangan dan angin malam di jambatan angkat sebelum pulang ke rumah.

"cantikkan pemandangan dari jambatan ni. ara dah lama tak datang merasa pemadangan dekat sini." kata aku.

"kalau ara nak datang sini lagi nanti abang bawak. bolehlah lepas ni ara tengok pemandangan yang cantik dekat sini lagi." kata tengku dhanie.

"tak perlu susah susahlah abang, nak datang sini jauh. ara taknak susahkan abang." kata aku.

"tak ada susahnya. boleh sekali melawat kubur arwah ibu, ayah dengan abang adyan." kata tengku dhanie.

"terima kasih abang. ara dah banyak susahkan abang." kata aku.

"tak ada susah mana pun. ara tak pernah susahkan abang." kata tengku dhanie. "boleh abang tanya sesuatu dekat ara?" kata tengku dhanie lagi.

"boleh. abang nak tanya apa?" kata aku.

"selain mak ngah, ara tak ada keluarga lain?" tanya tengku dhanie.

"ibu anak yatim piatu dan membesar dekat rumah anak yatim dekat melaka. ayah pulak masih ada keluarga dekat selangor cuma belah keluarga ayah tak suka dekat ibu dengan ara macam mana mak ngah tak suka dengan kami." jawab aku.

"tapi kenapa?" soal tengku dhanie.

"diorang tak suka dengan ibu sebab ibu tak ada keluarga dan tak tahu asal usul keturunan keluarga ibu." jawab aku.

"mana boleh macam tu, diorang tak patut buat ara dengan ibu macam tu." kata tengku dhanie.

"sebab tu ayah bawak kami sekeluarga pindah ke kuala terengganu. sebab nak jauhkan kami dari sikap keluarga ayah yang suka cari salah ibu." jawab aku.

tengku dhanie rasa kasihan mendengar kisah aku yang agak menyedihkan. dia kemudiannya tidak menayakan perkara itu lagi kerana tidak mahu aku berasa sedih. dia membiarkan aku menenagkan diri seketika sebelum pulang ke rumah.

selepas subuh aku sudah pun mula bersiap siap untuk menziarah pusara arwah ibu, ayah dan abang adyan sebelum pulang ke kuala lumpur. tengku dhanie sempat singgah di warung berdekatan untuk sarapan sebelum menuju ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah.

selesai sarapan, aku dan tengku dhanie terus ke tanah perkuburan untuk melawat kubur arwah. kubur arwah ibu, ayah dan abang adyan bersebelahan. aku pun duduk di batu yang disediakan di setiap kubur bagi memudahkan pelawat untuk duduk.

"assalamualaikum ibu, ayah, abang adyan. adik datang nak ziarah ibu, ayah dengan abang." kata aku dengan nada yang lemah dan sayu membuatkan tengku dhanie melihat diri aku dengan penuh kasihan. "adik datang ni nak kenalkan ibu, ayah, abang adyan dengan suami adik abang dhanie." sambung aku sambil memandang ke arah tengku dhanie.

"assalamualaikum ibu, ayah, abang adyan." kata tengku dhanie. aku dan tengku dhanie pun membaca surah yasin dan membaca doa untuk ibu, ayah dan abang adyan sebelum pulang. kami tidak mengambil masa yang lama memandangkan cuaca dengan tiba tiba mendung.

"ibu, ayah, abang. adik balik dulu ya. lain kali ada masa, adik datang jumpa ibu, ayah dengan abang." kata aku sambil menyiram pusara.

"ibu dengan ayah jangan risau pasal ara dekat sini. dhanie janji yang dhanie akan jaga ara macam nyawa dhanie sendiri." kata tengku dhanie. aku pun hanya tersenyum dengan kata kata tengku dhanie. kami kemudiannya pulang ke kuala lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience