kek dan makanan pu n sudah siap dihidang di atas meja. semua sudah bersedia di meja makan untuk menyambut hari jadi tengku dhanie bila dia pulang nanti.
"mesti dhanie suka kita sambut birthday dia meriah macam ni." kata puan safiyah.
"tak sabar ara nak sambut birthday abang dhanie." kata aku. tak lama selepas itu, fon aku yang berada di ataa almari berhampiran meja makan berbunyi berulang kali. aku pun mencapai fon dan mengangkat panggilan dari faizul.
"hello zul, ada apa call ni?" tanya aku.
"weh ara kau kena datang hospital sekarang!" kata faizul dengan nada panik.
"kenapa?" tanya aku.
"aa.. aaa.. dhanie kemalangan." jawab faizul dengan panik.
aku yang mendengar tengku dhanie kemalangan terus terpaku. fon yang dipegang aku terus jatuh ke lantai dan aku pun terus terduduk dengan air mata terus mengalir deras.
"ya allah ara kenapa ni?" tanya puan safiyah. dia terus mendapatkan aku yang jatuh terduduk.
"ma.. abang dhanie ma.." kata aku dengan air mata yang semakin deras membasahi pipi sambil memandang ke arah puan safiyah.
"kenapa dengan dhanie?" tanya puan safiyah. dia pun mula panik melihat aku menangis menyebut nama tengku dhanie.
"abang kemalangan ma." jawab aku. aku terus menangis deras. puan safiyah dan tengku khair terkejut dengan berita kemalangan tengku dhanie. puan safiyah pun terus memeluk tubuh aku untuk menenangkan aku walaupun jantungnya hampir gugur mendengar berita kemalangan tengku dhanie. "tenang sayang tenang." kata puan safiyah sambil mengusap badan aku.
"pak abu!" jerit tengku khair.
"ya tengku." jawab pak abu.
"siapkan kereta sekarang. kita pergi hospital.!" arah tengku khair.
"baik tengku." jawab pak abu. dia pun bergegas ke menghidupan enjin kereta sebelum mereka semua ke hospital untuk melihat keadaan tengku dhanie
sampai di hospital, kami semua bergegas ke wad kecemasan. kami terus berlari apabila melihat faizul dan zaim di wad kecemasan.
"abang mana abang?" tanya aku dalam keadaan panik.
"macam mana keadaan dhanie?" tanya puan safiyah pula.
"tak tahu lagi auntie, doktor masih pereksa keadaan dhanie dekat dalam." jawab faizul.
"macam mana boleh kemalangan ni?" tanya tengku khair.
"kami masa tu tengah duduk lepak dekat kedai makan lepas tu dhanie nak pergi ke kereta dia. kami tengok dia dah kena langgar." kata zaim.
nafas aku perlahan lahan menjadi susah bernafas namun aku tetap bertahan. aku pun kemudian duduk seketika di kerusi yang disediakan sementara menunggu tengku dhanie diperiksa.
"mana yang lain?" tanya puan safiyah.
"yang lain ada dekat balai buat laporan sebab kes dhanie ni kes langgar lari." jawab faizul.
"allahu akbar." ucap puan safiyah. tak lama selepas itu, seorang doktor keluar dari zon kecemasan.
"ahli keluarga tengku dhanie hafizie." panggil doktor haikal.
"kami ahli keluaga dia." jawab puan safiyah. semua pun berkerumun di hadapan doktor haikal untuk mengetahui tentang keadaan tengku dhanie.
"anak saya macam mana doktor?" tanya tengku khair.
"sekarang ni saya nak bagitahu yang keadaan tengku dhanie agak kritikal. kami terpaksa pindahkan dia ke wad icu. kemungkinan tengku dhanie akan koma buat masa yang agak lama. kalau dia sedar pun mungkin akan mengalami hilang ingatan akibat hentakkan yang kuat di kepala." jelas doktor haikal.
"ya allah pa, dhanie papa." kata sedih puan safiyah dengan keadaan tengku dhanie.
aku yang mendengarkan apa yang dikatakan oleh doktor tadi terus dada aku terasa semakin sukar untuk bernafas sehingga menyebabkan aku pingsan. mujur faizul sempat menyambut aku daripada jatuh ke lantai.
"ya allah ara kenapa ni ara." kata faizul. dia cuba membangunkan aku namun tidak berjaya.
"ya allah kenapa ni sayang." panik puan safiyah apabila melihat aku tiba tiba pingsan.
"bawak dia ke wad sebelah sana." arah doktor haikal. faizul kemudiannya mengangkat aku dan membawa kau ke wad yang diarahkan oleh doktor haikal tadi bagi membuat pemeriksaan.
"mama pergi tunggu ara, dhanie biar papa dengan zaim selesaikan." kata tengku khair.
"baik pa." balas puan safiyah sebelum mengikut faizul menghantar aku ke wad di sebelah sana.
puan safiyah yang ditemani faizul sedang menunggu aku selesai dipereksa oleh doktor humairah. dalam 15 minit merek menunggu kabar dari doktor humairah dan akhirnya doktor humairah pun selesai memeriksa keadaan aku.
"macam mana doktor dengan ara?" tanya puan safiyah.
"alhamdulillah tak ada yang serius. mungkin dia terkena panic attack yang menyebabkan dia pingsan tadi." kata doktor humairah.
"syukur alhamdulillah." ucap puan safiyah.
"tapi saya terpaksa tahan dia." kata doktor humairah.
"kenapa ara nak kena tahan. bukan ke doktor cakap dia tak apa apa?" kata puan safiyah.
"saya cuma nak pastikan kandungan puan ara berada dalam keadaan baik." kata doktor humairah.
"kandungan?" bingung puan safiyah dan faizul.
"ya kandungan. puan tak tahu ke yang puan ara ni mengandung." kata doktor humairah.
"ara mengandung! betul ke doktor?" kata puan safiyah.
"ya puan ara mengandung. kandungan dia dah masuk 2 minggu." jawab doktor humairah.
"ya allah." ucap puan safiyah dengan terharu.
"dhanie mesti gembirakan bila dia tak lama lagi nak jadi ayah." kata gembira faizul. namun dia agak sedih juga dengan keadaan tengku dhanie sekarang.
"boleh saya jumpa ara doktor?" tanya puan safiyah.
"lepas kami pindahkan puan ara ke wad biasa, puan boleh masuk jumpa puan ara. cuma buat masa sekarang ni saya dah bagi ubat untuk rehatkan puan ara untuk bagi dia tenang." kata doktor humairah.
"terima kasih doktor." ucap puan safiyah.
zaim memesej faizul untuk memberitahu yang tengku dhanie sudah ditukar ke wad icu di tingkat 4. dia pun terus memaklumkan perkara itu kepada puan safiyah.
"auntie, kalau auntie nak tengok dhanie dia ada dekat wad icu tingkat 4. ara biar saya uruskan nanti saya bagitahu auntie pasal keadaan ara." kata faizul.
"tak susahkan zul ke?" tanya puan safiyah.
"tak auntie tak susah pun. ara pun kawan saya jugak." jawab faizul.
"terima kasih ya faizul tolong auntie." ucap puan safiyah sebelum dia ke tingkat 4 untuk melihat keadaan tengku dhanie.
"sama sama auntie." balas faizul.
Share this novel