BAB 37 (i dont believe in love until i saw you)

Drama Series 10959

BAB 37

"Awak rasa diorang tu okay ke?"tanya Shima kepada suaminya,Halim.Halim tersenyum dan menyuruh isterinya untuk duduk di sebelahnya.

"Biarlah diorang buat apa yang terbaik untuk diorang.Kita doakan yang terbaik je untuk diorang.Kita manusia,tak boleh bagitahu ouh ini betul,ini salah..Kadang-kadang,air yang kosong tak semestinya takdek garam.."Shima melihat suaminya yang sedang menahan tawanya.

"Awakkk..Suka main-main tau,"Halim ketawa.Suka benar dia menyakat isterinya itu.Lagipun,dia tidak suka melihat isterinya itu tertekan.Boleh susah hati dibuatnya.

"HAHAHA,saya gurau je..In Saa Allah,diorang okay je..Okay?"

"Hermm,"

"Kita ni macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Okay tak okay?"

"Okay je..Kenapa?Awak tak okay ke?"

"Ada nampak saya okay?"

"Awak memang okay sentiasa,"

"Iya,kerana kehadiranmu membuatkan aku sedar,
Betapa pentingnya senyuman engkau di dada,
Betapa pentingnya ketawa engkau di telinga,
Betapa pentingnya mentol di cahaya,
Betapa pentingnya petrol di kereta,
Kerana engkau,aku sedar,
Bahawa banyaknya uang yang perlu kita guna,
Kepada barang engkau seperti perfum,barang makeup,baju kurung dan juga kasut berjenama."

"Amende awakk nii..Kita serius dia main-main pulakk..Lagipun,duit awak duit saya juga tau,"

"HAHAHA iyelah awaknyee.Duit saya duit awak..Tapi,jangan jaga tepi kain orang sayang..Kalau salah,kita tegur.."

Shima menghembus nafas panjang sambil suaminya itu menggosok-gosok lengannya untuk menenangkannya.Sesekali,Halim mengucup kepala isterinya.Berharap agar isterinya itu tenang dan tidak memikirkan perkara yang buruk.

Namun,lain pula yang difikirkan oleh Shima.Dia tersentuh dengan sajak yang diberikan oleh Halim.Itulah salah satu sebab dia terjatuh cinta dengan suaminya dan kini,dia terjatuh cinta sekali lagi.

Mereka sedar di dunia ini pasti akan adanya ujian kerana kita hidup daripada-Nya dan mati juga daripada-Nya.Mereka tidak pernah mengeluh apatah lagi bertanya malah mereka reda dan yakin pasti akan adanya matahari di langit yang gelap.

(beberapa hari kemudian)

Marzuki melihat Malissa yang sedang mengemas barang.Dia yang sudah meletakkan beberapa dekorasi di sudut rumah hanya termenung melihat isterinya yang bertungkus-lumus menceriakan suasana.

Dia tahu,isterinya itu sedang berduka kerana terpaksa berhenti belajar hanya kerana ingin menjaga dirinya."Malissa,"

"Ye abang?"

"Meh lah duduk sini.Dari tadi mengemas je.Abang pulak yang penat,"Malissa tersenyum dan meletak tuala putih di tengkuknya.Dia pun duduk di sebelah suaminya dan menyandarkan kepalanya di bahu Marzuki."Malissa ada teka-teki ni,"

"Apa dia?"Malissa menahan senyumannya.

"Hujung dunia ada apa?"

"Hujung dunia?Antartika?"

"Salah,"

"Penguin?"

"Saalaaah,"

"Ais?"

"Salaah,"

"Okaylah abang give up.Apa dia?"

"Jawapannya A.Kan D U N I A.."

"Ceeh,kamu nii.."

"HEHEHHEHE lawakkan lawakkan?"

"Herm.."Marzuki menyembunyikan senyumannya.Dia suka akan kelakuan kanak-kanak Malissa.Entah mengapa dia terasa tenang jika begini.Hanya mereka berdua.

"Gelakk laaa..Abangg nii.."

"HAHAHAHAHAH,"Malissa mengecilkan matanya.Marzuki menahan tawa.

"Okay okayy..Alololoo,"Marzuki ketawa dan memegang badan isterinya itu apabila dia melihat Malissa ingin pergi.Dia mencium dahi Malissa dan pipi.Comel dan geramnya dia dengan isterinya.

"Abang sayanglah dengan isteri abang ni..Abang tak tahulah apa nak jadi dengan abang kalau sayang takdek.."Malissa tersenyum dan memandang suaminya.

"Lagi lagi?"Marzuki mengerutkan dahi.

"Lagi apa?"

"Alaa pujilah lagi,"

"Ouh sayanglah ratu kekasih abang..Nafas abang..Jiwa abang..Raga abang..Segala-galanya buat abang..Abang sayang sayang sayang sangat dengan sayang.."kata Marzuki dan Malissa tersenyum manis.

Malissa mencium dahi Marzuki."Sayang pun sayang sayang sayang sangat dengan abang.."kata Malissa dan Marzuki tersenyum.Malu pula dia apabila dilihat begitu oleh Malissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience