BAB 44
Marzuki melihat Malissa yang sedang memeriksa makanan dari jauh.Cantiknya..
"Auntie!"panggil Asina dari jauh apabila memandang Malissa.Malissa terkejut dan membalas pelukan Asina.Dapat dia melihat Hanim dan suaminya di belakang.
"Hi.."panggil Hanim.Malissa tersenyum."Hi.."balas Malissa.Keadaan menjadi kekok.Marzuki pun datang dan berdiri di sebelah isterinya.
"Beli barang ke?"tanya Malissa,melepaskan kekok."Ha'ah,sikit je.."
"Ouh.."Malissa tersenyum kekok.Bertambah kekok ada lah!
"Jom Asina.."panggil suami kepada Hanim.Asina pun menurut."Bye bye auntie.."
"Bye Asina.."mereka pun pergi.Malissa memandang Marzuki yang sedang memandangnya."Jom.."kata Malissa dan Marzuki menolak troli,menuruti isterinya.
(beberapa hari kemudian)
Marzuki mengerutkan dahinya.Matanya memandang sosok tubuh yang berada di depannya.Hatinya berdegup laju.Bukan kerana cinta tetapi kerana takut.Bayangan yang dia tidak mahu pun melihat akhirnya bertemu matanya.
"Hi Marzuki,"suara itu.Suara yang pernah menjadi sebab mengapa dia meneruskan kehidupan.
"Hi.Kau buat apa kat sini?"Hanim tersenyum manis.Dia mengangkat bekasnya.
"Aku masakkan kau gulai tempoyak,kegemaran kau,"
"So?"
"Aku nak bagi kat kau la..Alang-alang aku ada buat lebih.Ambillah,"Marzuki keluar.Dia mengambil bekas tersebut.
"Terima kasih,"
"Malissa ada?"
"Isteri aku belajar sekarang.Dah masuk sem 3 dah.Cepatnya masa berlalu,"kata Marzuki,menunduk.Matanya memandang bekas berwarna kuning berbentuk beruang itu.
Otaknya tiba-tiba mengimbau kenangan lalu.Iye,kenangan itu.
***
"Marzuki?"panggilan Hanim membuatkan dia berdalih.Dapatlah dia melihat seorang pelajar perempuan berbaju putih memandangnya.Mata coklat disimbahi sirna mentari mengucup kuat pandangannya.
"Hi.."separuh nafas.Tercungap-cungap dia di situ menahan nafas."Kenapa awak nak jumpa saya?"
"Saya...Saya nak...Saya nak bagi awak bekas makanan...Saya masak.."kata Marzuki,menghulurkan bekas kuning berbentuk beruang itu.Hanim tersenyum dan mengambil bekas tersebut.
"Terima kasih,"katanya tersenyum.Marzuki memandang Hanim yang tersenyum memandangnya.Cepat dia menunduk dan mengangguk.YA ALLAH!
"Saya pergi dulu ye.Terima kasih,"kata Hanim dan pergi.Meninggalkan Marzuki dengan hati yang telah dicuri.
***
"Kau..Simpan lagi bekas ni?"tanya Marzuki dan Hanim hanya tersenyum.
"Of course aku simpan.Cuma dah lama,so ada calar-calar sikit,"kata Hanim dan Marzuki memandang Hanim yang sedang memandangnya.Memorinya terimbau kenangan yang gelap.Kenangan yang entah macam mana boleh datang tidak ditandang.
"Kau...Rindu aku tak?"tanya Hanim dan itu membuatkan Marzuki terkejut.
"Aku rindu kau,"Marzuki menghembus nafas berat dan tersenyum."Aku tak tahu kau faham ke tak..Tapi hati aku milik Malissa.Malissa yang pegang,Malissa yang jaga.Dia yang satu-satunya aku ada.Dia yang..Buat aku cukup dengan semua benda.Dia..Sempurna.."
Marzuki tersenyum.Senyuman Malissa bermain di mindanya.Dia angau.Dia gila.Terasa semalam sahaja tangan Malissa berada di genggamannya.Rindunya dia dengan isterinya.
"Ish,kau lah ni..Tengok aku dah rindu isteri aku.."
"Aku tak kisahlah dengan isteri kau tapi aku nak kau!Kau kahwinlah dengan aku.Lepastu kalau kau taknak jaga aku pun aku tak kisah.At least aku ada kau.Please.."
"Kau gila ke apa?!Aku takkan buat benda bodoh yang macam tu!Aku untuk Malissa dan aku takkan pernah sakitkan hati dia demi kau!Dah balik!"Hanim mengeluh berat.
"Terima kasih untuk tempoyak.Aku masuk dulu.Bye,"kata Marzuki dan terus masuk ke dalam rumahnya.Apalah masalah dia..
Share this novel