Chapter 21

Romance Series 6991

aku balik ke sekolah agak lewat kerana ada beberapa cikgu sudah mulai awal membuat kelas tambahan. hari yang sudah petang membuatkan aku agak sedikit keletihan. aku masuk ke dalam bilik namun tidak kelihatan tengku dhanie. aku merebahkan diri di atas sofa untuk rehat seketika. aku akhirnya terlelap seketika di sofa.

tengku dhanie yang baru pulang dari keluar terus melihat aku yang terlelap di atas sofa. dia datang ke arah aku dan mengejutkan aku bangun memandangkannlagi beberapa minit saja lagi azan maghrib berkumandang. "ara, bangun ara." kejut tengku dhanie.

aku membuka mata dan melihat tengku dhanie sudah pun ada di sebelah aku. "eh abang." kata aku dalam keadaan mamai.

"kenapa tak tukar baju lagi ni?" tanya tengku dhanie apabila melihat aku masih berpakaian sekolah.

"ara baru balik tadi petang, ingatkan nak rehat kejap. tak tahu pulak ara terlelap." jawab aku.

"kenapa balik lambat hari ni? ada apa apa ke dekat sekolah tadi?" soal tengku dhanie.

"tak ada apa, cuma cikgu zuraidah dah start buat kelas tambahan awal." jawab aku.

"ouh, pergilah mandi lepas tu kita solat maghrib sama sama sebab abang ada benda nak bagitahu dekat ara." kata tengku dhanie.

aku pun bangun dan membersihkan diri sebelum solat berjamaah dengan tengku dhanie. usai solat, aku dan tengku dhanie pun duduk seketika di sofa sebelum kami turun ke bawah untuk makan malam.

"abang ada nak cakap apa tadi?" tanya aku.

"hari tu ara nak jumpa arwah ibu dengan ayah ara kan." kata tengku dhanie.

"haah ya." jawab aku.

"okay, esok kita balik terengganu pergi melawat kubur arwah ibu dengan ayah ara." kata tengku dhanie.

"betul ke ni abang." kata aku dengan teruja.

"betullah, abang pun nak jugak ziarah arwah ibu dengan ayah ara." kata tengku dhanie.

"ya allah, terima kasih abang!" ucap aku dengan penuh gembira sehingga aku tidak sedar yang aku telah merangkul leher tengku dhanie dan memeluknya dengan penuh erat sehinggakan dia diam membatu dengan tindakkan aku yang tidak dijangka.

"sama sama." balas tengku dhanie dengan senyuman.

selepas makan malam, aku dan tengku dhanie pun mengemas beberapa pakaian untuk bertolak ke terengganu pada pagi subuh esok. tengku khair telah memberi keizinan kepada tengku dhanie untuk memandu sendiri ke terengganu memandangkan pak abu tidak dapat menghantar kami kerana ada urusan penting yang perlu dia selesaikan.

selepas solat subuh, aku dan tengku dhanie pun terus bertolak pergi. perjalanan kami mengambil masa yang agak panjang sehinggakan kami sampai di kuala terengganu pada jam 2 petang. aku pun menyuruh tengku dhanie memandu ke arah rumah lama arwah ibu dan ayah. sampai di rumah, aku melihat keadaan rumah masih bersih walaupun tiada penghuni. aku dan tengku dhanie pun turun dari kereta untuk melihat keadaan sekeliling.

"ini rumah arwah ibu dengan ayah ara ke?" tanya tengku dhanie.

"haah." jawab aku.

"kalau macam tu bolehlah kita masuk." kata tengku dhanie.

"boleh tapi ara tak ada kunci rumah ni." jawab aku.

"kenapa ara tak ada kunci. macam mana kita nak masuk dalam?" soal tengku dhanie.

"kita kena cari kak sha." jawab aku. mujur aku masih mengingat kepada siapa aku memberi kunci rumah ini.

"siapa kak sha?" tanya tengku dhanie.

"dia jiran rapat keluarga ara. tak silap ara ada bagi kunci rumah dekat kak sha sebab masa tu mak ngah nak ambik rumah ni dari ara." jawab aku.

"kalau macam tu jom lah mintak kunci dekat kak sha tu." kata tengku dhanie.

"tapi ara tak sure kalau kak sha masih tinggal dekat taman ni atau pun tak." kata aku.

"tapi ara ingatkan rumah dia yang mana satu." kata tengku dhanie.

"ara tahu." kata aku.

"kita pergi rumah dia. mana tahu dia ada dekat rumah." kata tengku dhanie.

"ha okaylah." kata aku. aku dan tengku dhanie pun masuk kembali ke dalam kereta dan terus memandu ke arah rumah kak sha yang terletak di lorong lain. sampai di depan rumah aku melihat pintu rumah terbuka luas. aku dan tengku dhanie pun turun dari kereta dan menuju ke rumah kak sha. aku menekan lonceng rumah dan keluar seorang perempuan dari dalam rumah.

"ya cari siapa?" tanya kak sha.

"kak sha." panggil aku.

"siapa ya?" soal kak sha yang tidak ingat akan wajah aku setelah sekian lama tidak berjumpa.

"ni aralah kak sha." jawab aku.

"ya allah ara, dah lama kak sha tak jumpa ara. marilah masuk dalam dulu." pelawa kak sha sambil membukakan pintu pagar rumahnya. aku dan tengku dhanie pun masuk ke dalam rumah kak sha. kami pun duduk di ruang tamu sementara menunggu kak sha menghidangkan air.

"tak payah susah susahlah kak sha." kata aku sambil menolong kak sha menghidangkan air di atas meja.

"tak susah mana pun. minumlah." kata kak sha. dia kemudiannya duduk bersama kami. "ara datang dengan siapa ni?" tanya kak sha apabila dia perasa akan kehadiran tengku dhanie bersama aku.

"ni suami ara kak sha, nama dia tengku dhanie hafizi." jawab aku. tengku dhanie pun menyapa dengan senyuman.

"ya allah ara dah kahwin ke." terkejut kak sha.

"ya kak sha, nanti ada masa ara cerita dekat kak sha." kata aku.

"ha yelah akak faham." kata kak sha.

"kak sha duduk sorang ke?" tanya aku apabila melihat rumahnya agak kesunyian.

"taklah. akak duduk dengan housemate akak. sekarang ni dia tengah kerja, petang karang baru dia balik." jawab kak sha.

"ouh, ingatkan kak sha duduk sorang lagi." kata aku.

"ni datang mesti nak tanya pasal rumah arwah ibu dengan ayah ara kan." kata kak sha.

"haah, ara ingat nak mintak kunci rumah dekat kak sha sebab ara dengan abang nak tinggal sana dalam seharj dua ni." kata aku.

"nanti akak ambikkan kunci rumah. tapi sebelum tu akak ada benda penting nak bagitahu dekat ara." kata kak sha.

"apa dia kak sha?" tanya aku.

"ni pasal mak ngah ara." kata kak sha.

"kenapa dengan mak ngah?" soal aku.

"hari tu dia ada datang tanya pasal rumah arwah ibu dengan ayah ara dekat kak sha. dia cakap dia nak geran dengan kunci rumah tu." kata kak sha.

"habis tu kak sha bagi ke?" tanya aku.

"kak sha tak bagi. kak sha bagitahu dia yang rumah tu dah ada orang beli. masa tu dia mengamuk sebab tak dapat rumah tu. kecoh satu taman dengan dia sampai pengawal keselamatan sendiri yang halau dia dari taman ni." kata kak sha.

"sampai macam tu sekali perangai mak ngah." kata aku dengan agak malu mendengar perbuatan dan kelakuan mak ngah ila.

"kak sha rasa dia nak jual rumah tu. nasib baik kak sha ingat pesan ara suruh jaga rumah tu dari diambik mak ngah ila." kata kak sha.

"terima kasih kak sha." ucap aku.

"sama sama." balas kak sha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience