Chapter 43

Romance Series 6991

Hari ini adalah hari pertama tengku dhanie ke sekolah dalam keadaan hilang ingatan. walaupun ingatannya hanya tersekat ketika dia di tingkatan 3 itu tidak membuatkan masalah kepada tengku dhanie. cikgu dan rakan sekelasnya yang lain turut membantu dalam mengajar kembali subjek tingkatan 5. beberapa orang rakan sekelasnya terus berkumpul di meja tengku dhanie bagi melihat keadaan tengku dhanie.

"welcome back dhanie!" kata danish sambil menepuk perlahan bahu tengku dhanie.

"lama betul kau koma, aku dengar kau hilang ingatan. betul ke?" tanya firdaus pula.

"haah betul lah tu." jawab tengku dhanie sambil mengemas mejanya yang agak bersepah.

"so sekarang ni kau tak ingat kita orang lah." kata muiz pula.

"eh tak adalah. aku ingat kau orang semua." jawab tengku dhanie.

"aik? habis tu yang aku dengar kau hilang ingatan tu betul ke tak ni?" binggung firdaus.

"aku memang hilang ingatan, last aku ingat masa kita cuti panjang lepas exam pt3." jawab tengku dhanie.

"uish jadinya kau tak ingat pasal ara jugak." kata muiz yang mula menyebut nama aku. tengku dhanie hanya mengelengkan kepalanya sebagai tanda jawapan yang dia masih belum mengingati tentang aku.

"ish parah ni. kesian pulak aku tengok, ara tu dah lah tengah mengandung. suami pulak hilang ingatan dan tak ingat dekat dia pulak." kata firdaus.

"betul tu. kalau kau tak ingat sampai bila bila macam mana." kata muiz.

"ish kau ni. kalau ara dengar tak ke sedih dia nanti. kau pun ada ke patut cakap macam tu. kau patut doakan yang si dhanie ni dapat balik ingatan dia tu." tegur faizul.

"opss, sorry. aku tak sengajalah." kata muiz.

"eh tak apa. kata kata kau tu pun ada betulnya jugak. doktor pun tak jamin yang aku boleh ingat semula tu bila." kata tengku dhanie.

"sabar lah, aku pasti yang kau akan dapat ingatan kau semula." kata faizul. tak lama kemudian, semua pelajar mula memandang ke luar apabila mereka melihat cikgu disiplin bersama beberapa orang anggota polis ke kelas sebelah.

"kenapa tu?" soal muiz. pada masa yang sama cikgu zuraidah pun mula masuk ke dalam kelas untuk melanjutkan sesi pembelajaran. semua pelajar pun kembali ke tempat duduk masing masing dan hanya tempat duduk aku dan asmara saja yang masih kosong.

"mana ara dengan asmara?" tanya cikgu zuraidah.

"diorang pergi tandas." jawab tengku dhanie. tak lama selepas tu, kedengaran sedikit kekecohan dari luar kelas. tengku dhanie mula rasa tidak sedap hati. seorang pelajar perempuan dari kelas belakang memanggil tengku dhanie dengan agak cemas.

"dhanie!" panggil aura dengan nafas yang sedikit tercungap cungap.

"kenapa ni aura?" tanya cikgu zuraidah.

"a.. ara. pingsan. dia dekat sebelah tangga hujung sana dengan asmara." kata aura.

"apa! pingsan!" terkejut faizul. tengku dhanie terus bangun dan pergi berlari mendapatkan aku tanpa menghiraukan cikgu zuraidah yang masih ada di dalam kelas.

"zul pergi tengok apa jadi." arah cikgu zuraidah.

"baik cikgu." jawab faizul. dia pun pergi melihat apa yang sedang berlaku. keadaan sekolah menjadi huru hara apabila pihak polis terpaksa menahan ashraf untuk membantu siasatan mengenai kemalangan yang berlaku terhadap tengku dhanie.

"ara! saya mintak maaf ara!" jerit ashraf kepada aku dengan meronta ronta meminta pihak polis melepaskanya.

"ya allah ara!" jerit tengku dhanie apabila melihat keadaan aku yang pinsan. dia terus cuba untuk menyedarkan diri aku namun gagal.

"kenapa ni? apa yang berlaku?" tanya faizul.

"polis syak ash yang langgar lari dhanie hari tu. itu yang buat ara tiba tiba pingsan." jawab asmara.

"apa!" faizul seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh asmar.

"ara.. ara.." tengku dhanie masih sedaya upaya untuk membangunkan aku namun gagal.

"dhanie, kita bawak ara pergi bilik rawatan." kata asmara. tanpa berlengah, tengku dhanie terus mengangkat aku untuk dibawa pereksa di bilik rawatan. hampir 15 minit aku dirawat oleh cikgu yang bertugas di bilik rawatan.

"cikgu, ara macam mana?" tanya tengku dhanie.

"kamu jangan risau. dia okay. dia perlukan rehat. mungkin dia agak terkejut dengan apa yang berlaku dan menyebabkan dia tiba tiba pinsan." jawab cikgu fatihah. "saya dah bagi ubat, sekejap lagi dia akan sedar." kata cikgu fatihah lagi.

"okay terima kasih cikgu." ucap tengku dhanie. dia agak lega apabila tidak berlaku perkara buruk kepada aku. dia pun duduk di bilik rawatan sambil ditemani faizul dan asmara untuk menunggu sehingga aku sedarkan diri.

"siapa ashraf?" tanya tengku dhanie apabila dia teringat akan asmara yang menyebut nama ashraf tadi.

"kau tak ingat dia?" tanya faizul namun tengku dhanie hanya mengelengkan kepalanya.

"dia tu budak sekolah lama ara. dia pun baru je pindah sini sebelum ara pindah sini." jawab asmara.

"okay tapi apa kaitan dia dengan kemalangan aku tu?" tanya tengku dhanie.

"yang tu aku tak pastilah. kau kena tunggu apa yang pihak polis akan bagitahu kau nanti." jawab asmara.

tengku dhanie masih berfikir tentang ashraf. dia tertanya tanya jika betul kemalangan yang berlaku itu ada kaitan dengan ashraf. dia agak kebingunggan mengapa ashraf yang menyebabkan dia kemalangan. hampir setengah jam mereka di bilik rawatan, waktu rehat pun tiba.

"dah masuk waktu rehat ni. jom kita pergi kantin. perut aku pun dah berbunyi dah ni." ajak faizul.

"aku ikut." kata asmara.

"tak apalah, korang pergilah dulu. aku nak temankan ara ni. nanti kalau dia sedar aku tak ada pulak." kata tengku dhanie.

"ha okaylah. nanti aku dengan as belikan kau makanan. kau nak makan apa?" tanya faizul.

"kau belilah apa apa." jawab tengku dhanie. asmara dan faizul pun keluar dan terus pergi ke kantin. tengku dhanie masih duduk menunggu sambil mememikirkan apa yang sedang berlaku. dia cuba untuk memulihkan ingatanya kembali namun tidak berhasil.

"ya allah, kau kembalikanlah ingatan aku ni ya allah." kata tengku dhanie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience