Dalam pukul 3 pagi, aku sampai di rumah keluarga tengku dhanie. aku terpersona melihat rumah mewah tiga tingkat milik tengku khair. aku tidak menyangka yang tengku dhanie adalah anak orang kaya. aku dijemput masuk ke dalam rumah.
"ara duduk rehat dulu, mama ambikkan air untuk ara sekejap ya." kata puan safiyah.
"eh tak apa. tak perlu susah susah." tolak aku.
"its okay." jawab puan safiyah. dia terus ke dapur dan menggambil segelas air. "nah, ara mesti hauskan." kata puan safiyah.
"terima kasih." jawab aku dengan sedikit segan.
"dhanie nak naik atas dulu." pinta tengku dhanie. aku melihat wajahnya agak kurang senang selepas aku bernikah denganya. setelah tengku dhanie pergi, aku pun berasa sangat serba salah dengan seluruh ahli keluarga tengku dhanie.
"ini semua salah ara. ara mintak maaf sebab dah banyak ara menyusahkan keluarga ni. kalau dhanie nak ceraikan ara pun tak apa. ara terima." kata aku.
"ish jangan cakap macam tu ara. semua yang jadi ni mesti ada hikmahnya." kata tengku khair.
"betul tu. mula mula memang papa dengan mama tak boleh terima dengan apa yang berlaku, tapi lepas mama tengok apa makcik ara buat dekat ara tadi mama tak boleh tengok ara diperlakuka seperti itu." kata puan safiyah.
"makngah memang dari dulu lagi tak suka dengan ara." kata aku.
"kenapa makngah ara tak suka dengan ara?" tanya puan safiyah.
"makngah tak suka arwah ayah kahwin dengan mak. tapi ara tak tahu kenapa sebab arwah ayah dengan ibu tak pernah bagitahu ara." jawab aku.
"tak patut makngah ara buat macam tu dekat ara. ara ni kan darah daging dia jugak." kata puan safiyah. dia geram dengan perbuatan makngah ila terhadap ara.
"tak apalah, ara tak ambik hati pun dengan apa yang makngah buat dekat ara." jawab aku.
"sudah tu, ara lupakan apa yang berlaku. sekarang ni papa nak ara mulakan hidup baru." kata tengku khair.
"betul tu kata papa." sokong puan safiyah.
"nanti apa apa hal biar papa dengan mama uruskan. sekarang ni ara pergilah rehat dulu." kata tengku khair lagi.
"terima kasih sebab dah banyak tolong ara." kata aku.
"its okay sayang." kata puan safiyah.
aku pun bangun untuk naik ke atas namun aku lupa yang aku sendiri tidak tahu dimana bilik tengku dhanie. langkah aku terhenti dan aku memalingkan semula tubuh aku ke arah tengku khair dan puan safiyah.
"ara tak tahu bilik dhanie yang mana satu." kata aku. tengku khair dan puan safiyah tergelak kecil.
"bilik dhanie ada dekat sebelah kiri." jawab puan safiyah.
"terima kasih." ucap aku. aku pun terus naik ke atas sambil mencari bilik tengku dhanie. sampai di depan pintu biliknya aku mulai ragu ragu untuk mengetuk pintu bilik tengku dhanie namun aku terpaksa memberanikan diri untuk mengetuk pintu biliknya. "tuk.. tuk.. tuk.." pintu bilik tengku dhanie di ketuk.
tanpa aku sedari, pintu bilik sudah dibuka oleh tengku dhanie. tangan aku masih mengetuk pintu sehingga aku tidak perasan yang aku sudah pun terketuk badan tengku dhanie sekali.
"nak ketuk sampai bila?" tanya tengku dhanie.
tersengar suara tengku dhanie, aku terus memadang ke hadapan dan melihat tubuh tengku dhanie yang tidak berpakaian dan hanya dililit tuala di pinggangnya. lelaki yang berketinggian 180 cm tu baru sahaja selesai mandi. aku kemudiannya cepat cepat menutup muka aku dari melihat tubuh tengku dhanie yang agak mengodakan itu.
"kenapa awak tak pakai baju?" tanya aku sambil menutup mata dengan kedua belah tapak tangan.
"saya baru lepas mandilah." jawab tengku dhanie selamba. dia kemudiannya menyuruh aku masuk ke dalam sementara dia memakai pakaiannya.
aku pun masuk ke dalam bilik dan sedikit terkejut melihat bilik tengku dhanie yang besar dan luas. aku pun memandang sekeliling bilik sehingga ke balkoni yang ada di dalam bilik tengku dhanie.
setelah selesai memakai bajunya, tengku dhanie pun kembali dan duduk di atas katil. banyak perkara yang dia mahu tahu dari aku. "ara, sini kejap." panggil tengku dhanie.
aku pun terus ke arah tengku dhanie dan berdiri di hadapannya. "ya." jawab aku. dia pun menarik lengan aku dan membiarkan aku duduk di sebelahnya.
"saya ada banyak benda nak tanya awak." kata tengku dhanie. dirinya mulai tertanya tanya sejak pertama kali aku bertemu denganya.
"awak sebenarnya dari mana? kenapa makcik awak tadi benci sangat dengan awak? apa sebenarnya dah berlaku?" soal tengku dhanie.
"saya sebenarnya asal dari Kuala Terengganu, arwah ibu seorang jururawat dan arwah ayah seorang askar. dalam bulan 12 tahun lepas, ibu dengan ayah terlibat dalam satu kemalangan maut. saya cuma ada makngah je dan saya terpaksa ikut makngah pindah KL sebab dia satu satunya keluarga yang saya ada walaupun saya tahu dia tak akan pernah suka dengan saya." kata aku.
"tapi kenapa?" tanya tengku dhanie.
"dia tak suka ayah kahwin dengan ibu sebab tu makngah benci sangat dekat ibu sampaikan saya lahir pun makngah tak suka dengan saya. macam macam makngah cuba buat dekat ibu sebab dia nak pisahkan ibu dengan ayah. saya tahu makngah jaga saya pun sebab duit insurent ibu dengan ayah. dan makngah berani dan tak kesah sama ada awak bayar duit yang makngah mintak atau awak kahwin dengan saya pun sebab dia dah pun dapat duit insurent arwah ibu dan ayah." jelas aku lagi.
"makcik jenis apa dia ni. sampai hati dia buat awak macam tu." kata tengku dhanie. dia agak geram dengan sikap makngah ila terhadap aku.
"tak apalah, saya redho. ibu selalu pesan yang walau apapun makngah buat dekat saya dan ibu, saya tetap kena hormat dia sebab dia makcik saya." kata aku sambil menahan sebak.
tengku dhanie tidak sampai hati melihat aku kesedihan. dia pun tidak bertanya lagi tentang perkara yang boleh membuat aku sedih. "apapun saya nak awak kuat." kata tengku dhanie.
"terima kasih. saya nak mintak maaf sangat sangat sebab dah menyusahkan awak dengan keluarga awak." kata aku.
"its okay ara. mungkin ini takdir dah tetulis untuk saya dan awak sekarang ni mesti awak penat kan. awak tidurlah dekat atas katil tu biar saya tidur dekat atas sofa." kata tengku dhanie. walaupun dia bersimpati dengan aku namun dia masih belum bersedia untuk terima aku sebagai seorang isteri.
"eh jangan macam tu, awak tidurlah dekat katil awak tu. biar saya tidur atas sofa tu." tolak aku. aku pun terus mengambil bantal di atas katil dan terus ke arah sofa yang berhadapan dengan katil tengku dhanie. "selamat malam." ucap aku sebelum aku mula tidur.
Share this novel