BAB 15 (its us)

Drama Series 5371

Fairuz bersiap-siap untuk pulang."Aik?Awal siap?"tanya salah seorang rakannya.
"Awal ke?Biasa je,"
"Takdeklah..Selalunya kau rehat dulu..Lap meja ke apa ke.."
"Ala..Saje.."kata Fairuz dan terus beredar.Dalam hatinya dia bernyanyi kecil.Tetasa senang untuk dia kembali semula ke rumah dan dia sendiri tidak tahu mengapa.

(setengah jam kemudian)
Malissa mula menyarungkan tudungnya apabila terdengar bunyi kereta di halaman rumah.Asina yang ketawa mendengar jenaka Malissa terus mendiamkan diri.Malissa memberikan isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir dan itu diikuti oleh Asina.Malissa tersenyum manis lalu terus membuka pintu.Dapat dia melihat Fairuz yang membawa beberapa bungkus makanan di tangan.

Fairuz mengerutkan dahinya apabila melihat kasut budak di hadapan rumahnya.Dia melihat Malissa yang serang melihatnya juga.Malissa memberikan laluan kepada Fairuz untuk masuk dan peliknya Fairuz apabila melihat seorang budak di atas sofanya."Siapa ni?"tanya Fairuz,keliru.Malissa pun menghulurkan surat kepada Fairuz dan Fairuz pun mengambilnya.Malissa mengambil makanan di tangan Fairuz lalu pergi ke dapur untuk menyediakan makanan.Tetapi tangannya sudah ditarik oleh Fairuz sebelum kakinya melangkah.

"Hang bacakan untuk aku..Biar aku sediakan makanan,"kata Fairuz dan Malissa hanya turuti.Malissa pun mengikuti Fairuz dari belakang.Dia pun mengambil tempat duduk di meja makan.Baru dia perasan bahawa Asina juga mengikutinya dan mengambil tempat duduk di sebelahnya.Malissa tersenyum manis lalu mencubit pipi budak itu.Comel!

"Assalammualaikum Fairuz.Its me Hanim.Sorry for bothering but I need your help.Boleh tak Fairuz tolong jagakan Asina sementara?Hanim ada kerja oversea dengan suami.Nak bawa Asina,takdek siapa yang boleh tolong jagakan.Minta maaf ye Fairuz.Terima kasih.Kalau ada apa-apa masalah call je.."baca Malissa.Fairuz yang mendengar hanya menarik nafas panjang.Dia pun meletakkan pinggan,cawan,sudu dan makanan tersebut di atas meja.Dia mengambil tempat duduk di hadapan Malissa.

"Asina puasa tak?"tanya Fairuz memandang Asina.Asina mengangguk perlahan lalu memandang Malissa yang sedang membuat muka."Jangan bagitahu uncle.."Malissa ketawa kecil mendengar Asina berbisik ke arahnya.
"Tak baik menipu,"bisik Malissa semula."Asina tak puasa.."Fairuz tersenyum dan menghulurkan pinggan kecil ke arah Asina."Makan ni.."katanya.Asina tersenyum dan mengambil makanan tersebut."Cakap apa?"tanya Malissa.
"Terima kasih uncle.."Fairuz tersenyum dan mengangguk."Sama-sama.."

(malamnya)
Fairuz melihat Malissa yang sedang bermain bersama Asina di luar rumah mereka.Mereka sedang bermain dengan kucing hitamnya,Blackie.Kesian dia jadi mangsa.Dapat dia mendengar gelak ketawa Malissa.Alahai,tenangnya..

"Assalammualaikum,"panggil Halim dan Shima.Malissa pun tersenyum melihat kedua ibu bapanya di depan pagar.
"Waalaikummussalam,"jawab Malissa dan membuka pintu pagar.Terkejutnya mereka apabila melihat Asina yang sedag memandang mereka.
"Anak siapa ni?"tanya Halim."Anak isteri pertama Fairuz,"balas Fairuz,datang ke arah mereka dan menyalam Halim."Ouh.."

"Kami datang ni bawak rendang sikit.."kata Shima,menunjukkan bekas ke arah mereka."Lah..Susah-susah je mak.."kata Malissa.Shima tersenyum.
"Apa salahnya?"balas Shima."Comel budaknya..Nama siapa?"tanya Shima.
"Asina.."balas budak itu.Shima tersenyum.

"Comelnya..Panggil nenek ye.."Asina mengangguk-angguk.Malissa hanya tersenyum.Melihat Shima bermain-main dengan budak itu membuatkan dia lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience