Latihan bola sepak sudah pun bermula. tengku dhanie dan beberapa murid yang terlibat sudah mulai tidak hadir ke kelas dan memulakan latihan di padang memandangkan tarikh perlawanan tidak lama lagi. waktu rehat saja ramai murid perempuan yang mengambil kesempatan untuk melihat tengku dhanie berlatih di padang. asmara pun turut sekali mengajak aku melihat tengku dhanie berlatih di padang.
"jom ara, kita pergi padang." ajak asmara.
"nak buat apa?" tanya aku.
"aku selalu tengok dhanie main bola. yelah nak join tak boleh sebab aku ni perempuan." jawab asmara.
"bukan sebab awak suka dhanie." kata aku. manalah tahu asmara pun suka akan tengku dhanie seperti murid perempuan yang lain.
"aku suka dhanie? heh lambat lagilah ara. aku ni dah kawan dengan dhanie tu sejak baby lagi sebab mak aku dengan mak dhanie kawan baik." kata asmara.
"oh patutlah saya nampak awak sorang je yang rapat dengan dhanie." kata aku.
"dhanie memang macam tu. walaupun dia tahu yang dia popular dekat sekolah ni, dia buat tak tahu je sebab dia ni setia." kata asmara.
"setia? maksud awak?" soal aku.
"kalau kau nak tahu dulu dhanie ceria je. banyak cakap, suka bergurau tapi sekarang dia dah berubah jadi pendiam." kata asmara.
"sebab apa dhanie jadi macam tu?" tanya aku.
"dulu masa form 2 sekolah selalu buat camping luar sekolah. time tu aku, dhanie, ash, farah dengan aisyah satu group. kita orang happy sangat masa tu sebab dapat satu group sama. ada time mandi sungai masa tu aisyah, farah dengan ash mandi dulu sebelum kita orang, nak dijadikan cerita time tu air sungat tiba tiba deras. dhanie dah mereka naik dulu tapi diorang degil, hanya farah je yang naik. lepas tu tetiba aisyah jatuh dari batu dan dia terus dibawa hanyut air sungai. ash cuba nak selamatkan aisyah tapi air deras sangat sampaikan cuaca tiba tiba hujan lebat. dhanie pun sedaya upaya nak selamatkan aisyah tapi ash tak bagi sebab fikir tentang keselamatan dhanie jugak masa tu. dah takdir tertulis yang allah sayangkan aisyah. dhanie kesah sebab tak dapat selamatkan aisyah." kata asmara.
"mesti aisyah tu specialkan untuk dhanie." kata aku.
"dhanie memang rapat dengan aisyah, dia sayang sangat dekat aisyah tu macam girlfriend dia. sebab tu dia sanggup buat apa untuk aisyah walaupun dia terpaksa gadaikan nyawa dia untuk aisyah." jawab asmara.
"untung aisyah." kata aku.
"kenapa kau cakap macam tu. kau suka dhanie eh." kata asmara.
"eh tak adalah. saya cakap sebab tak semua orang lelaki sanggup buat macam mana dhanie buat dekat aisyah." kata aku tipu walaupun aku sedikit cemburu dengan kisah aisyah dan dhanie.
"betul jugak tu tapi aku ada perasan yang dhanie dah mula berubah sikit sikit." kata asmara.
"apa yang berubah?" soal aku.
"dia kalau cakap tak pernah senyum selain dengan aku dan farah. tapi sejak aku pindah sini aku tengok dia pandang kau, cakap dengan kau mesti senyum je. jangan jangan dhanie suka dekat kau tak." kata asmara.
"ish awak ni, pandai pandai je. senyum tu kan satu sedekah. mana tahu dia nak sedekah senyuman dia." kata aku. aku dan asmara pun kembali duduk di bangu untuk melihat latihan bola sepak.
tengku dhanie yang sedang sibuk berlatih melihat ashraf sedang tersenyum seorang diri melihat sesuatu. dia kemudian memadang ke arah pandangan ashraf yang tertumpu ke arah aku dan asmara. hatinya mulai panas apabila melihat ashraf tidak berkelip dan berhenti tersenyum memadang aku.
"kau apahal ni?" tegur faizul.
"tak ada apa." jawab tengku dhanie dalam nada marah.
"takkan tak ada apa. aku dengar nada kau pun macam tengah marah je." kata faizul.
"mana ada aku marah." nafi tengku dhanie. "eh dah lah jom sambung latihan." kata tengku dhanie. dia terus mengambil bola dan mengarahkan semua ahli pasukannya mengambil tempat. semua murid perempuan mula bersorak nama tengku dhanie dan kadang ada juga yang bersorak nama ashraf dan faizul. mereka berdua juga tidak kalah jauh juga memiliki wajah yang tampan dan bertubuh tinggi.
permainan separuh masa pertama berlangsung, ashraf mengambil peluang rehatnya untuk berjumpa dengan aku. dia pun datang kepada aku. "hi ara!" sapa ashraf. sempat dia memberi senyuman kepada asmara.
"hi ash." balas aku.
"dah lama ash nampak ara dekat sini. ara suka tengok bola jugak ke?" tanya ashraf.
"ara cuma datang temankan as je." jawab aku.
"aku yang ajak dia datang sini." kata asmara. tak lama selepas itu, faizul pun memanggil semula ashraf untuk menyambung permainan.
"weh ash! cepat lah sini, game dah nak mula ni!" jerit faizul dari padang.
"ash pergi dulu lah, faizul dah panggil tu." kata ashraf.
"okay." balas aku.
"nanti kita jumpa lagi." kata ashraf sambil jalan ke padang. aku hanya membalas dengan senyuman dan selepas itu aku dan asmara pun kembali ke kelas apabila lonceng sudah pun berbunyi.
permainan separuh masa kedua pun bermula. banyak kesilapan yang di buat oleh ashraf dan tengku dhanie membuatkan mereka berdua dipanggil berjumpa dengan cikgu nasir selepas latihan tamat.
"apa kena dengan awak berdua ni? main bola macam orang tak pernah main bola. perlawanan dah nak dekat. awak nak ke disebabkan awak berdua pasukan kita kalah." bebel cikgu nasir.
"saya mintak maaf cikgu." kata ashraf. tengku dhanie sempat menjeling ke arah ashraf.
"saya pun mintak maaf cikgu." kata tengku dhanie.
"lepas ni saya taknak kamu berdua ulang lagi kesilapan ni. kamu berdua ni permain utama dalam pasukan. kamu kena tunjuk semangat yang baik dekat ahli pasukan baru yang lain. baru mereka semua bersemangat untuk perlawanan nanti." kata cikgu nasir.
"baik cikgu." jawab serentak tengku dhanie dan ashraf.
"kamu berdua boleh balik kelas. esok bagitahu yang lain tak ada latihan, saya ada hal nak uruskan esok." pesan cikgu nasir. tengku dhanie dan ashraf pun pergi dan kembali semula ke kelas.
Share this novel