Hubungan aku dan tengku dhanie semakin baik dalam tempoh untuk saling mengenali antara satu sama lain. sejak itu, nabila mula makin tidak puas hati apabila layanan tengku dhanie kepada aku berbeza dengannya. nabila pernah cuba mendapatkan hati tengku dhanie namun tidak berjaya apabila tengku dhanie sejenis lelaki yang tidak suka melayan mana mana perempuan walau hakikatnya ramai perempuan di sekolah mahu pun sekolah lain yang meminati dirinya
"kau ni memang cari nahas dengan aku kan!" marah nabila apabila dia melihat aku dan tengku dhanie mesra berdua di dalam kelas walaupun asmara dan faizul pun ada bersama.
"kau kenapa ni bella?" tanya esha yang duduk di sebelahnya. dia agak terkejut apabila nabila tiba tiba menghempaskan buku tulis di atas meja.
"kau nampak tak perempuan tu cuba nak rampas dhanie dari aku." kata nabila. esha pun melihat ke arah aku dan tengku dhanie di belakang.
"tak pernah aku tengok si dhanie tu mesra dengan perempuan. kalau dia layan pun gitu gitu je." kata esha.
"aku tak akan biarkan dia rampas dhanie dari aku!" kata nabila.
cikgu mazlan pun masuk ke dalam kelas aku apabila masa mengajarnya sudah tiba. semua murid mula duduk di tempat masing masing.
"baiklah semua, hari ni saya nak kita santai santai je sebab nak ke padang ni sekarang hujan." kata cikgu mazlan. dia cikgu yang mengajar subjek pendidikan kesihatan dan pendidikan jasmani.
"ai cikgu, santai sangat nampak." usik shazwan yang duduk di area berdekatan dengan tingkap belakang.
"habis tu tak akan awak nak main bola time hujan ni." kata cikgu mazlan.
"tak adalah cikgu, bosanlah." kata shazwan lagi.
"apa kata kau study je. hilang bosan kau tu." kata asmara.
"betul jugak kata asmara tu." sokong cikgu mazlan.
"ish kau ni, potong line lah." geram shazwan.
"cikgu, macam mana dengan team bola sepak sekolah kita ni?" tanya faizul yang duduk di sebelah tengku dhanie.
"perlawanan bola sepak akan diadakan dalam bulan 4 nanti. nanti siapa yang terlibat bolehlah siap sedia untuk dipanggil latihan dengan cikgu anuar." jawab cikgu mazlan.
"tahun ni banyak ke sekolah yang masuk perlawanan bola ni cikgu?" tanya faizul lagi.
"tahun ni tak ramai yang join perlawanan. adalah beberapa sekolah yang tak dapat libatkan diri. ada potensi tinggi untuk sekolah kita menang perlawanan tahun ni." kata cikgu mazlan.
waktu sekolah pun tamat. semua murid mula mengemas barang mereka untuk pulang. dalam kelam kabut mereka semua untuk segera pulang walaupun cuaca masih hujan lebat, tengku dhanie sempat berbisik kepada aku.
"tunggu abang dekat pondok depan. nanti abang datang ambik ara." kata tengku dhanie. nasib baik tiada sesiapa yang nampak dan mendengar ditambah dengan bunyi hujan yang deras.
belum sempat aku membalas, tengku dhanie terus keluar kelas bersama dengan faizul. minggu ni tengku dhanie terpaksa menghantar dan mengambil aku pulang ke sekolah memandangkan pak abu mengikut tengku khair dan puan safiyah ke kedah.
sampai di parking motor, ramai murid yang masih belum pulang kerana menunggu hujan reda. tengku dhanie terus menghidupan enjin motor untuk segera pulang ke rumah untuk menukar kereta.
"wey kau nak balik sekarang ke?" tanya faizul.
"haah, asal?" soal tengku dhanie.
"kan hujan lebat ni. tunggulah dulu." kata faizul.
"aku kena balik lah sebab ada hal." jawab tengku dhanie.
"hujan lagi ni, tunggulah kejap." kata faizul.
"tak lebat dah ni. aku balik dulu lah." kata tengku dhanie. dia terus membawa menunggang motornya pulang ke rumah.
"apa yang kalut sangat, macamlah dia ada bini dekat rumah." bebel faizul.
sampai di rumah, tengku dhanie terus mengambil kunci keretanya. dia terus masuk ke dalam kereta dengan keadaan baju basah lencun. dia tidak sempat menukar baju dan terus berpatah balik ke sekolah untuk menjemput aku pulang. dalam keadaan yang masih hujan, kereta honda civic berwarna meroon yang dibawa tengku dhanie parking di hadapan pondok yang aku sedang menunggu. tengku dhanie terus memberikan isyarat lampu kereta ke arah aku sebagai tanda dia sudah sampai. aku pun terus masuk ke dalam kereta walaupun ada beberapa murid lain yang belum pulang sedang memandang aku. tanpa disedari, nabila ternampak aku masuk ke dalam kereta honda civic.
"bukan main perempuan ni. jantan mana yang ambik perempuan ni balik." kata nabila.
masuk saja dalam kereta aku melihat tengku dhanie yang masih dalam berpakaian basah. dia terus memandu pulang ke rumah. dalam perjalanan tengku dhanie mula bersin dan selesema kesan dari terkena hujan dan suhu dingin di dalam kereta. aku mula rasa serba salah melihat keadaan tengku dhanie.
"abang okay?" tanya aku. "maaflah kalau ara susahkan abang." kata aku.
"jangan cakap macam tu, abang okay." kata tengku dhanie. dia bukan tidak tahu yang dia senang dapat penyakit kalau kena air hujan.
sampai di rumah aku dan tengku dhanie terus membersihkan diri. sejak pulang, tengku dhanie tidak berhenti selesema dan bersin. aku yang kesihan terus ke dapur untuk meminta mak jah ubat selesema.
"mak jah ada ubat selesema tak?" tanya aku.
"ada puan, kejap ye mak jah ambikkan." jawab mak jah. dia kemudian menyerahkan peti ubat kepada aku. "puan sakit ke?" tanya mak jah.
"eh tak adalah. abang dhanie selesema." jawab aku.
"oh tengku memang senang sakit lagi lagi time cuaca hujan. kalau sekarang dia selesema, mungkin malam nanti badan dia akan mula panas." kata mak jah.
"lah yeke mak jah. habis tu saya nak kena buat apa ni?" tanya aku.
"puan nanti bagi tengku makan ubat, kalau tengku demam dan tak kebah sampai esok pagi, kita bawak tengku pergi klinik." jawab mak jah.
"baiklah mak jah." jawab aku. aku kemudiannya membawa ubat naik ke dalam bilik untuk diberikan kepada tengku dhanie. aku melihat tengku dhanie sudah pun lena dengan berpakaian tebal serta badanya ditutupi dengan selimut. aku pun meletakkan ubat yang aku bawa tadi di atas meja lampu yang bersebelahan dengan katil. aku menyentuh dahi tengku dhanie dengan tapak tangan aku dan aku merasa suhu badan tengku dhanie mula panas. "dah nak demam dah abang ni." kata aku dengan sayu.
aku kemudiannya mahu bangun untuk mengambil semangkuk air dan tuala untuk diletakkan di dahi tengku dhanie namun langkah aku terhenti apabila tengku dhanie menarik lengan aku sehingga aku terbaring di dalam pelukkannya. aku agak terkejut dan membuatkan jantung aku berdegup kencang.
"teman abang sekejap." pinta tengku dhanie. dia kemudiannya memeluk aku dengan lebih erat. nafasnya mula terasa panas apabila angin lalu di leher aku. aku hanya membiarkan sahaja tengku dhanie memeluk tubuh aku sehingga dia benar benar lena. tanpa disedari aku pun turut terlena di dalam pelukkanya.
aku pun sedar dari tidur dan melihat ke arah jam di dinding sudah menandakan pukul 9 malam. aku pun bangun perlahan lahan dan melihat tengku dhanie masih lagi lena. aku pun merasa dahi tengku dhanie dan ternyata suhu badanya masih belum turun. "abang tak makan lagi macam mana nak bagi dia makan ubat." kata aku. aku pun bangun dan terus turun ke dapur. aku melihat mak jah baru saja selesai memasak makan malam dan sedang mengemas ruangan dapur.
"puan nak makan? mak jah baru je siap masak. mak jah dah hidang dekat atas meja makan." kata mak jah. "ni mak jah ada masak bubu untuk tengku, nanti puan bagi tengku makan ya." kata mak jah lagi.
"baik, terima kasih mak jah." ucap aku. aku pun terus ke meja makan untuk menikmati makan malam sebelum aku membawa bubur untuk tengku dhanie. nasi yang sudah disenduk mak jah terus aku isi dengan lauk pauk yang sudah terhidang.
selesai makan, aku terus membawa bubur dan segelas air yang sudah dihidang di dalam dulang oleh mak jah untuk diberikan kepada tengku dhanie. aku pun meletakkan dulang di atas meja lampu bersebelahan dengan ubat yang aku bawa petang tadi. "abang.. bangun abang.." aku menegut tengku dhanie.
tengku dhanie yang mendengar aku mengejutnya terus membuka mata sambil tersenyum ke arah aku. dia mengigihkan bandanya untuk bangun menyandar di kepala katil.
"ara ada bawakkan bubur untuk abang makan lepas tu nanti abang makan ubat ya." kata aku. aku pun mengambil mangkuk berisi bubur untuk menyuapkan kepada tengku dhanie.
tengku dhanie menguatkan dirinya untuk makan beberapa suap bubur walaupun tekaknya tidak ada selera untuk makan. "ara dah makan?" tanya tengku dhanie dengan suara serak.
"ara dah makan dah tadi." jawab aku. setelah beberapa suap, tengku dhanie memberi isyarat mengelengkan kepala sebagai tanda yang dia sudah tidak mahu makan lagi. aku pun meletakkan kembali mangkuk bubur di atas dulang dan mengambil ubat dan air untuk diberikan kepada tengku dhanie. "abang makan ubat ni lepas tu abang boleh sambung tidur balik." kata aku sambil menyerahkan ubat dan air kepada tengku dhanie.
selepas makan ubat, tengku dhanie mula tidur semula sementara aku ke bilik mandi untuk mengambil semangkuk air dan sehelai tuala kecil untuk diletakkan di atas dahi tenhku dhanie. semalaman aku tidak dapat tidur kerana menjaga tengku dhanie.
Share this novel