BAB 15 (I love you)

Drama Series 9938

BAB 15

Malissa membuka pintu biliknya selepas dia mengenakan tudung sarung hitamnya.Dapat dia melihat Marzuki yang sedang menyediakan beberapa makanan untuk dijadikan sahur.

"Tolong ambilkan aku mangkuk,"kata Marzuki dan itu membuatkan Malissa terkejut.Woo,macam mana dia tahu aku ada dekat sini?

Malissa pun bergegas mengambil mangkuk yang dikatakan oleh Marzuki dan memberikannya kepada Marzuki."Kopi ke teh?"

"Kopi?"Marzuki mengangguk.Dia pun mengambil cawan dan membuat kopi untuk isterinya itu.Dia tersenyum apabila perasan bahawa Malissa melihat apa yang dia lakukan.

"Terima kasih tolong aku semalam,"Malissa mengerutkan dahinya.

"Tolong apa?"

"Anjing.Hang tahu aku memang benci anjing!Tengoklah gaya dia buka mulut,lepastu menyalak.Ergh,seram.Macam mana hang boleh tak takut?"

"HAHAHAH,mungkin dia perasan cikgu orang baru kot.Dia macam,kau siapa?Tunjukkan diri sebenar kau!"masing-masing ketawa apabila mendengar suara garau yang dibuat oleh Malissa.

"Kalau diri sebenar aku,mungkin lagi teruk daripada anjing tu,"ketawa Malissa perlahan-lahan menghilang.Dia memandang Marzuki yang masih ketawa.Marzuki ketawa sehingga dia perasan bahawa Malissa berhenti ketawa lalu dia pun berhenti juga ketawa.

"Haiwat?"

"Serius?"Marzuki tersenyum sinis dan membongkokkan badannya sedikit.

"Nak tahu?"Malissa menggeleng laju.Marzuki tersenyum dan mengangguk-angguk lalu menyambung mengacau kopi tersebut.

"Bagus.Kalau tak,habis kita berdua kena ganti puasa satu hari.Mungkin dua,tiga hari pun boleh.."Malissa membulatkan matanya.Dia meneguk liurnya.Okay,Marzuki ni bahaya.Baik aku lari.

"Tak penat?"Malissa menggigit bibirnya.KENAPALA AKU TANYA SOALAN MACAM TU!!BENGAP!!

"Ouh dengan hang Malissa,seumur hidup pun tak cukup,"Malissa membulatkan matanya.WOOOOO

"Erm saya siram pokok dulu,"kata Malissa dan pergi.Marzuki menggigit bibirnya.Amboi,dah bagi naik dia lari macam tu je?!Terpaksalah dia menenangkan dirinya.

Malissa pula bermonolog di perkarangan rumah."Gila ke apa dia tu?Boleh pulak cakap macam tu?!"

"Tapi hang sendiri yang tanya macam tu dah kenapa?Lagila dia mula!"

"Tapi dia tu seksi jugak kan?Kau tengok cara dia pandang kau tadi?!ARGH!"

"Dia tu cakap je.Tapi mesti tak tahan punya.."

"Amboi!Cakap pasal tahan pulak!Macam kau tu boleh pulak tahan?"

"Eh aku boleh.Aku muda lagi kot,"

"Muda tak semestinya boleh tahan.Kau tengok badan dia?Sado dari kau,tinggi dari kau,kalau dia kat atas kau,kau boleh tahan ke?"

"EEE CUKUP!!"

"Malissa?"terkejutnya dia apabila dipanggil oleh Marzuki.Marzuki yang mendengar jeritan Malissa membuatkan dia terkejut.

"Okay?"tanya Marzuki dan Malissa yang dalam keadaan terkejut itu hanya mengangguk.

"Okay,"balasnya."Cakap dengan siapa?"

Malissa melihat kiri dan kanannya dan hanya mengambil keputusan untuk mendiamkan dirinya.Siapa lagi kalau bukan musuh ketatnya!

Marzuki menggelengkan kepalanya dan pergi ke arah Malissa.Tidak semena dia mengangkat Malissa dan itu membuatkan dia gila seketika.Dia dukung aku?DIA DUKUNG AKU!!

"Makan.Nanti masuk subuh pulak,"kata Marzuki dan mendudukkan Malissa di kerusi makan.Malissa hanya mengangguk perlahan.Ya Allah,kau kebalkanlah hati ini.

(beberapa jam kemudian)

Malissa melihat kereta putih itu beredar seperti biasa apabila Marzuki berangkat pergi ke tempat kerjanya.Dia menghembuskan nafas leganya.Ya ALLAH,BOLEH PULAK DIA BUAT MACAM TU?!

"Okay ke tie ni?"tanya Marzuki,pergi ke arah Malissa yang sedang menyapu lantai itu.Malissa pun meletakkan penyapu itu di pinggangnya sebelum dia meneliti tali leher berwarna merah yang dipakai oleh Marzuki.Dia pun membetulkan sedikit tali leher itu.

Marzuki melihat Malissa lama.Tinggi Malissa hanya setakat lehernya.Dia terasa sesuatu di dada.Sentuhan kecil Nabilla yang terkena di dadanya membuatkan pemikirannya lari entah ke mana.

Perlahan-lahan,pinggang Malissa ditarik rapat ke arahnya dan itu membuatkan Malissa terkejut."Cikgu?"

Marzuki mencium kepala Malissa.Bibirnya turun pula di pipi Malissa.

"You make me thirsty but not a water that I need.You make me hungry but not the food that I seek.You make me lose myself,but I don't want to control it.You make me take a risk,without thinking about regretting.Are you an angel or just a devil?Who makes me think twice before I do the sin.And you make the hell and fire looks so sweet,even without you and your scent in it,"

Suara seseorang memberi salam di hadapan rumah membuatkan Malissa berhenti mengelamun.

"Waalaikummussalam,"balasnya.Dapatlah dia melihat seorang wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan.

"Ye saya?"tanyanya sambil tersenyum kekok.Jelas terpancar di wajah wanita itu raut kekeliruan.

"Ini rumah Marzuki ke?"

"Ye,"

"Awak siapa?"

"S..Saya isteri dia,"takut dia apabila dia berkata ayat itu.

"Ouh,dia kahwin lagi?"tanya wanita itu dan itu membuatkan Malissa keliru.Dia hanya mampu tersenyum kekok.Namun,mukanya seperti pernah dia lihat.

"Saya Hanim,isteri pertama dia.Ini anak saya,Asina,"Malissa mengangguk perlahan.Jadi,inilah isteri pertama cikgu..Cantiknya..

"Marzuki ada dekat dalam?"

"Erm..Takdek..Dia baru keluar pergi kerja.."

"Ouh...Takpeklah kalau macam tu.Saya tinggalkan dulu Asina dekat sini,nanti awak tolong bagi surat ni dekat dia ye.Bila dia dah balik,dia mesti call saya,"Malissa mengangguk perlahan.Wanita tadi pun pergi.

'Cantiknya dia..Dahlah cantik,soft spoken pulak tu..Kalau orang perfect ni pun dia tinggal,habistu aku?'

"Mama..."panggil Asina perlahan dan itu membuatkan Malissa terkejut.Malissa pun menunduk dan melihat budak tersebut.

"Asina kan?Jom masuk,duduk dengan aunty,"

"Mama.."

"Mama pergi kerja kejap..Asina nak coklat tak?"Asina pun mengangguk dan memegang tangan Malissa.Malissa tersenyum manis apabila tangannya disambut oleh budak tersebut.Cuma,muncul gelisah di hatinya apabila dia melihat sampul yang berwarna putih di tangannya itu.Apa maksud semua ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience