Chapter 35

Romance Series 6991

Hari ini adalah hari kelahiran tengku dhanie. dia tidak tahu yang aku tahu tentang hari kelahirannya. namun mood aku masih marah akan tengku dhanie. aku hanya merebahkan diri di katil manakala tengku dhanie sudah bersiap siap untuk keluar dengan kawan kawannya. "sayang marahkan abang lagi ke?" tanya tengku dhanie. namun aku tidak mengendahkan pertanyaanya. "tak apalah sayang, abang dah nak keluar ni." kata tengku dhanie. dia pun terus keluar untuk berjumpa dengan kawan kawannya yang sudah menunggu untuk lawan futsal.

tidak lama selepas tengku dhanie keluar, aku pun terus turun ke dapur untuk menolong apa apa yang patut. walaupun mood aku kekadang baik kekadang tidak baik, aku tetap kuatkan diri untuk menolong melakukan kerja rumah. "mama pun ada dekat rumah." kata aku apabila melihat puan safiyah turut berada di dapur bersama mak jah.

"memandangkan hari ni hari jadi dhanie, mama naklah masak makanan kegemaran dhanie hari ni. lagipun mama dah mintak papa balik awal hari ni. memandangkan dhanie keluar, nanti dia balik kita suprisekan dia." kata puan safiyah.

"nak ara tolong apa apa tak mama?" tanya aku.

"mak jah cakap ara nak buat kek untuk birthday dhanie. betul ke?" kata puan safiyah.

"haah mama." jawab aku.

"puan ara kalau buat kek memang sedap puan, hari tu puan ara buat kek. tengku makan habis." kata mak jah.

"iya ke, rugilah mama tak dapat rasa." kata puan safiyah.

"tak apalah ma, nanti mama boleh lah rasa kek yang ara buat. rasa dia biasa biasa je, mak jah yang selalu puji kek yang ara buat sedap." kata aku.

"eh baguslah kalau semua orang cakap sedap. mana tahu nanti ara boleh buat business dengan kek ara tu." kata puan safiyah.

"insya allah ma, ara pun ada niat jugak nak buat business kek ni." kata aku. kami pun mula menyiapkan hidangan makanan untuk menyambut hari kelahiran tengku dhanie nanti. masing masing tidak sabar untuk meraikan apatah lagi aku yang baru pertama kali menyambut birthday tengku dhanie.

selepas bermain futsal, tengku dhanie dan yang lain lain lepak seketika di kedai makan yang berhampiran dengan gelanggan futsal. faizul agak pelik apabila melihat sikap tengku dhanie yang kurang ceria sejak mereka bersama tadi." dhanie, kau okay tak?" tanya faizul.

"haah lah weh, ada masalah ke?" tanya firdaus.

"ada masalah sikit lah." jawab tengku dhanie.

"masalah apa? cer bagitahu kita orang. mana tahu kita orang boleh tolong." kata aizat.

"perempuan kalau merajuk ke marah ke nak kena buat apa eh?" tanya tengku dhanie

"lah elah bini merajuk ke ni." perli zaim.

"sekarang ni kau nak tolong aku ke tak." kata tengku dhanie.

"okay sorry sorry." kata zaim.

"kau buat apa dengan bini kau sampai dia marah merajuk ni?" tanya firdaus.

"aku just tanya dia sayang aku ke tak lepas tu aku cakap lah kalau aku mati nanti dia senang cari lain." jawab tengku dhanie.

"memang patut pun kau kena marah. yang kau cakap pasal mati dekat dia dah kenapa. itu bunyi macam kau nak tinggalkan dia. memanglah dia marah." kata faizul.

"kakak aku cakap perempuan kalau dia sayang seseorang dia tak akan cakap kalau dia tak sedia nak bagitahu dekat orang yang dia sayang tu." kata aizat pula.

"manalah aku tahu. sekarang ni macam mana aku nak buat?" tanya tengku dhanie.

"kau pujuklah dia." kata zaim.

"nanti balik aku try pujuk dia." jawab tengku dhanie

tak lama selepas itu, makanan yang dipesan mereka sudah pun sampai. tengku dhanie agak pelik apabila dia melihat makanan yang dipesan agak sedikit berbeza dengan ada tambahan kek dan beberapa dessert yang lain. dengan tiba saja mereka semua menyanyikan lagu ulang tahun kepada tengku dhanie.

"happy birthday tu you.. happy birthday to youu.. happy birthday to my bro tengku dhanie hafizi.. happy birthday to youu." nyanyi semua untuk tengku dhanie.

"thanks wey korang." ucap tengku dhanie dengan sedikit terharu.

"tak payah nak terharu sangat dah jom makan. aku lapar ni." kata firdaus.

"kau ni kan tak habis habis dengan makan." kata zaim.

"eh dah jom makan." kata tengku dhanie. dia agak tergelak sikap kawan kawannya.

mereka semua mula menikmati makanan di atas meja. tengku dhanie sampai tidak tahu mana satu makanan yang mahu dia makan dulu. dia kemudiannya ternampak makanan kegemarannya dan terus mencapai makanan tersubut. baru saja dia ingin menikmati makanan kegemaranya, tiba tiba tekaknya rasa loya. dia pun terus berlari ke arah singki yang ada di kedai makan tersebut. dia kemudiannya memuntahi dan mengeluarkan segala isi perutnya.

"apahal tu?" tanya aizat. tengku dhanie pun kembali duduk di tempat duduknya.

"kau kenapa ni? okay tak?" tanya faizul.

"entahlah wey, tetiba je tekak aku ni rasa loya." kata tengku dhanie.

"kau tak makan ke pagi tadi?" tanya zaim.

"dah makan. kalau tak tak adanya aku main futsal tadi." jawab tengku dhanie. tekaknya kembali loya semula. dia kemudian kembali berlari ke singki dan kemudian kembali semula ke tempat duduknya dengan dalam keadaan keletihan.

"teruk sangat kau ni. nanti singah klinik cek." kata faizul sambil menghulurkan segelas air kepada tengku dhanie.

"tak payahlah aku ada ubat dekat dalam kereta tu." kata tengku dhanie.

"nak aku ambikkan tak?" tanya firdaus.

"eh tak payah. biar aku yang pergi ambik. kau makan je." kata tengku dhanie. dia pun bangun untuk mengambil ubat di dalam kereta sendiri. keretanya parkir agak jauh di seberang. tengku dhanie mula melintas jalan seketika tidak ada kenderaan namun tidak diduga ada sebuah kereta honda berwarna hitam dengan tiba tiba melulu dan melanggar tengku dhanie sehingga dia terpelanting sehingga jatuh terbaring di atas tar.

mereka yang terdengar bunyi kemalangan tersebut terkejut apabila melihat tengku dhanie dilanggar lari oleh sebuah kereta.

" weh.. weh.. dhanie kemalangan weh.." kata panik zaim yang melihat kemalangan tersebut. mereka semua pun lari panik ke arah tengku dhanie. mereka sudah melihat darah mengalir keluar dari kepala dhanie.

"call ambulance cepat weh." kata panik faizul.

"aa.. aa.. aku call." jawab panik zaim. dia mengeluarkan fon dari poket seluar dengan tangan menggigil gigil melihat keadaan tengku dhanie.

" dhanie.. dhanie.. kau dengar aku tak!" panggil aizat. dia cuba mendapatkan respond dari tengku dhanie namun tiada jawapan.

"weh cuba cek nadi dia." arah faizul. aizat pun memberanikan diri untuk mencek nadi di leher tengku dhanie. hatinya agak sedikit lega apabila nadi tengku dhanie masih bernyawa walaupun berada dalam keadaan lemah.

"nadi dia ada lagi weh." jawab panik aizat. tak lama selepas itu, ambulance pun datang. mereka pun membawa tengku dhanie ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience