Chapter 7

Romance Series 6991

Lepas rehat, semua murid pun kembali masuk ke dalam kelas masing masing untuk melanjutkan sesi pembelajaran. cikgu zamrie yang akan mengajar matapelajaran subjek matematik terus masuk ke dalam kelas 5 chempaka selepas lonceng berbunyi.

"baiklah kelas, hari ni saya akan ajar awak subjek matematik. saya akan gantikan cikgu salmiah yang sedang cuti bersalin." kata cikgu zamrie.

"baik cikgu." jawab semua murid 5 chempaka. tidak lama selepas itu, seorang murid lelaki tingkan 4 cahaya datang ke kelas 5 chempaka.

"tuk.. tuk.. tuk.. maaf ganggu cikgu." kata ismadi.

"ya kenapa tu ismadi?" tanya cikgu zamrie.

"pengetua mintak semua pelajar tingkatan 5 pergi ke dewan." jawab ismadi.

"orite ismadi. terima kasih." ucap cikgu zamrie. ismadi pun terus ke kelas lain untuk memberitahu perkara yang sama juga kepada tingkatan 5 untuk pergi ke dewan sekarang. "awak semua boleh ke dewan sekarang." arah cikgu zamrie.

semua murid tingkatan 5 pun terus berjalan ke dewan. pengetua pun sudah ada di dewan dengan beberapa orang guru yang akan terlibat. semua murid pun terua beratur dan duduk di dalam barisan kelas masing masing.

"baik semua dah ada?" tanya cikgu darma, pengetua sekolah.

"sudah cikgu." jawab semua murid tingkatan 5.

"baik. saya kumpulkan awak semua ni sebab ada beberapa perkara yang saya dan cikgu cikgu dekat sini dah berbincang. kami akan adakan beberapa aktiviti awal yang awak semua boleh join sebelum awak semua mula sibuk dengan SPM awak." kata cikgu darma. semua murid agak teruja dengan apa yang disampaikan oleh cikgu darma.

"wah bestnya, apalah agaknya ativiti yang kita buat tahun ni." kata salah seorang pelajar perempuan kelas 5 cahaya.

"kami dah senaraikan beberapa aktiviti yang akan berlangsung dalam waktu terdekat ni iaitu perlawanan bola sepak bagi yang sudah terlibat, sukan besar sekolah, hari lawatan dan hari camping sekolah yang mana tahun ni kita akan buat di luar sekolah." sambung cikgu darma lagi. makin teruja semua murid tingkatan 5 apabila mendengar camping tahun ni akan diadakan di luar sekolah.

"baru syok camping tahun ni." kata asmara.

"suka awak dengan camping." kata aku.

"gila kau tak suka. tiap tiap tahun hari camping ni buat dekat kawasan sekolah. sekali sekala rasa udara luar apa salahnya. lagipun ni tahun last kita sekolah." jawab asmara.

"betul jugak tu." kata aku.

"untuk hari lawatan dan hari camping, saya akan mintak cikgu cikgu untuk senaraikan nama awak mengikut kumpulan. nama tu nanti saya akan tampal dekat papan bersebelahan kantin." kata cikgu darma. "kalau dah tidak ada apa lagi, kamu semua boleh balik ke kelas." atah cikgu darma.

semua murid pun bergerak untuk masuk ke kelas masing - masing. dalam perjalanan ke kelas, ada seorang lelaki datang menegur aku dari belakang dan kebetulan juga tengku dhanie berada di belakang aku dan asmara.

"ara batrisya!" panggil ashraf dari kelas 5 mawar.

"ya saya." jawab aku dengan agak binggung apabila dia menegur aku dan dia tahu akan nama aku.

"awak tak kenal saya ke ara?" tanya ashraf. tengkh dhanie mula memandang aku dan ashraf berbual bersama.

"maaf, siapa ye?" tanya aku. aku memang tidak ingat tentang ashraf.

"wey ash, kau kenal ara ke?" tanya asmara kepada ashraf.

"kita pernah satu sekolah rendah dulu." jawab ashraf.

aku mula ingat kembali ingatan aku bersama ashraf dan akhirnya aku mula ingat ashraf yang pernah satu sekolah rendah dengan aku di Kuala Terengganu dulu. ayahnya kawan baik kepada ayah aku.

"ashraf khalid." kata aku. aku tidak menyangka yang aku akan berjumpa dengan ashraf semula setelah sekian lama tidak berjumpa setelah ashraf sekeluarga berpindah.

"ha ingat pun . ingatkan awak dah tak ingat saya." kata ashraf dengan gembira. namun tengku dhanie agak tidak gembira apabila dia mendengar yang aku dan ashraf satu sekolah dahulu apatah lagi ashraf adalah musuh kepadanya.

"sorrylah. saya tak ingat awak sangat." kata aku.

"its okay. saya dapat jumpa awak balik pun saya dah gembira." kata ashraf.

"korang berdua ni ada apa apa ke dulu?" tanya asmara sambil mengangkat satu keningnya. dia ingin tahu kisah aku dan ashraf sama ada kami pernah bercinta ataupun tidak.

"eh mana ada apa apa." jawab aku.

"kita orang kawan baik dulu." jawab ashraf. "ara, lain kali kita borak panjang ya. saya dah nak kena masuk kelas dah ni." pinta ashraf.

"okay." jawab aku. setelah ashraf pergi aku baru perasan tengku dhanie berada di belakang aku. dia terus jalan laju dengan wajah yang agak tidak puas hati. "kenapa dengan dhanie tu?" tanya aku.

"biasalah bila ada ash, dia memang semacam je." jawab asmara.

"kenapa dia dengan ash. ada masalah ke?" tanya aku lagi.

"nanti aku cerita sebab kisah diorang tiga hari tiga malam tak akan habis." jawab asmara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience