Aku pulang ke rumah agak lewat kerana leka berbual bersam asmara dan ashraf di warung pak mail tadi.. sampai di rumah aku sudah melihat kereta mama dan papa sudah pun berada di parkir kereta menandakan mereka juga sudah lama pulang ke rumah. aku pun membuka pintu utama untuk masuk dan melihat tengku dhanie sudah pun duduk menunggu di ruang tamu.
"assalamualaikum." ucap aku.
"waalaikumussalam, lambat balik. pergi mana?" tanya tengku dhanie. wajahnya tidak mesra seperti biasa dan dia menunjukkan riak wajah yang marah.
"ara pergi makan cendol dengan as tadi." jawab aku dengan sedikit ketakutan.
"dah pandai keluar tak bagitahu abang ke?" kata tengku dhanie. dia agak sedikit geram apabila aku tidak menyebut nama ashraf padahal dia tahu yang ashraf juga bersama dengan aku dan asmara di warung tadi.
"ara dah mintak pak abu bagitahu abang yang ara keluar dengan asmara." jawab aku.
"ara jangan nak tipu abang! abang pantang kalau ara tipu abang! pak abu tak cakap apa pun dengan abang." kata tengku dhanie. suaranya mulai bernada tinggi.
"sumpah abang, ara ada suruh pak abu bagitahu abang." jawab aku. air mataku sudah mulai bertakung apabila melihat tengku dhanie marah.
"abang paling benci kalau orang mula tipu abang! ara jangan ingat abang tak tahu yang ara keluar dengan si ashraf tu bukan dengan asmara!" kata tengku dhanie.
"ara tak pernah tipu abang. sumpah ara keluar dengan asmara lepastu ara tak tahu pun yang asmara ajak ashraf sekali." jawab aku. air mata aku mulai jatuh membasahi pipi.
tengku dhanie mulai sakit hati apabila aku cuba menafikan perkara yang dia lihat tadi adalah salah faham dan memang betul apa yang aku katakan.
"kenapa ara nak kena tipu abang! kalau ara rasa ara suka dengan si ashraf tu, ara bagitahu abang. jangan buat abang ni macam tak wujud je dalam hidup ara. kalau ara dah tak nak teruskan perkahwinan ni, ara bagitahu. abang boleh lepaskan ara!" kata tengku dhanie. walaupun dia tahu hatinya berat untuk melepaskan aku.
"abang!" jerit terkejut aku dengan kata kata tengku dhanie.
"ya allah dhanie! apa yang dhanie cakap ni. mama tak pernah ajar dhanie tinggi suara dengan perempuan." marah puan safiyah. mama yang terdengar pergaduhan antara aku dan tengku dhanie dari tangga turun untuk meleraikan pergaduhan. mama juga tidak menyangkan yang tengku dhabie akan berkata seperti itu kepada aku.
tengku dhanie terus keluar rumah entah kemana setelah puan safiyah muncul. aku yang agak sedikit kecewa dengan tengku dhanie terus jatuh terduduk dengan air mata semaki deras membasahi pipi. puan safiyah terus datang ke arah aku dan memeluk tubuh aku dan dia juga berasa sedih melihat tengku dhanie memperlakukan aku sebegitu.
"mama mintak maaf ye sayang dengan apa yang dhanie cakap pada ara. bagi dhanie tenangkan diri." kata puan safiyah.
"ara tak pernah tipu sesiapa lagi lagi abang." kata aku.
"mama tahu ara tak akan tipu dhanie. biar dia hilangkan rasa marah tu. nanti dhanie okay." kata puan safiyah.
pak bu yanh terdengar pergaduhan aku dan tengku dhanie berasa serba salah. dia terus datang berjumpa dengan aku yang masih dalam kesedihan. "puan, pak abu mintak maaf ya. pak abu lupa nak bagitahu tengku pasal puan keluar dengan cik asmara tadi. disebabkan pak abu, tengku marah teruk dekat puan." kata pak abu.
"tak apalah pak abu, saya tak salahkan pak abu pun. sepatutnya saya yang kena mintak izin dekat abang kalau nak pergi mana sekalipun." kata aku.
"pak abu jangan risau. pak abu bukan tak tahu perangai si dhanie tu." kata puan safiyah.
"sekali lagi pak abu mintak maaf ya." kata pak abu sebekum dia pergi.
"ara nak naik atas dulu ma." pinta aku dengan mata yang mulai bengkak.
"ha yelah, apa apa nanti ara bagitahu mama ya." pesan puan safiyah.
"baik ma." jawab aku. aku pun berjalan naik ke bilik dengan hati yang masih dalam kesedihan. aku mulai membersihkan diri dan sambil menunggu tengku dhanie pulang. jam mulai berjalan dan hari semakin lewat namun tengku dhanie masih belum pulang. aku duduk di sofa dan masih menunggu tengku dhanie pulang dan akhirnya aku terlelap.
jam yang sudah menunjukkan jam 3 pagi. motor yang ditunggang tengku dhanie pun masuk ke dalam garaj. pak abu yang masih terjaga terus datang kepada tengku dhanie yang baru pulang. "tengku." sapa pak abu.
"eh pak abu tak tidur lagi?" soal tengku dhanie.
"pak abu tak senang tidur kalau tak bagitahu hal sebenar dekat tengku." kata pak abu.
"hal apa pak abu?" soal bingung tengku dhanie.
"pagi tadi, puan ada mintak pak abu cakap dengan tengku yang puan nak keluar dengan cik asmara. cuma pak abu lupa nak bagitahu tengku." kata pak abu.
"tak apalah pak abu, bukan salah pak abu pun. lagipun saya tak marah pasal tu." kata tengku dhanie. dia pun terus meninggalkan pak abu sendirian. dia kemudian terus naik ke bilik dan melihat aku sudah pun terlelap di atas sofa. dia pun terus membersihkan diri dan kemudian dia datang ke arah aku.
tengku dhanie pun menarik selimut dan menyelimuti tubuh aku yang dalam kedinginan. dia pun memandang wajah aku dengan tatapan sayu namun dia masih lagi kecewa dengan aku. "kenapa mesti ashraf ara. abang tak salahkan ara tapi abang kecewa dengan ara." luah tengku dhanie sambil mengusap pipi aku.
Share this novel