Sejak aku dimasukkan ke dalam hospital, tengku dhanie banyak menghabiskan masa berada di hospital sehinggakan latihan bola sepak dia abaikan. latihan terakhir pun tamat, cikgu nasir pun mula memanggil tengku dhanie untuk mengikutnya ke bilik sukan.
"kenapa dengan kamu ni dhanie? dah beberapa hari awak tak datang latihan. awak tahukan yang perlawanan tinggal hari esok." kata cikgu nasir.
"mintak maaf cikgu, saya ada hal keluarga yang saya tak dapat nak elak." kata tengku dhanie.
"saya tak ada masalah kalau kamu nak cuti sebab hal keluarga. kalau kamu nak cuti ke apa ke, bagitahu saya awal. saya boleh cari pengganti kalau awak tak ada. awak kesian ke dengan kawan kawan kamu yang tunggu kamu datang." kata cikgu nasir lagi.
"saya sekali lagi mintak maaf cikgu." kata tengku dhanie.
"saya tahu awak menghilang sebab ara bukan." kata cikgu nasir.
"cikgu tahu?" terkejut tengku dhanie. setahunya dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang hubungan dia dan aku.
"bukan saya saja yang tahu. cikgu cikgu dekat sekolah ni semua dah tahu pasal hubungan awak dan ara. cuma kami semua hormat dengan keputusan awak dan ara untuk tidak ada sesiapa pun tahu pasal hubungan kamu berdua kan." kata cikgu nasir.
"macam mana cikgu tahu?" saya tak pernah bagitahu sesiapa pun pasal hubungan saya dan ara." kata tengku dhanie.
"puan safiyah dan tengku khair sendiri yang bagitahu dekat pengetua. mereka taknak cikgu dekat sekolah ni fikir yang bukan bukan bila awak layan ara macam isteri sedangkan dia memang isteri awak." kata cikgu nasir. "disebabkan hari tu ara masuk hospital, saya maafkan awak sebab tak datang latihan. lain kali jangan buat macam ni." kata cikgu nasir lagi.
"baik, terima kasih cikgu." ucap tengku dhanie. dengan rasa leganya dia pun kembali masuk ke dalam kelas yang sekarang sudah pun bermula cikgu zahira mengajar subjek bahasa inggeris di kelas. tengku dhanie pun mengetuk pintu utama kelas sebelum masuk ke kelas. "sorry teacher, i am late." kata tengku dhanie.
"its okay dhanie. faizul told me that cikgu nasir wants to see you. you can go to your seat now. " kata cikgu zahirah.
"thank you teacher." balas tengku dhanie. tengku dhanie pun terus ke tempat duduknya. dia sempat memandang ke arah aku yang masih belum sihat sepenuhnya. dia pun mengeluarkan buku latihan bahasa inggeris untuk meneruskan pembelajarannya.
cikgu zahirah pun memberikan beberapa latihan di dalam buku aktiviti memandangkan hanya tinggal beberapa minit sebelum masa mengajarnya tamat. cikgu zahirah juga tidak lupa menyampaikan pesanan cikgu hairi kepada semua murid di dalam kelas.
"saya nak bagitahu awak semua pasal hari perkhemahan yang akan berlangsung minggu depan. cikgu hairi dah tampal senarai nama ahli pasukan dekat papan kenyataan sebelah kantin. nanti awak semua bolehlah tengok siapa ahli pasukan masing masing ya." kata cikgu zahirah.
"baik cikgu." jawab semua murid.
"saya nak keluar dulu, nanti ketua kelas kumpul kerja yang saya bagi dan hantar dekat atas meja saya." kata cikgu zahirah.
"okay cikgu." balas firdaus selaku ketua kelas.
lepas cikgu zahirah keluar dari kelas, semua yang sudah siap membuat kerjanya terus mengantar buku kepada firdaus dan mereka terus keluar untuk melihat nama di papan kenyataan.
"ara, aku nak hantar buku dekat fir, kau punya dah siap ke belum?" tanya asmara.
