Chapter 27

Romance Series 6991

Sebelum tengku dhanie masuk ke dalam khemah, dia sempat membawa beberapa makanan dan minuman untuk diberikan kepada aku apabila aku terjaga memandangkan seharian aku belum makan. dia pun meletakkan makanan di tepi kemudian dia memandang ke arah aku dengan pandangan sayu.

"abang mintak maaf sayang. abang tak patut biarkan sayang seorang diri. abang patut jaga sayang." luah hati tengku dhanie. dia mengusap perlahan pipi aku dengan air matanya mula bertakung melihat aku. tidak lama selepas itu aku mula meracau memanggil tengku dhanie akibat trauma dengan kejadian kehilangan aku tadi.

"abang.. abang.." jerit aku. tengku dhanie mula panik dan dia terus mengejutkan aku untuk bangun.

"ara sayang.." panggil tengku dhanie. aku pun terus membuka mata apabila mendengar suara tengku dhanie memanggil aku. air mata aku terus mengalir deras apabila melihat tengku dhanie di sebelah aku. aku terus bangun dan memluk tubuh tengku dhanie.

"abang jangan tinggalkan ara lagi. ara takut sangat." kata aku sambil menangis.

"abang mintak maaf ya sayang. abang janji tak akan tinggalkan sayang sorang sorang lagi." kata tengku dhanie. dia cuba menenagkan aku dengan mengusap perlahan belakang badan aku. hampir 15 minit akhirnya diri aku kembali tenang.

"dah okay?" tanya tengku dhanie. aku hanya membalas dengan anggukkan. "kesian sayang abang ni." kata tengku dhanie sambil membetulkan rambut aku yang agak serabai itu. aku agak pelik seketika apabila tengku dhanie membahasakan aku dengan panggilan sayang.

"abang dekat sini dengan ara tak apa ke?" tanya aku.

"kenapa? sayang takut ke kalau orang lain nampak." kata tengku dhanie.

"nanti apa pulak diorang cakap pasal kita." kata aku.

"sayang jangan risau, tak ada siapa pun tahu. kalau orang tahu pun abang dah tak kisah." jawab tengku dhanie.

"abang okay?" tanya aku dengan agak pelik melihat sikap tengku dhanie tiba tiba berubah.

"abang okaylah. kenapa sayang nampak abang macam tak okay ke." kata tengku dhanie.

"eh takde lah abang." kata aku. tengku dhanie kemudiannya mengambil makanan yang dia bawa tadi untuk diberikan kepada aku.

"sayang mesti laparkan. abang ada bawak makanan sikit. sayang makan ya." kata tengku dhanie. aku pun mengambil makanan yang diberikan oleh tengku dhanie.

"terima kasih abang." ucap aku. aku pun terus makan makanan yang diberikan tengku dhanie memandangkan perut aku sedang lapar dari petang tadi. tengku dhanie memandang aku makan dengan tidak sedar air matanya mula mengalir. "abang kenapa ni?" tanya aku sambil menyapu air mata tengku dhanie.

"abang mintak maaf ya sayang sebab tinggalkan sayang sorang sorang." kata tengku dhanie.

"tak apalah abang, bukan salah abang pun." jawab aku. tengku dhanie tersenyum.

"makanlah sayang. nanti rehat." kata tengku dhanie. aku pun kembali makan sambil tersenyum agar kerisauan tengku dhanie kepada aku berkurangan.

selesai makan aku pun kembali baring untuk tidur semula memandangkan hari sudah lewat malam. "abang tak tidur ke?" tanya aku.

"sayang tidur dulu. nanti abang balik dekat khemah abang tidurlah." jawab tengku dhanie. aku pun kemudiannya bangun semula. "kenapa?" tanya tengku dhanie. aku pun menolak tubuh tengku dhanie untuk baring kemudian aku membuka tangan tengku dhanie.

tengku dhanie pun memandang aneh dengan kelakuan aku namun dia hanya membiarkan saja. aku kemudiannya membaringkan kepala aku di atas lengan tengku dhanie dan terus memeluk tubuh tengku dhanie sambil memejamkan mata untuk tidur. "jangan tinggalkan saya lagi. saya ada abang sorang je dalam dunia ni." kata aku.

"abang janji tak akan tinggalkan sayang." balas tengku dhanie. akhirnya aku dan tengku dhanie pun tidur bersama di dalam satu khemah.

siang pun tiba dan aku pun terjaga apabila terdengar suara yang sudah mulai bangun pagi. aku pun bangun dan melihat tengku dhanie masih tidur. aku pun keluar dari khemah dan menuju ke arah cikgu cikgu yang sedang menyiapkan sarapan di pondok.

"ha ara, dah bangun." sapa cikgu zahirah yang sedang memotong bawang bersama murid murid perempuan yang lain. aku pun duduk berdekatan dengan cikgu zahirah.

"dah cikgu. ada apa apa nak saya tolong?" tanya aku.

"tak apalah ara, kamu rehat je biar kami semua yang buat. lagipun ni dah hari last kita dekat sini. tak ada apa sangat yang nak dibantunya." jawab cikgu zahirah.

setelah itu, asmara yang berjalan di sekitar kawasan itu ternampak aku dan terus datang ke arah aku dengan penuh keterujaan. "ara!" jerit asmara.

"tu kawan baik awak dah panggil." kata cikgu zahirah.

"saya mintak diri dulu ya cikgu." pinta aku kemudian aku terus ke arah asmara yang sedang bersama dengan yana. kami pun duduk di kawasan pinggir air terjun seketika.

"ya allah ara macam mana kau boleh menghilang semalam? risau tau aku dibuatnya." kata asmara.

"haah, puas kami semua cari awak." kata yana pula.

"maaflah kalau saya buat awak semua susah semalam. saya pun tak tahu macam mana saya boleh hilang." kata aku.

"sekarang kau okay?" tanya asmara.

"saya okay, awak jangan risau." jawab aku.

"mana tak risau. kau hilang kot. ni pun nasib je zul bagitahu yang diorang semua dah jumpa kau." kata asmara. kebetulan ashraf pun lalu di kawasan kami. aku pun menyapa ashraf namun tidak diendahkan olehnya. " ashraf." sapa aku.

"dia buat tak tahu je. bukan selalu dia ke yang suka bila kau layan dia." kata asmara.

"tak apalah as, dia sibuk agaknya." kata aku

"biarkan lah dia tu." kata asmara.

"ara." panggil asmara.

"ya as." jawab aku.

"kau hilang sebab bella ke?" kata asmara.

"kenapa awak cakap macam tu?" soal aku.

"tak adalah. sejak kau hilang semalam, dia buat tak tahu je. dia duduk dalam khemah macam tak ada benda yang berlaku. itu yang aku syak dia. lagipun diakan memang tak suka dengan kau kan." kata asmara.

"ish tak baiklah awak tuduh dia. lagipun kita tak ada bukti kalau bella yang menjadi punca saya hilang." kata aku walaupun aku agak curiga dengan bella yang menolak aku jatuh ke cerun.

"tak apalah. yang penting ara selamat sudah." kata yana.

"ha betul." sokong aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience