Hari ini hari pertama aku akan bersekolah di sekolah yang sama dengan tengku dhanie. awal pagi lagi aku sudah pun siap menggosok baju sekolah aku dan tengku dhanie. kami berdua pun bersiap siap sebelum turun untuk sarapan.
"ara, sini kejap." panggil tengku dhanie yang sedang memakai tai di hadapan meja solek.
"ya." jawab aku. aku baru sahaja selesai memakai tudung terus datang ke arah tengku dhanie.
"jangan bagitahu orang yang saya dengan awak ni suami isteri boleh?" tanya tengku dhanie. dia belum bersedia lagi untuk memberitahu orang lain tentang status dirinya yang sekarang.
"boleh." jawab aku. aku faham yang dia belum bersedia untuk memberitahu tentang hubungan kami kepada orang lain termasuklah rakan sekolahnya.
"terima kasih." balas tengku dhanie. "nanti pak abu akan hantar dan ambik awak sekolah." kata tengku dhanie.
"habis tu awak macam mana balik nanti?" tanya aku.
"saya pergi sekolah naik motor sendiri." jawab tengku dhanie.
aku hanya mengangguk faham. aku dan tengku dhanie pun kemudiannya turun ke bawah untuk menikmati sarapan sebelum berangkat ke sekolah. masa tinggal lagi setengah jam, aku dan tengku dhanie hanya sempat menjamah roti bakar bersama air teh panas.
tengku dhanie pun terus memakai kasut. dia terus naik atas motor besarnya untuk menghidupkan enjin. hanya beberapa langkah tengku dhanie mengundurkan motornya untuk keluar dari parking, puan safiyah terus memanggilnya.
"nanti dulu dhanie!" panggil puan safiyah.
"ya ma ada apa?" tanya tengku dhanie. puan safiyah menarik lengan aku untuk ke arah tengku dhanie.
"ara belum salam dhanie lagi kan?" kata puan safiyah.
"nak kena salam jugak ke mama." kata tengku dhanie.
"kenalah. kamu tu dah jadi suami isteri." kata puan safiyah. " ha ara, salam dhanie cepat." arah puan safiyah.
"okay ma." jawab aku. aku pun terus menyalam tengan tengku dhanie walaupuan kami berdua agak sedikit kekok.
"dah ma." jawab tengku dhanie.
"eh belum. mama nak kamu cium dahi ke pipi ara pulak." kata puan safiyah.
"aduh mama ni. nak kena jugak ke ma." kata tengku dhanie.
"ish kenalah. mama nak apa yang papa buat dekat mama, dhanie kena buat dekat ara." jawab puan safiyah.
"ha yelah yelah." balas tengku dhanie. mahu tak mahu dia terpaksa ikut kehendak puan safiyah daripada dia terlambat datang ke sekolah gara gara tak ikut apa yang disuruh puan safiyah.
tengku dhanie terus menarik lengan aku agar aku lebih dekat dengan dirinya. dengan hati yang berdebar debar, tengku dhanie terus mencium dahi dan pipi aku.
"ha macam nilah bagus." kata puan safiyah dengan senyuman.
"ada apa apa lagi ke ma?" tanya tengku dhanie.
"tak ada, cuma mama nak pesan ara kena salam dhanie dan dhanie kena cium pipi ara sebelum pergi sekolah." pesan puan safiyah.
"baik mama." jawab aku dan tengku dhanie serentak. tengku dhanie terus ke sekolah manakala aku terus naik ke kereta yang sudah ditunggu pak abu untuk kesekolah.
sampai di sekolah, aku dibawa pak guard ke bilik guru. salah seorang guru perempuan yang juga akan menjadi guru kelas aku nanti menyuruh aku duduk seketika di kerusi kosong sebelum dia membawa aku bersamanya masuk ke dalam kelas yang akan berlangsung lagi beberapa minit sebelum lonceng sekolah berbunyi.
cikgu salwa selaku guru kelas 5 chempaka membawa aku bersama masuk ke dalam kelas. setelah ketua kelas memberi salam hormat, cikgu salwa mula memperkenalkan aku di hadapan semua murid 5 chempaka.
"baiklah semua. hari ni kamu semua ada kawan baru." kata cikgu salwa. dia mula menyuruh aku memperkenalkan diri aku di hadapan semua orang.
"hi semua, nama saya nur ara batrisya. awak semua boleh panggil saya ara. saya asal dari Kuala Terengganu." kata aku. alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat tengku dhanie dan nabila sekelas dengan aku. aku melihat nabila sedang memandang aku dengan renungan tajam dan tengku dhanie hanya memandang biasa seperti murid yang lain.
"baiklah ara. awak boleh duduk dekat sebelah asmara di belakang tu." kata cikgu salwa.
"okay, terima kasih cikgu." jawab aku. aku pun berjalan menuju ke tempat duduk aku yang kebetulan bersebelahan dengan tengku dhanie yang di barisan meja sebelah. sepanjang itu, nabila memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.
"bella! ada apa masalah ke?" tegur cikgu salwa.
"tak ada cikgu." jawab nabila.
"kalau tak ada, saya nak mulakan kelas saya." kata cikgu salwa. dia kemudiannya mengarahkan semua murid untuk membuka buku teks bahasa melayu. dalam setengah jam dia mengajar, dia terus menyuruh semua murid untuk membuat beberapa kerja yang ada di dalam buku aktiviti. aku pun mula membuat kerja aku sementara asmara yang duduk di sebelah aku terus memandang aku dengan agak pelik.
