Chapter 25

Romance Series 6991

"Baiklah semua, aktiviti hari ni kita akan lakukan beberapa jungle tracking dan dalam sepanjang perjalanan akan ada beberapa task untuk setiap kumpulan perlu cari. siapa yang kumpul paling banyak akan dikira pemenanglah." terang abang amir selaku penunjuk arah.

"ingat, kamu semua perlu jaga ahli kumpulan masing masing." pesan cikgu azman.

"baik cikgu." jawab semua.

mereka semua pun mula membuat panasan badan sebelum bergerak untuk melakukan jungle tracking. setiap kumpulan akan diberikan satu kertas yang menunjuk arah dimana task itu perlu dicari. perjalanan pun telah dimulakan.

"saya mungkin tak dapat nak pantau awak semua, jadi ketua kumpulan perlu pastikan ahli kumpulan masing masing perlu cukup sebelum balik." pesan abang amir.

semua pun mengguk faham dan terus memulakan pencarian task yang diberi. pencarian sudah mengambil masa satu jam, sambil menikmati pemandangan hutan ada juga beberapa kumpulan yang sudah berjaya mengumpul task.

"as, teman aku pergi cari kat belah sana." kata faizul.

"ish kau ni apasal ajak aku pulak. ajaklah dhanie ke hakim ke." kata asmara.

"diorang dah cari belah sana, jomlah sekejap. kau ni." kata faizul.

"ih yelah yelah." kata asmara. dia pun mengikut faizul mencari task di sebelah sana sementara aku masih mencari di sekitar kawasan cerun yang agak jauh dari kawasan di mana ahli kumpulan aku mencari. nabila yang melihat aku sendiri terus menghampiri aku secara senyap. dia dengan kejamnya terus menolak aku jatuh ke arah cerun. aku jatuh tergolek sehingga kepala aku terhantuk di batu sehingga pingsan.

"nasib kau tak baik hari ni ara." kata nabila dengan senyuman sinis. dia kemudiannya meninggalkan tempat itu dan berpura pura mencari task seolah olah dia tidak tahu tentang kejadian itu.

hampir 2 jam berlalu, semua kumpulan sudah berjaya mengumpul task. kini tiba masa untuk mereka semua pulang ke tapak perkhemahan memandangkan hari sudah masuk waktu tengah hari. mereka semua berjalan pulang sehingga tidak sedar akan tiada aku.

setiap ketua mengantar task kepada cikgu azman. tengku dhanie yang kembali ke khemah melihat asmara sedang berlegar legar seperti sedang mencari sesuatu.

"kau cari apa?" soal tengku dhanie.

"aku cari ara. kau ada nampak dia tak?" tanya asmara.

"ara? bukan dia dari tadi dengan kau ke?" kata tengku dhanie.

"tadi seingat aku, dia memang ada dengan aku. tapi sekarang baru aku perasan dia tak ada." jawab asmara.

"kau dah cuba cari dekat tempat lain?" tanya tengku dhanie.

"puas aku cari dia tapi tak jumpa." jawab asmara.

"kenapa ni?" tanya yana yang datang menghampiri asmara dan tengku dhanie.

"yana ada nampak ara tak?" tanya tengku dhanie. dia mulai panik apabila aku hilang tidak kelihatan.

"tak ada. yana baru je balik dari sana tu." jawab yana sambil menunjukkan kawasan khemah kumpulan ashraf.

"aku rasa dia hilang lah weh." kata asmara dengan panik.

"hilang! kau jangan main main as. kita kat dalam hutan ni." kata tengku dhanie. hatinya mula gelisah memikirkan dimana keberadaan aku.

"aku dah cari dah dekat seluruh kawasan ni tapi tak jumpa jugak dia." kata asmara.

"entah entah ara hilang masa kita cari task tadi tak." kata yana yang terfikir akan jungle tracking yang dilakukan tadi.

"kalau betul ara hilang masa tadi tu macam mana ni dhanie." kata asmara dengan panik.

"okay kita kena relex sekarang jangan panik. kau dengan yana cari lagi ara dekat kawasan ni dulu. biar aku bagitahu cikgu yang ara hilang." kata tengku dhanie.

"ha okay." jawab asmara. dia dan yana pun mula mencari aku disekitar tapak perkhemahan dan tengku dhanie terus berlari ke arah cikgu untuk memberitahu akan kehilangan aku.

setelah itu, cikgu azman meminta semua murid berkumpul di hadapannya. "dengar sini semua, cikgu nak bagitahu ada seorang kawan kamu hilang. cikgu nak kamu semua cek sekali lagi ahli kumpulan masing masing dan pastikan tidak ada sesiapa yang hilang lagi." kata cikgu azman. masing masing pun mula cemas dan mula melihat ahli kumpulan masing masing sama ada cukup atau pun tidak.

"saya dengan cikgu azman dan cikgu nasir akan pergi mencari kawan kamu yang hilang tu sementara kamu semua duduk sini dan jangan jauh dari kawasan ini. nanti cikgu zuraidah akan pantau kamu semua sepanjang kami tiada." kata abang amir.

"siapa yang hilang?" tanya ashraf yang bingung.

"aku dengar salah seorang ahli kumpulan dhanie. tak silap aku nama dia ara." jawab danish yang juga satu kumpulan dengan ashraf.

"apa ara hilang!" panik ashraf. matanya pun mula melilau mencari bayangan aku. dia terus melihat tengku dhanie dan faizul sedang menuju ke arah abang amir dan dia pun turut pergi menghampiri mereka.

"kami nak ikut." kata tengku dhanie. dia semakin risau dengan kehilangan aku.

"jangan, baik awak duduk sini." kata abang amir.

"tak apa mir. biar diorang ikut." kata cikgu nasir. dia membiarkan tengku dhanie ikut mencari aku memandangkan dia sudah tahu akan hubungan aku dan tengku dhanie.

"kalau macam tu takpa lah. jom kita mulakan pencarian." kata abang amir.

"tunggu, saya pun nak ikut jugak." kata ashraf. kehadirannya membuatkan tengku dhanie kurang senang.

"kau boleh tak jangan sibuk." kata tengku dhanie.

"aku pun nak ikut cari ara jugak." kata ashraf.

"eh dah tu. jangan nak gaduh pulak kamu berdua ni. kita dah tak ada masa ni. saya dah nak gerak sebelum kita lambat cari dia." kata abang amir.

mereka semua pun terus memulakan perjalanan untuk mencari aku. sepanjang pencarian, tengku dhanie teramatlah risau sehingga dia hampir pitam memikirkan dimana keberadaan aku.

"kau okay tak ni?" tanya faizul.

"aku okay." jawab tengku dhanie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience