Semua sudah mulai mengemas barang masing masing untuk berangkat pulang. selesai mengemas aku pun jalan seorang diri di kawasan air terjun untuk menikmati suasana bunyi air terjun sebelum pulang. aku berdiri di salah satu batu di pinggir air terjun. kebetulan nabila tiba tiba datang menghampiri aku.
"sukalah kau kan semua orang yang aku suka semua kau rampas." kata nabila.
"apa yang kau cakapkan ni bella." kata aku yang kurang senang dengan kehadiran nabila.
"kau jangan buat buat tak fahamlah. dari kecik lagi apa yang aku nak kau rampas. event arwah atok dengan nenek sayang lebih kau dari aku. apa yang aku buat semua tak kena tapi apa yang kau buat semua bagus. sekarang ni kau datang sekolah aku lepas tu kau nak rampas dhanie dari aku pulak!" kata nabila.
"aku tak pernah rampas apa apa dari kau pun bella." kata aku.
"heh, sepatutnya masa kau jatuh cerun tu kau dah tak payah balik dah. patut kau mati je biar senang hidup aku." kata nabila.
"macam mana kau tahu aku jatuh dekat cerun? ke kau yang tolak aku jatuh cerun tu!" kata aku. nabila tergelak sinis kecil.
"kau memang bodohkan. sama macam mak dengan bapak kau." kata nabila dengan agak melampau.
"kau jangan melebih eh bella! kau jangan libatkan arwah ibu dengan ayah aku!" kata aku dengan geram. kesabaran aku terhadap bella mula sedikit menghilang.
tengku dhanie dan faizul yang melihat dari jauh agak binggung melihat aku dan nabila berdua di pinggir air terjun. "apa yang diorang bualkan tu. nampak macam serius je?" kata faizul. tengku dhanie hanya perhatikan dari jauh.
"kenapa? mak bapak kau tu dah mati. sepatutnya kau pun ikut sekali mati. baru puas hati aku!" kata nabila sambil tanganya menolak nolak bahu aku sehingga aku tidak dapat mengimbangkan diri dengan betul sehingga aku terjatuh di dalam air terjun.
tengku dhanie dan faizul yang melihat kejadian itu terus berlari ke arah aku dan nabila. tanpa berfikir tengku dhanie terus terjun ke dalam air untuk menyelamatkan aku yang hampir lepas apabila paras air terjun agak dalam. nabila agak terkejut dan tidak menyangka tengku dhanie dan faizul sedang memerhatikan dia dan aku.
"kau ni kenapa, bodoh ke pergi tolak ara jatuh dalam air. kau nak dia mati ke apa!" marah faizul.
"aku tak tolak dia lah. dia yang jatuh sendiri." bohong nabila.
tak lama selepas tu, cikgu cikgu dan yang lain pun turut datang untuk melihat apa yang sedang berlaku. tengku dhanie pun membawa aku naik ke tanah. dia menyandarkan aku di salah satu batu besar. "ara okay tak ni?" tanya tengku dhanie apabila melihat nafas aku tercungap cungap dengan sangat laju.
"apahal ni?" tanya cikgu azman.
"apa masalah kau ha! kau nak dia mati lemas ke macam mana!" marah tengku dhanie.
"bukan salah i, dia yang jatuh sendiri." kata bohong nabila.
"kau ingat kita orang ni bodoh ke, kita orang nampak lah yang kau tolok ara sampai jatuh dalam air ni." kata faizul.
"sudah tu, dhanie pergi bawak ara tukar ke sana." kata cikgu zuraidah.
"kau ingat eh, apa apa terjadi dengan ara. aku tak teragak agak akan ambik tindakkan dekat kau. kau faham tak!" marah tengku dhanie membuatkan semua terkejut. belum pernah mereka melihat tengku dhanie semarah itu.
"you.." panggil nabila namun tidak diendahkan oleh tengku dhanie.
"kamu dah melampau bella. balik ni kau jumpa saya dekat bilik pengetua. kamu akan dikenakan tindakkan atas apa yang kamu lakukan terhadap ara tadi." kata keras cikgu azman. kemudian mereka semua mula bersurai dan hanya tinggalkan nabila seorang diri.
tengku dhanie membawa aku ke khemah kumpulan kami. asmara dan yana yang melihat aku dan tengku dhanie sudah basah kuyup memandang pelik. "kenapa ni?" tanya asmara.
"bella tolak ara jatuh dalam air." jawab faizul. tengku dhanie pun membawa aku masuk ke dalam khemah.
"apa masalah perempuan tu ha!" geram asmara.
"sayang ada baju lain?" tanya tengku dhanie. asmara memandang pelik apabila tengku dhanie turut bersama aku di dalam khemah.
"ara dah tak ada baju bersih. tu semua tinggal baju kotor." jawab aku sambil menahan kesejukkan.
"zul, kau tolong ambik baju aku dalam beg aku tu." arah tengku dhanie. dia pun sempat menarik kain selimut yang ada di dalam khemah untuk menutupi badan aku yang kesejukkan itu.
faizul pun kemudiannya membawa pakaian dan dihulurkan kepada tengku dhanie. dia pun kemudiannya membawa asmara dan yana untuk ke tempat lain sementara untuk memberi ruang kepada aku dan tengku dhanie.
"sayang pakai baju abang ni." kata tengku dhanie selepas dia menutup pintu khemah. aku pun mengambil baju yang dihulurkan tengku dhanie namun aku sempat diam seketika. "abang keluarlah." kata tengku dhanie yang seolah dia tahu aku tidak selesa untuk menukar pakaian di hadapanya.
"its okay." jawab aku sambil menahan tengku dhanie dari keluar khemah. aku pun terus membuka pakaian aku buat kali pertama di hadapan tengku dhanie. aku pun menyarungkan pakaian tengku dhanie di tubuh aku. tengku dhanie agak menahan nafsunya dari tergoda melihat tubuh badan aku. "abang tak tukar baju sekali ke? baju abang basah jugak tu?" soal aku setelah selesai menganti pakaian.
"nanti abang tukar." jawab tengku dhanie. "abang nak tanya sesuatu boleh?" soal tengku dhanie.
"apa dia." kata aku.
"tadi tu sayang dengan bella kenapa?" tanya tengku dhanie. riak wajah aku terus berubah apabila tengku dhanie mengingatkan kembali kejadian antara aku dan nabila tadi. " kalau sayang tak nak bagitahu sekarang tak apa. abang faham." kata tengku dhanie yang mula faham dengan riak muka aku apabila dia menyebut nama nabila.
"tak apa, saya bagitahu abang." kata aku. "bella tu anak mak ngah ila, sepupu saya. yang kemarin saya hilang tu sebab dia." jawab aku walaupun hakikatnya aku tidak mahu memberitahu tentang nabila kepada tengku dhanie.
"apa, sepupu sayang! kenapa sayang tak pernah nak bagitahu abang pasal ni?" kata tengku dhanie dengan agak terkejut.
"saya bukan taknak bagitahu cuma saya tak sangka yang saya akan satu sekolah dengan dia." jawab aku.
"habis tu sekarang sayang nak buat apa? nak abang buat laporan atas perbuatan dia dekat sayang." kata tengku dhanie.
"jangan abang, tak apa. saya taknak besarkan hal ni. lagipun saya taknak mak ngah nanti makin benci dekat saya." kata aku.
"tapi perbuatan bella tu dah melampau. kalau apa apa jadi dekat sayang macam mana?" kata tengku dhanie.
"its okay abang. abang jangan risau ya." kata aku.
"kenapalah sayang abang ni baik sangat dekat orang yang dah buat jahat dekat dia." kata tengku dhanie sambil mengeringkan rambut aku dengan menggunakan tuala. aku masih tertanya tanya dan masih pelik dengan sikap tengku dhanie yang berubah menjadi seorang penyayang terhadap aku.
Share this novel