"kenapa awak dari tadi pandang saya?" tanya aku.
"aku macam pernah nampak kaulah. tapi dekat mana eh?" soal asmara yang kebetulan didengari tengku dhanie. "by the way, nama aku asmara. panggil aku as je." kata asmara.
"saya rasa awak salah orang kot as." jawab tipu aku walaupun aku tahu yang aku pernah berjumpa dengannya minggu lepas di kedai buku bersama dengan tengku dhanie.
"ye kot." jawab asmara dengan ragu ragu. tengku dhanie menarik nafas lega apabila asmara telahpun lupa yang aku dan asmara pernah berjumpa walaupun tidak ada tegur menegur dan hanya saling pandang sahaja.
"nasib baiklah kau tak ingat as." kata hati tengku dhanie dengan lega. dia kemudiannya dapat menyiapkan kerjanya dengan hati yang tenang.
waktu kelas cikgu salwa tinggal beberapa minit lagi. ramai murid yang sudah mula hantar kerja mereka pada cikgu salwa.
"tinggal lagi 5 minit sebelum masa cikgu habis, cikgu nak kamu semua hantar kerja yang cikgu bagi." kata cikgu salwa.
"kejap cikgu." kata beberapa murid yang hampir menyiapkan kerja cikgu salwa.
aku pun terus bangun untuk menghantar kerja aku di hadapan dan entah kenapa nabila juga turut menghantar kerjanya saing dengan aku.
"rehat nanti jumpa aku dekat bangunan belakang." bisik nabila. dia kemudiannya terus kembali ke tempat duduknya.
aku kemudiannya kembali duduk di tempat aku dengan fikiran sedikit terganggu dengan ajakkan nabila di bangunan belakang nanti. entah apa yang ingin nabila katakan kepada aku.
waktu rehat pun tiba, semua murid keluar ke kantin untuk membeli makanan. "ara, jom ke kantin." ajak asmara.
"awak pergi dulu, nanti saya datang. saya nak ke tandas sekejap." kata aku.
"okay, jangan lama lama. aku tunggu kau dekat kantin." jawab asmara sebelum dia menuju ke kantin untuk membeli makanan.
"okay." jawab aku. aku pun terus bangun dan menuju ke bangunan belakang untuk berjumpa dengan nabila. sampai di belakang, lengan aku terus ditarik kasar dan badan aku dihempaskan ke dinding oleh nabila.
"mak aku cakap kau dah lari ikut jantan lain. macam mana kau boleh masuk sekolah aku ni ha!" kata nabila.
"jangan nak tuduh, ara tak lari rumah ikut jantan lain." kata aku. "lagipun mana ara tahu yang ni sekolah bella." sambung aku lagi.
"kau jangan nak tipu akulah ara. kalau mak aku tipu kenapa kau tak ada dekat rumah." kata nabila.
"ara yang nak keluar dari rumah tu. ara dah tak tahan duduk dekat rumah tu. ara ni bukan bibik makngah dengan bella!" jawab aku dengan agak tegas.
"dah pandai tinggi suara kau kan dekat aku." kata nabila.
"bella jangan ingat ara biar je makngah dengan bella pijak kepala ara. satu hari nanti, ara kan tuntut balik apa yang ara dengan makngah dah rampas dari ara!" kata aku. kebetulan tengku dhanie lalu di situ dan terdengar perbualan aku dan nabila namun dia hanya memerhatikan dari jauh. dia belum pernah melihat aku tinggi suara dekat mana mana orang pun.
"nak tujuk hebat kau sekarang eh." kata nabila. hatinya mula panas melihat aku tidak takut dengannya lagi. tangannya mahu menampar aku namun mujur tengku dhanie dapat menepis tangan nabila dan membuatkan nabila agak terkejut dengan kehadiran tengku dhanie secara tiba tiba.
"dhanie, you buat apa dekat sini?" tanya nabila dengan sedikit ketakutan.
"you jangan berani nak sentuh dia. you jangan ingat i tak nampak apa yang you buat dekat dia tadi" kata tengku dhanie.
"mana ada i buat apa apa dekat dia. i cuma borak je." kata nabila. "yang you nak bela dia ni kenapa? macam you dah kenal lama dengan dia." kata nabila lagi. aku hanya diam membisu di situ.
"i bukan nak bela dia tapi i dah masak dengan perangai you bella!" kata tengku dhanie.
"dah lah i pergi dulu." kata nabila. dia terus beredar apabila tengku dhanie mula melihat perbuatan dia terhadap aku. dia takut apa yang dia lakulan terhadap aku nanti tengku dhanie akan memberitahu kepada cikgu disiplin memandangkan dia seorang ketua pegawas di sekolah.
"awak okay?" dia ada apa apakan awak tak?" soal tengku dhanie dengan sedikit cemas sambil memutar mutarkan badan aku untuk melihat ada kecederaan yang dilakukan oleh nabila ataupun tidak.
"eh takde apalah. saya okay." jawab aku.
"awak dah kenal lama ke dengan bella tu?" tanya tengku dhanie.
"dia tu anak makngah saya." jawab aku.
"oh patutlah perangai sebijik macam mak dia." jawab tengku dhanie.
"erm dah lah saya nak kena pergi ni. nanti marah pulak as dekat kantin tu tunggu saya." kata aku. "sebelum tu terima kasih sebab awak tolong saya tadi." ucap aku sebelum aku pergi meninggalkan tengku dhanie.
Share this novel