Chapter 11

Romance Series 6991

Tengku dhanie tersedar dari tidur, tuala kecil yang sudah kering berada di dahinya terus dialihkan dan diletakkan kembali ke dalam mangkuk air yang aku bawa. dia kemudiannya melihat aku tertidur bersandar kepala katil. dia kemudiannya membetulkan posisi tidur aku dan menyelimutkan tubuh aku sambil tersenyum. setelah itu, tengku dhanie terus bangun dan keluar dari bilik.

matahari mulai menembus langsir dan membuatkan cahaya terpana di wajah aku sehingga aku mulai sedar dari tidur. aku bangun dan melihat tengku dhanie sudah tidak ada di dalam bilik. aku pun terus bangun membersihkan diri sebelum aku turun ke bawah untuk mencari tengku dhanie.

aku turun ke bawah dan suasana rumah agak sunyi. aku tidak nampak kelibat mak jah mahupun tengku dhanie. puas aku mencari sekeliling rumah dan akhirnya ternampak tengku dhanie sedang duduk di halaman rumah.

"kenapa abang duduk sorang dekat luar ni. abangkan tak sihat lagi." kata aku. aku pun terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan tengku dhanie.

"abang dah sihat dah." jawab tengku dhanie. walaupun demamnya sudah kebah namun saja batul dan selsemanya masih ada dan membuatkan dia perlu makan ubat batuk dan selsema.

"abang dah makan? kalau belum, biar ara buat makanan untuk abang." kata aku.

"abang dah makan tadi." jawab tengku dhanie.

"mana mak jah?" tanya aku sambil memandang sekeliling rumah. mana tahu ternampak kelibat mak jah sedang membersihkan halaman rumah.

"mak jah tak ada hari ni. dia pergi rumah anak dia beberapa hari." jawab tengku dhanie.

"lah yeke." kata aku. "kalau macam tu hari ni biar ara kemas rumah lepas tu nanti ara masak makan tengah hari." kata aku. baru saja aku mulai berdiri, tengku dhanie menahan tangan aku.

"ara, duduk kejap." kata tengku dhanie. aku pun kembali duduk di kerusi dengan wajah kebingunggan.

"kenapa?" tanya aku sayu melihat wajah tengku dhanie yang agak sedikit pucat.

"terima kasih." ucap tengku dhanie.

"untuk apa?" tanya aku.

"sebab ara dah susah susah jaga abang semalaman. abang hargai sangat apa yang ara buat dekat abang." kata tengku dhanie. entah kenapa matanya mula bergelinang dengan air mata. "selama ni tak ada siapa yang peduli kalau abang sakit. mama dengan papa selalu sibut dengan kerja sampai tak ada masa nak jaga abang. entah hidup ke mati ke memang mama dengan papa tak peduli pun. nasib je ada mak jah dengan pak abu kalau tak tak tahu sekarang ni abang masih hidup atau pun tak." luah tengku dhanie. aku turut simpati dengan nasib tengku dhanie.

"abang jangan cakap macam tu. selagi abang perlukan ara, ara akan sentiasa ada untuk abang." kata aku.

"terima kasih ara. abang akan cuba terima dan belajar jadi suami yang baik untuk ara." kata tengku dhanie.

"tak apa abang, kita sama sama belajar okay." kata aku.

aku pun terus bangun dan pergi meninggalkan tengku dhanie. aku terus ke dapur untuk mengeluarkan bahan apa yang boleh dimasak memandangkan hari hampir nak masuk waktu makan tengah hari. usai masak, semua lauk pauk siap di hidangkan di atas meja. hanya lauk pauk yang simple seperti ayam masak merah dan sayur campur saja aku masak. aku pun meninggalkan ruangan meja makan dan kembali ke dapur untuk sesi pembersihan.

kedengaran lonceng rumah berbunyi menadakan ada seseorang datang ke rumah. tengku dhanie yang tadinya duduk di luar terus ke ruangan depan untuk melihat siapa yang datang ke rumah pada waktu tengah hari. tengku dhanie membuka pintu dan alangkah terkejutnya apabila seorang perempuan berpakaian agak terdedah berdiri di hadapanya.

"riana!" terkejut tengku dhanie dengan kehadiran adik sepupunya itu secara tiba tiba. aku yang mendengar suara mereka terus menuju ke depan.

"abang dhanie!" sapa tengku riana. dia terus merangkul leher dan memeluk tubuh tengku dhanie secara tiba tiba membuatkan aku membatu seketika. "riana rindu sangat dengan abang dhanie." kata tengku riana dengan gembira. namun senyuman tengku riana terhenti apabila melihat aku yang berdiri tidak jauh dari mereka. "siapa ni abang?" tanya tengku riana.

tengku dhanie memalingkan tubuhnya yang masih dipeluk tengku riana. dia terus meleraikan pelukan tengku riana sejurus melihat aku. aku masih keliru dengan kehadiran tengku riana dan aku tertanya tanya apa hubungan tengku dhanie dan tengku riana. dia tidak mahu ada salah faham antara dia dan tengku riana. "ni kak ara, is.." belum sempat tengku dhanie mengabiskan ayatnya aku terus mencelah.

"pembantu rumah." jawab aku spontan. tengku dhanie memandang ke arah aku dengan bingung.