"dah, saya dah siap. awak tolong hantarkan sekali boleh?" kata aku dengan nada yang agak lemah. aku pun menyerahkan buku kepada asmara.
"boleh." jawab asmara. dia pun mengambil buku aku dan menghantarkan sekali kepada firdaus. dia kemudianya kembali ke tempat duduknya. "aku nak pergi tengok nama dekat papan kenyataan bawah. kau nak ikut tak?" tanya asmara.
"tak apalah as, awak pergilah. saya tak larat nak turun naik tangga tu nanti." kata aku.
"erm okaylah. biar aku tengokkan nama kau sekali." kata asmara.
"thank you as." ucap aku. asmara dan firdaus adalah orang terakhir yang keluar dari kelas. hanya tinggal aku dan tengku dhanie berdua di dalam kelas. aku pun terus meletakkan kepala aku di meja dan mengambil peluang untuk lelap seketika sementara menunggu cikgu faridah dan yang lain masuk ke kelas.
tengku dhanie terus ke tempat duduk asmara untuk melihat keadaan aku yang masih belum pulih. dia pun menyentuh dahi aku untuk merasa suhu badan aku masih tinggi ataupun tidak. aku agak terkejut apabila melihat tengku dhanie di sebelah aku sambil menyentuh dahi aku.
"eh abang." kata aku dengan suara sedikit serak.
"badan ara panas lagi ni. patutnya ara rehat dekat rumah sekarang." kata tengku dhanie.
"eh tak apalah abang, sikit je ni. lagipun ara tak boleh cuti lama lama nanti pelajaran tertinggal." kata aku.
"ara ni degillah. ni ubat dah makan ke belum?" tanya tengku dhanie.
"belum. ara lupa bawak air." jawab aku. tengku dhanie terus bangun dan mengambil botol airnya di atas meja sebelum dia beri kepada aku. "dalam botol abang ni ada air lagi. ara makan ubat sekarang." kata tengku dhanie.
aku pun mengeluarkan ubat dari dalam laci dan terus menelan ubat yang diberi oleh doktor tempoh hari. "terima kasih abang." balas aku setelah aku selepas makan ubat. tengku dhanie terus kembali ke tempat duduknya apabila melihat beberapa orang sudah mulai masuk ke dalam kelas sehinggakan dia terlupa membawa semula botol airnya.
"tidak disengaja, nabila sedikit terdengar perbualan aku dan tengku dhani di sebalik pintu belakang kelas. dia yang dari tandas terhenti apabila dia ternampak tengku dhanie duduk di sebelah aku. "abang? kenapa ara panggil dhanie abang? aku kena cari tahu ni. perempuan ni mesti dia ada sorokkan sesuatu." kata nabila dengan binggung. dia kemudiannya kembali ke tempat duduknya dan sempat memandang bingung ke arah aku dan tengku dhanie.
asmara pun kembali dalam kelas dengan perasaan agak gembira. dia tidak sabar untuk memberi tahu aku dengan siapa dia akan bersama dalam satu group. "ara, nasib kita baik hari ni." kata asmara dengan senyuman.
"kenapa?" tanya aku.
"aku dengan kau satu group nanti." jawab asmara.
"oh baguslah. dengan siapa lagi?" tanya aku.
"dalam group tu ada 7 orang. ada aku, kau, ilham, dhanie, dua budak tingkatan 4 dan perempuan tu." jawab asmara.
"siapa perempuan tu?" tanya aku.
"mak lampir tu lah." jawab asmara sambil memandang ke arah nabila. dia pun tidak suka dengan perangai nabila yang selalu acah acah diva di sekolah. tengku dhanie yang curi curi dengar perbualan aku dan asmara tersenyum apabila mendengar namanya dalam satu group dengan aku.
"tak baiklah awak cakap dia mak lampir." kata aku. walaupun aku tidak suka dengan nabila, itu tidak bermakna yang aku juga menggelar dia dengan gelaran yang kurang baik.
"memang sesuai dengan perangai dia." kata asmara.
Share this novel