Hidup aku berubah setelah ayah dan ibu meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya. perkara yang tak pernah aku jangka akan kehilangan ayah dan ibu dalam sekelip mata. jenazah ibu dan ayah di bawa ke rumah untuk di sembahyangkan sebelum di kebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku.
"ara, kak sha balik dulu ya. kalau ada apa apa yang ara perlukan, ara datang je rumah kak sha." kata kak sha, jiran yang rapat dengan keluarga aku. ibu dan ayah sudah pun menganggap kak sha sebahagian daripada keluarga memandangkan keluarga kak sha agak jauh di brunei.
"iyalah kak sha." jawab aku yang masih kesedihan meratapi kubur ayah dan ibu.
semua pun sudah pulang dan hanya tinggal aku dan mak ngah sekeluarga di tanah perkuburan. cuaca mulai panas terik menyebabkan mak ngah ila dan nabila terasa bahangnya. "mak lama lagi ke?" orang dah panas ni mak." nabila mula mengadu kepada mak ngah. aku yang mendengar keluhan nabila mula bersuara.
"mak ngah dengan bella baliklah dulu." kata aku tanpa berpaling ke arah mereka.
"kau ni kekadang tak ada otak jugak bila bercakap kan!! kalau aku anak beranak ni balik tanpa kau nanti apa orang kata." marah mak ngah ila. dia sempat menonjol kepala aku sehingga membuatkan aku jatuh tersungkur. "dah jom balik! kalau kau meratapi kubur mak bapak kau tu lama lama bukan diorang tu boleh hidup semula pun!" marah mak ngah ila dengan suara yang agak lantang. dia dan nabila terus naik ke kereta dan meninggalkan aku sendiri.
dengan hati yang masih dalam kesedihan. aku mengagahkan diri untuk mengemas tikar dan jug sebelum pulang bersama mak ngah ila.
sampai di rumah, mak ngah menyuruh aku mengemas beg pakaian aku dan menyuruh aku tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. "kau kemas barang kau semua, ikut aku balik KL!" arah mak ngah ila.
"tak apalah mak ngah, ara nak tinggal sini." jawab aku.
"engkau ni kan memang suka naikkan darah aku kan. kau memang nak semua orang cakap buruk pasal akukan!" tengking mak ngah ila. "sekarang ni kau naik atas kau kemas barang barang kau semua sekarang ara!" arah mak ngah ila.
aku pun bergegas naik ke bilik untuk mengemas barang aku walaupun aku masih belum bersedia untuk meninggalkan rumah ayah dan ibu. hampir setengah jam aku mengemas barang aku setelah itu aku membawa turun ke bawah untuk dimasukkan ke dalam kereta.
"apa yang lama sangat kau mengemas ni." kata nabila dengan wajah agak menyampah apabila dia memandang aku. dia dan mak ngah ila sedang duduk di meja makan sambil mengira wang sedekah dari orang orang yang diberikan kepadanya atas pemergian ayah dan ibu tadi.
"rumah ni macam mana nanti?" tanya aku.
"rumah ni aku nak jual." jawab mak ngah ila.
"mak ngah tak boleh jual rumah ni!" kata aku. aku tidak mahu mak ngah menjual rumah ibu dan ayah memandangkan rumah itu sahaja kenangan yang aku ada.
"eh suka hati akulah nak jual ke tak! bukan ada sesiapa lagi nak duduk rumah ni. daripada dibiar kosong baik aku jual. dapat jugak aku duit." kata mak ngah ila.
"ara tak akan benarkan mak ngah jual rumah ni. rumah ni hak ara!" kata aku. aku cuba untuk mempertahankan rumah ayah dan ibu dari dijual oleh mak ngah ila.
"kau dah terlambat ara. ada orang dah beli rumah ni." jawab nabila dengan senyuman sinis.
"sampai hati mak ngah dengan bella kan. kubur ibu dengan ayah masih merah lagi, mak ngah dengan bella dah sibuk nak jual rumah ni." kata aku. aku tidak menyangka dengan sikap mak ngah ila dan nabila.
"tak ada sesiapa yang kesah pun kubur mak bapak kau tu merah ke hijau ke. yang sekarang ni apa yang aku nak aku dapat." kata mak ngah ila. "sekarang ni dah tak ada apa lagi nak buat dekat sini kan, aku nak balik KL. kalau kau taknak ikut tak apa aku tak paksa tapi kau jangan sesekali mintak tolong aku." tengking mak ngah ila. dia dan nabila pun terus masuk ke dalam kereta.
mahu tak mahu aku terpaksa ikut mak ngah ila dan nabila tinggal di KL. sejak itu hidup aku mula berubah, mak ngah dan nabila mula melayan aku seperti orang gaji. pelbagai kerja rumah aku lakukan sehingga aku tidak tahan dengan sikap mak ngah dan nabila terhadap aku sehinggakan aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
perasaan sedih dengan kehidupan aku sekarang membuatkan aku tidak tahan untuk meneruskan lagi kehidupan aku. sampai di sebuah jambatan, aku terus menjerit sepuas hati.
"kenapa ibu dengan ayah tinggalkan ara sendiri! ara tak kuat nak teruskan hidup tanpa ibu dengan abah!" jerit aku sekuat hati. air mata aku mengalir tidak henti apabila terkenang ayah dan ibu. aku memandang ke sungai dan melihat air sungai yang mengalir deras. entah mengapa aku perlahan lahan memanjat tembok jambatan untuk terjun ke dalam sungai namun aku tidak sempat melompat ke bawah apabila ada seseorang menarik aku sehingga aku jatuh ke tanah.
"awak dah gila ke, pahala tu dah banyak sangat ke sampai nak bunuh diri!" marah tengku dhanie yang kebetulan lalu di kawasan itu.
aku tidak mampu berkata apa dan hanya mampu menangis mengenagkan arwah ibu dan ayah. tengku dhanie kemudiannya agak serba salah memarahi aku apabila dia melihat aku sedang menangis.
"awak ada masalah ke. kalau ada masalah jangan sampai nak bunuh diri. awak tahukan yang bunuh diri tu berdosa besar." kata tengku dhanie dengan nada lembut.
"terima kasih sebab selamatkan saya." ucap aku.
"its okay, sekarang ni saya nak awak balik rumah." kata tengku dhanie.
"saya tak nak balik rumah." kata aku.
"kenapa? kalau awak tak balik nanti mak dengan ayah awak risau." kata tengku dhanie.
"saya sebenarnya lari dari rumah. lagipun ibu dengan ayah saya dah tak ada." jawab aku.
"sorry, saya tak tahu pun yang mak ayah awak dah tak ada." kata tengku dhanie dengan rasa serba salah. "tapi kenapa awak lari rumah?" soal tengku dhanie.
"saya duduk dengan mak ngah saya. tapi saya dah tak tahan tinggal dengan dia sebab macam macam dia biat dekat saya. mak ngah tak suka saya. sebab tu saya lari dari rumah." jawab aku.
tengku dhanie mula rasa kasihan apabila mendengar kisah aku. dia tidak tahu bagaimana mahu menolong aku menyelesaikan masalah yang aku sedang hadapi ini. "sekarang ni awak nak pergi mana?" tanya tengku dhanie.
"saya tak tahu." jawab aku.
"kalau macam sekarang ni awak ikut saya. saya hantar awak pergi rehat mana - mana. saya tengok awak pun dah letih sangat ni. hari pun dah lewat malam." kata tengku dhanie.
"erm, tak apalah. saya tak nak susahkan awak. lagi pun saya tak bawak duit." jawab aku.
"its okay, kali ni biar saya tolong awak." kata tengku dhanie. dia memang lelaki yang betul - betul ikhlas untuk menolong aku.
aku kemudiannya mengikut tengku dhanie. dia membawa aku ke sebuah hotel yang berdekatan. tengku dhanie menempah sebuah bilik untuk aku menginap malam ni. setelah urusan selesai di kaunter, tengku dhanie menunjukkan bilik yang ditempah kepada aku. bilik yang bernombor 179 aku ditempatkan.
"awak rehatlah dulu dekat sini." kata tengku dhanie. dia menyerahkan kunci bilik kepada aku.
"terima kasih. saya dah banyak susahkan awak. nanti saya bayar balik semua ni." kata aku. tanpa disedari, pintu bilik tertutup rapat.
"tak apalah. saya ikhlas tolong awak." kata tengku dhanie.
tidak sampai beberapa minit, pintu bilik sudah diketuk oleh seseorang. tengku dhanie pun membuka pintu dan melihat sudah ada beberapa orang di depan pintu.
"maaf encik, kami dari jabatan agama islam. kami buat rondaan dan mendapati ada yang bukan muhrim berdua duaan dalam satu bilik." kata seorang lelaki berusia berpakaian biru muda. pakcik itu kemudian menjenguk ke dalam dan ternampak aku berada di dalam bilik bersama dengan tengku dhanie.
"saya rasa dah salah faham ni. kami berdua tak buat apa apa pun." terang tengku dhanie.
"mintak maaf ye, saya nak kamu berdua ikut saya." pinta pakcik itu.
aku dan tengku dhanie pun tidak tahu hendak buat apa. kami terpaksa ikut mereka pergi ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah ini.
Share this novel