"pembantu rumah? ingatkan abang dhanie bawak perempuan mana tadi masuk rumah. tapikan takkan lah orang cantik macam ni jadi pembantu rumah. kata tengku riana. dia mula curiga dengan aku.

"cantik ke tak cantik ke boleh je kerja jadi pembantu rumah." kata aku. tengku riana terus membuat muka apabila aku menjawab denganya.

"buatkan i air, haus lah." arah tengku riana dengan nada gedik sambil mengusap lehernya. tengku riana kemudiannya merangkul tangan tengku dhanie dan dibawa duduk di ruang tamu. tengku dhanie sempat memberi isyarat mata ke pada aku agar aku tidak salah anggap hubungan dia dan tengku riana.

entah kenapa hati aku berasa sakit melihat kemesraan tengku riana terhadap tengku dhanie. aku pun terus ke dapur untuk membuat air yang diminta tengku riana tadi. "tak pasal pasal aku kena jadi pembantu rumah free." bebel aku.

sejak hadir, tengku riana tidak melepaskan tangan tengku dhanie dari pelukkanya. aku pun menghantar air kepada tengku riana.

"terima kasih." ucap tengku riana.

"makanan dah siap. tengku nak makan?" tanya aku kepada tengku dhanie yang kaku dengan kelakuan tengku riana.

"oh waw, ada makanan." kata suka tengku riana. "jom abang kita makan, riana dah lapar lah." kata tengku riana.

"aah jom kita pergi makan." balas tengku dhanie. mereka berdua pun bangun dan terus ke meja makan. tengku riana masih mahu berkepit dengan tengku dhanie. tengku riana memanggil aku yang baru saja mahu ke dapur.

"exuse me, you memang tak reti nak hidangkan nasi eh." kata tengku riana dengan nada gedik. tengku dhanie agak geram dengan sikap tengku riana terhadap aku. mahu saja dia tegur tengku riana namun aku sempat menghalang dengan memberi isyarat mata untuk tengku dhanie bersabar dengan sikap tengku riana.

aku pun datang ke meja makan dan menghidangkan nasi ke dalam pinggan mereka. aku membuka tudung saji dan terlihat wajah tengku riana memandang pelik apabila melihat lauk yang aku baru selesai masak tadi.

"ew! apa yang you masak ni. tak nampak menyelerakan langsung." kata tengku riana.

"sedap je abang tengok lauk ni semua. lagipun mak jah bukannya tak pernah masak lauk kampung macam ni kan." kata tengku dhanie.

"mak jah tu lain abang, mak jah kalau masak adalah kelas sikit. ni riana tengok macam nak bagi ayam makan je." kata tengku riana. dia menyentuh sudu seperti menyentuh benda yang menjijikkan saja.

"geramnya aku dengan perempuan ni!" kata hati aku apabila melihat tingkah tengku riana.

"maaflah ya cik riana, saya tak masak macam mana mak jah masak sebab dekat rumah ni tinggal tengku dhanie sorang je. saya masak pun pakai apa yang ada je dekat dapur. kalau tak makanan dekat hotel lima bintang tu pun saya boleh je masak." kata aku. "lagi pulak, cik riana ni tetamu yang tak diundangkan." kata aku lagi. tengku dhanie menahan tawanya apabila melihat aku berani bersuara dengan tengku riana.

"you ni memang biadap eh. you tahu tak i ni siapa!" marah tengku riana.

"rasanya saya tak nak tahu pun siapa cik riana ni." jawab aku lagi. tengku riana mulai geram dengan aku. tangannya laju mencapai pinggan yang berisi nasi di hadapanya. dia terus melempar nasi ke arah aku.

"riana!" jerit tengku dhanie. aku diam membatu dengan tindakkan tengku riana. habis semua nasi melekat dekat wajah dan rambut aku. "riana dah melampau!" marah tengku dhanie.

"orang gaji ni yang dah melampau! dia tak sedar ke yang dia ni siapa dalam rumah ni." kata tengku riana. kesabaran tengku dhanie mula menghilang. dia terus menarik lengan tengku riana dan mengheretnya keluar.

"abang nak riana balik! jangan datang rumah abang sesuka hati selagi maklong dengan paklong tak ada dekat rumah." kata tengku dhanie.

"sampai hati abang halau riana sebab orang gaji tu!" kata tengku riana.

"abang kata balik sekarang riana!" tengking tengku dhanie. dia terus menutup pintu rumah dan kembali ke meja makan. tengku dhanie terus datang kepada aku. "ara okay?" tanya tengku dhanie sambil membuang nasi yang melekat di wajah aku.

"ara okay." jawab aku.

"abang mintak maaf. riana tak sepatutnya buat ara macam ni." kata tengku dhanie dengan rasa serba salah.

"tak apalah abang." jawab aku.

"ara pergi naik atas, ni semua biar abang yang kemas." kata tengku dhanie.

"tak payahlah abang, biar ara yang kemas. abang duduk sambung makan." kata aku.

"tak apa, abang tunggu ara. kita makan sekali." kata tengku dhanie.

"cik riana macam mana?" tanya aku.

"dah jangan sebut lagi nama dia. pandai datang pandailah balik." jawab tengku dhanie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience