Aku dan asmara dalam perjalanan untuk pulang. keluar dari kelas, dengan sengaja nabila terus melanggar aku sehingga aku jatuh terduduk.
"woi! kau apahal!" marah asmara. semua murid yang masih ada dalam kelas memandang ke arah asmara dan aku termasuklah dengan tengku dhanie.
"ups, sorry." kata nabila dengan senyuman sinis kearah aku kemudian dia terus pergi tanpa rasa bersalah. asmara terus membantu aku untuk bangun." kurang ajar betul perempuan tu." marah asmara.
"dah lah tu as, dia tak sengaja tu." kata aku.
"macam tu kau cakap tak sengaja." kata asmara.
"saya taknak panjangkan perkara ni. saya okay je ni tak ada apa cedera." kata aku.
"hrm yelah. tapi lain kali kalau dia buat macam ni dekat kau aku tak akan diam tau. sebab dah bayak kali aku perasan yang dia suka kacau kau." kata asmara.
"ya asmara." kata aku.
"dah jomlah ikut aku." kata asmara.
"pergi mana?" soal aku.
"kita lepak dekat warung cendol pak mail dekat pekan." jawab asmara.
"boleh, tapi saya kena bagitahu pak abu dulu sebab dia dah tunggu tu." kata aku.
"okay, cakap dengan dia nanti aku hantar kau balik." kata asmara.
"apa! awak nak hantar saya balik?" terkejut aku.
"haah, kau kenapa terkejut sangat ni." kata asmara.
"eh takda lah." kata aku. "amalak, macam mana ni. takkan as nak hantar aku balik kot. nanti kantoilah aku balik rumah abang." kata hati aku. dalam perjalanan keluar kelas sambil memikirkan bagaimana mahu elak asmara hantar aku pulang ke rumah.
keluar saja aku terus ke kereta bmw berwarna hitam yang memakir di pinggir jalan sekolah. aku pun membuka pintu kereta dan masuk ke dalam. "pak abu, ara nak keluar dengan asmara. nanti pak abu tolong bagitahu dekat abang dhanie ya." pesan aku.
"nak pak abu jemput puan nanti?" tanya pak abu.
"tak apa, nanti asmara hantar ara balik." jawab aku.
"baiklah." balas pak abu. aku pun keluar dari kereta dan pergi ke arah asmara yang sudah menunggu di depan pintu pagar sekolah. aku dan asmara naik kereta bmw warna putih yag dipandu oleh pemandu asmara iaitu pak hamid. perjalanan tidak mangambil masa yang lama dan akhirnya aku pun sampai di warung cendol pak mail. aku terlihat ada seseorang lelaki sedang menunggu kami berdua di warung.
"as, awak ada ajak sesiapa join kita sekali ke?" tanya aku sambil memandang ke ara lelaki yang seperti aku pernah lihat.
"oh lupa nak bagitahu kau, ash pun join kita sekali." jawab asmara.
"ash?" bingung aku.
"haah, dah jom nanti dia tunggu lama pulak." kata asmara. dia terus menarik lengan aku apabila melihat tiada kenderaan yang membolehkan untuk melintas. sampai di warung, aku dan asmara pun duduk semeja dengan ashraf. "dah lama ke kau tunggu?" tanya asmara kepada ashraf.
"its okay, aku pun baru datang." jawab ashraf sambil tersenyum lebar melihat aku.
"dah lama kita tak lepak dekat sini macam dulu dulu." kata asmara.
"last kita datang sini pun masa form 3 akhir tahun." sambung ashraf. tak lama sepelas itu, pak mail pun datang untuk mengambil pesanan.
"wah dah lama pak mail tak nampak kamu berdua datang warung pak mail ni." kata pak mail.
"kita orang ada jelah pak mail cuma tak sempat nak datang warung pak mail. tapi saya ada je datang warung pak mail ni. pak mail je tak nampak saya." kata asmara.
"time kamu datang tu mungkin pak mail tak perasan." kata pak mail. "kamu semua nak order apa?" tanya pak mail.
"bagi kami cendol special 3 pak mail." jawab ashraf.
"cendol special 3!" jerit pak mail kepada pekerja yang dibahagian dapur. pak mail kemudian sambung mengambil order pelanggan lain pula.
"weh korang, aku nak pergi tandas sekejap." pinta asmara apabila perutnya mula rasa tidak selesa.
"okay." jawab aku. asmara kemudiannya bangun dan pergi ke kedai makan berdekatan untuk tumpang ke tandas. aku dan ashraf mula berbual mesra sambil menunggu cendol tiba.
tidak disangka, tengku dhanie dan beberapa kawannya lalu di kawasan tersebut. faizul tersedar yang dia terlihat aku dan ashraf berdua di warung pak mail. "bukan main mesra nampak." kata faizul.
"siapa?" tanya bingung tengku dhanie.
"kau tengok siapa dekat warung pak mail tu." kata faizul. tengku dhanie pun memandang ke arah warung pak mail dan melihat aku dan ashraf berdua duaan. hatinya mulai terbakar apabila dia melihat aku berbual mesra dengan ashraf.
"kau apahal?" tanya faizul apabila melihat tengku dhanie panas hati melihat ashraf dan aku bermesra.
"aku nak balik." kata tengku dhanie.
"eh relex ah, kata nak lepak dekat gelangang futsal sama." kata faizul.
"aku malaslah." jawab tengku dhanie.
"takkan kau tengok si ash tu kau dah tak ada mood." kata faizul.
"korang pergi jelah. aku nak balik." kata tengku dhanie sebelum dia pergi meninggalkan faizul dan yang lain dengan hati yang panas.
"apahal dengan dhanie tu zul?" tanya waris.
"entah lah aku pun tak faham dengan perangai dhanie sejak dua menjak si ashraf muncul balik depan dia. ada je benda yang tak kena." jawab faizul
Share this novel