Chapter 37

Romance Series 6991

Puan safiyah hanya mampu melihat tengku dhanie dari luar wad icu dengan hati yang sayu. dengan keadaan tengku dhanie yang leher dan kakinya patah, puan safiyah tidak sampai hati melihat kesakitan yang dihadapi oleh oleh anaknya. "kesian anak mama." kata puan safiyah sambil terus merenung tengku dhanie.

"mama, jom makan dulu ma. ni pak abu ada bawakkan makanan dari mak jah tadi." kata tengku khair yang membawa mangkuk tingkat yang dikirim mak jah.

"taknaklah pa. mama tak ada selera nak makan." jawab puan safiyah.

"jangan macam tu ma, mama dari semalam tak makan." kata tengku khair.

"pa please, jangan paksa mama. mama taknak makan papa." kata puan safiyah.

"mama, mama kena makan. kalau mama sakit nanti susah. dhanie pun taknak tengok mama dia sakit." kata tengku khair.

"ish papa ni, sukalah gunakan nama dhanie. yelah mama makan." kata puan safiyah. mereka pun pergi ke ruangan khas menunggu. tengku khair pun membuka mangkuk tingkat dan diletakkan di atas meja untuk memudahkan puan safiyah memakannya.

"papa ada tengok ara?" tanya puan safiyah.

"papa ada tengok ara dekat wad tadi sebelum datang jumpa mama." jawab tengku khair.

"dia macam mana pa?" tanya puan safiyah.

"mama jangan risau. papa dah mintak tolong asmara dengan faizul tengokkan dia dekat wad. nanti apa apa diorang akan update pada kita." jawab tengku khair.

hati puan safiyah sedikit lega. dia pun kembali makan makanannya. "papa tak makan sekali?" tanya puan safiyah.

"papa dah makan dah dengan pak abu dekat cafeteria bawah ni. nanti petang papa nak kena pergi balai settlekan hal dhanie." kata tengku khair.

selesai urusan dengan puan safiyah, tengku khair pun turun ke bawah untuk pergi ke balai polis, dalam perjalanan ke lobi dia terserempak dengan asmara dan faizul yang bari pulang dari membeli air minerel di cafeteria.

"uncle nak pergi mana?" tanya faizul.

"uncle nak pergi balai uruskan hal dhanie. nanti tolong uncle tengokkan auntie sekali dekat atas tu. kalau ada apa apa bagitahu dekat uncle." kata tengku khair.

"baik uncle." jawab faizul. dia dan asmara pun kembali ke wad aku selepas tengku khair pergi.

asmara meletakkan minuman yang dibeli di atas almari sebelah katil aku sebelum dia duduk di kerusi sambil menatap sayu wajah aku yang masih tidur. "kesian aku tengok ara ni. macam macam dugaan dia kena. sekarang ni dia tengah mengandung, dhanie pulak dekat wad icu entah bila dia sedar pun kita tak tahu." kata asmara.

"itu lah. siapa yang kejam sangat langgar dhanie sampai macam tu. dah lah langgar lepas tu dia lari macam tu je. geram aku." kata faizul sambil teringat kejadian kemalangan tengku dhanie tempoh hari.

"harap harap polis dapat tangkap siapa yang punya kerja ni." kata asmara. tak lama selepas itu, aku mula sedarkan diri. aku membuka mata dan melihat aku sudah berada di wad bersama dengan faizul dan asmara. " ara, kau dah sedar." kata asmara.

"saya dekat mana ni?" tanya aku yang masih bingung dengan keadaan sekeliling.

"kau sekarang ada dekat wad ni." jawab asmara. aku mula bingung kenapa aku tiba tiba berada di dalam wad. aku pun mula teringat akan tengku dhanie.

"abang mana abang?" tanya aku kepada asmara dan faizul.

"jangan risau dhanie okay." jawab faizul.

"saya nak jumpa abang. korang bawak saya jumpa abang." pinta aku.

"nanti dulu ara. buat masa ni tak ada sesiapa boleh masuk tengok dhanie. lagipun kau kena rehat ara." halang asmara.

"tolong lah as, zul. bawak saya jumpa abang sekarang. saya nak jumpa abang." rayu aku dengan air mata aku mulai mengalir.

"sabar dulu ara. kau kena rehat. nanti kau dah okay, dhanie dah okay kita orang akan bawak kau jumpa dhanie." jawab faizul.

"kenapa dengan korang berdua ni. saya tak sakit. boleh tak bawak saya jumpa abang sekarang." pinta aku dengan agak kasar. hampir saja aku mengamuk, mujur asmara sempat menenagkan diri aku.

"ara.. ara.. dengar sini! kita orang akan bawak kau jumpa dhanie tapi bukan hari ni. kau tak kesian ke dekat diri kau dekat anak kau ni." kata asmara.

"anak saya?" bingung aku.

"kau mengandung ara." kata asmara.

"saya mengandung." kata aku sambil mengusap perut aku yang masih kempis. namun aku masih sedih mengenangkan nasib anak aku dengan keadaan tengku dhanie yang sedang koma sekarang. air mata aku mengalir semakin deras.

"kenapa ni ara. kau tak gembira ke yang kau mengandung." kata asmara.

"kalau abang tahu mesti dia gembirakan." kata aku.

"mestilah. ini kan anak dia jugak." kata faizul.

"tapi sekarang saya taktahu macam mana nak bagitahu abang pasal baby ni. sekarang pun saya sendiri tak boleh nak jumpa abang." luah aku. asmara yang sedih melihat keadaan aku dia pun terus memeluk tubuh aku.

"ara, walau apapun terjadi. kita orang akan sentiasa ada dengan kau." kata asmara untuk menguatkan semangat aku. tak lama selepas itu aku pun kembali menenangkan diri dan kembali tidur. asmara dan faizul pun mengambil keputusan untuk keluar sementara dari wad aku.

"aku nak pergi tengok auntie dekat atas. kau nak ikut tak?" tanya faizul.

"tak apalah kau pergi dulu, ara bangun nanti susah pulak kalau tak ada siapa nak tengokkan dia. kau pun tahukan emosi dia macam mana tadi." jawab asmara.

"ha okaylah aku pergi dulu, nanti apa apa kau bagitahu aku cepat." kata faizul.

"ha yelah." balas asmara. faizul pun terus naik ke tingkat atas untuk mencari puan safiyah sambil untuk melihat keadaan tengku dhanie.

"auntie fiyah." sapa faizul.

"eh zul." balas puan safiyah yang sedang memerhatikan tengku dhanie dari luar wad icu.

"macam mana keadaan dhanie sekarang auntie?" tanya faizul.

"macam tulah, tak ada perubahan apa apa. tapi sekarang doktor dah bagitahu kalau nak masuk tengok dhanie dah boleh cuma jangan ramai sangat." kata puan safiyah.

"oh yeke. ni auntie saya nak bagitahu tadi ara mintak nak jumpa dengan dhanie." kata faizul.

"buat masa ni jangan bagi ara jumpa dhanie dulu. bagi dia stabilkan diri dia baru bagi ara jumpa dhanie." kata puan safiyah.

"baik auntie fiyah." kata faizul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience