Selepas membeli makanan di kantin, semua berpakat duduk berasama dengan tengku dhanie untuk bertanya hal sebenar apa yang berlaku antara aku dan tengku dhanie. baru saja tengku dhanie duduk, semua rakan sekelasnya berkerumun di hadapanya.
"dah kenapa semua dekat sini?" tanya tengku dhanie.
"tak ada benda lain lah tu. ni mesti nak tanya pasal kau dengan ara." kata faizul.
"haah, kita orang nak tahu betul ke kau dengan ara tu dah kahwin." kata aizat yang duduk di hadapan tengku dhanie.
"apa yang korang nampak dan korang dengar pagi tadi tu semua betul. ara tu isteri aku." jawab tengku dhanie.
"serius lah. macam mana kau boleh kahwin dengan dia pulak?" tanya firdaus.
"panjang cerita dia tapi aku singkatkan yang ara sekarang isteri aku yang sah. korang lepas ni jangan nak cuba try bini aku pulak." kata tengku dhanie.
"sorry dowh dhanie. sebelum ni kita orang tak tahu pun ara tu bini kau. lagipun ara tu dah lah cantik macam mana orang tak tergoda dengan dia." kata aizat.
"amboi bukan main puji nampak. ingat ara tu isteri aku." kata tengku dhanie.
"lagipun sapa suruh kau tak cakap yang dia tu bini kau." kata faizul.
"entah tu. tak pasal pasal kita orang ni berdosa sebab suka dekat bini orang." kata firdaus.
"aku bukan tak nak bagitahu, aku cuma tak ready nak bagitahu semua." jawab tengku dhanie.
"iyah kita orang ni bukan siapa siapa nak kau bagitahukan." kata aizat.
"aik, merajuk ke." kata tengku dhanie.
"kau layankan jelah dia ni. dah macam perempuan pulak nak merajuk bagai." kata firdaus.
"siot kau cakap aku macam perempuan." kata aizat sambil memukul bahu firdaus.
"eh dah jangan nak gaduh depan aku pulak." kata tengku dhanie sambil tergelak kecil melihat gelagat firdaus dan aizat.
"wey apa kata hujung minggu ni kita lepak macam dulu. dah lama tak lepak sama." kata faizul.
"boleh jugak tu." sokong firdaus.
"alang alang tu kita celebrate birthday dhanie ni." kata aizat.
"eh haahlah birthday kau minggu depan." kata faizul.
"birthday aku ke minggu depan?" tanya tengku dhanie.
"mak ai, birthday sendiri takkan tak ingat kot." kata firdaus.
"orang dah kahwin banyak lupa." kata faizul.
"bukan lupalah." kata tengku dhanie.
"so kira jadi lah ni?" tanya faizul.
"jadi ah mana boleh tak jadi." jawab firdaus.
"okay cun. nanti aku bagitahu yang lain." kata faizul.
habis rehat, mereka semua kembali ke kelas untuk menyambung sesi pembelajaran. dalam pada masa cikgu zuraidah sedang mengajar, satu pengguguman dari cikgu azman telah dibuat untuk memanggil aku dan tengku dhanie ke bilik disiplin.
"assalammualaikum, diminta tengku dhanie dan ara batrisya ke bilik disiplin sekarang." ucap cikgu azman. aku dan tengku dhanie bingung seketika kenapa kami dipanggil ke bilik disiplin.
"apahal ni?" tanya asmara.
"tak tahulah." jawab aku.
"dhanie dengan ara boleh pergi sekarang." kata cikgu zuraidah. aku dan tengku dhanie pun keluar dan terus pergi ke bilik disiplin. masuk saja di dalam aku sudah melihat nabila dan makngah ila turut berada di dalam bilik disiplin bersama beberapa orang cikgu yang lain.
"cikgu panggil kami." kata tengku dhanie. aku mula berdiri di belakang tengku dhanie apabila melihat makngah ila sudah memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.
"saya panggil kamu berdua sebab nak bincangkan pasal hal yang berlaku pagi tadi." azman
"nak bincangkan apanya lagi cikgu. anak saya tak salah, perempuan ni yang salah!" kata makngah ila sambil menunding jadi ke arah aku.
"kenapa pulak ara yang salah. anak makngah yang serang dia. ini bukan kali pertama bella cuba serang ara!" kata tengku dhanie.
"mentang mentang dia bini kau. bulat bulat kau percaya apa yang dia cakap." kata makngah ila.
"sudah tu. saya panggil kamu semua ni untuk berbincang dengan baik bukan nak kecoh kecoh gaduh." kata cikgu azman.
makngah ila dan tengku dhanie pun menenagkan diri seketika untuk memulakan perbincangan ini dengan segera. "ha apa yang nak dibincangkan dangat tu." kata makngah ila dengan nada marah.
"kami dapat tahu yang nabila cuba untuk membunuh ara masa perkhemahan hari tu dan hari ni dia cuba membuat kecoh dan menyerang ara di kelas." kata cikgu azman.
"apa yang cikgu merepek ni. takkan anak saya nak serang perempuan tak guna ni." kata makngah ila.
"tolong puan, jaga sikit bahasa puan tu." tegur cikgu maria. makngah ila hanya menjeling ke arah cikgu maria.
"bella tak buat apa pun mak, dia yang serang bella adalah." bohong nabila.
"kau jangan nak tipulah bella, satu kelas nampak apa yang kau dah buat dekat ara tadi." kata tengku dhanie. dia hampir mengamur mujur aku sempat menahan tengku dhanie.
"sedap kau je. kalau anak aku cakap dia tak buat tu dia tak buatlah!" tengking makngah ila.
"sudah tu!" kata cikgu azman. "berdasarkan apa yang diceritakan oleh ketua kelas mereka dan aduan, pihak sekolah terpaksa menggantung nabila selama seminggu atas perbuatan yang dia lakukan." tambah cikgu azman lagi.
"apahal pulak anak saya yang kena gantung!" marah makngah ila.
"ini atas arahan pengetua puan suhaila." jawab cikgu azman.
"ah ni semua tak betul. arahan pengetua konon. patutnya kau buang je perempuan ni dari sekolah ni bukan kau gantung sekolah anak aku." marah makngah ila.
"kalau puam suhaila tak puas hati, puan suhaila boleh bercakap sendiri dengan pengetua." kata cikgu azman yang sedang menahan marah dengan sikap makngah ila.
"memang aku tak puas hati. selagi perempuan ni hidup selagi tu dia akan bawak bala dalam keluarga aku!" kata makngah ila.
"makngah cakap baik sikit. jangan sampai saya ambik tindakkan dekat makngah dengan anak makngah!" marah tengku dhanie.
"kau nak ambik tindakkan dekat aku! apa kau ingat aku takut ke. mentang mentang kau anak orang kaya kau boleh tunjuk kuasalah depan aku." kata makngah ila.
"sudah tu puan." kata cikgu maria.
"kau dengar sini eh, selagi perempuan sial ni masih hidup selagi itulah hidup kau tak akan aman. aku akan pastikan yang kau akan merana macam apa yang kau dengan keluarga kau buat dekat keluarga aku!" kata dendam makngah ila. aku semakin ketakutan dengan sikap makngah ila yang semakin menjadi jadi.
"selagi saya masih hidup, jangan sesiapa yang berani sentuh istari saya!" balas tengku dhanie. makngah ila hanya menjeling dengan kata kata tengku dhanie. dia tidak tergugat dengan setiap kata kata dari tengku dhanie terhadap dirinya.
"korang semua dengar sini, cakap dengan pengetua kau tu tak payah nak gantung sekolah anak aku. kau cakap dengan dia yang aku nak anak aku berhenti dari sekolah ni. sekolah ni bukan bagus mana pun, anak aku boleh dapat sekolah yang lagi baguslah dari sekolah ni!" kata makngah ila sebelum dia menarik nabila untuk keluar dari bilik disiplin.
Share this novel