BAB 20 (kiss me hard and let me forget the world)

Drama Series 9938

BAB 20

Malissa mendengar gelak ketawa di ruang tamu sementara dia berada di dalam bilik.Gelak Marzuki dan Asina membuatkan dia tersenyum.Dia memegang bantal panas yang berada di atas perutnya dan menyebabkan senyumannya semakin lebar.

"Cikgu tak kerja?"tanya Malissa,melihat Marzuki memasangkan bantal tersebut di atas perut Malissa."Kerjala.Tapi dah hang sakit macam ni,gila ke nak sambung kerja?"

"Macam mana cikgu boleh datang sini?"

"Asina call.Aku pun apa lagi,balikla,"

"Asina cakap apa?"

"Hang sakit.Muka hang pucat.Nasib baik tempat kerja dekat,"Malissa tersenyum.Dia memandang Marzuki yang sedang sibuk memasang alat tersebut.Marzuki pula terpandang Malissa yang memandangnya dan itu membuatkan dia malu.

"Jangan pandang aku macam tu,"

"Haiwat?"suara Malissa membuatkan dia tersenyum malu.Ala comelnye cakap utara..

Dia menggeleng sambil tersenyum.Malissa tersenyum lebar sehingga ketawa.Comelnya Marzuki yang ini!

"Malissa?"ketukan di pintu membuatka dia sedar.Dia menyelak rambutnya dan dapat dia melihat Marzuki yang membawa mangkuk dan cawan.

"Apa ni?"

"Sup dengan air susu.Hang isilah perut tu.Tadi makan coklat je kan?"kata Marzuki.Dia duduk di samping Malissa dan memegang bantal panas itu."Okay tak benda ni?"Malissa mengangguk.Marzuki pun tersenyum.

Dia mengacau sup itu dan menyuap Malissa.Malissa tersenyum dan menghirup sup itu.Dia membulatkan matanya.Kagum dengan keenakan sup itu."Waw,sedap!"

Marzuki tersenyum malu."Takdekla.."kata Marzuki.Malissa tersenyum."Auntie okay?"tanya Asina dan itu membuatkan mereka terkejut.

"Auntie okay je sayang.Terima kasih call uncle.Tapi jangan call selalu.Uncle kerja,"kata Malissa.

"Eh,biarlah Asina call uncle.Kalau ada apa-apa jadi dekat auntie,Asina call je okay?Jangan dengar cakap auntie,"Asina tersenyum dan mengangguk laju.

"Jom kita keluar,"kata Marzuki dan memegang tangan Asina lalu keluar daripada bilik tersebut.Malissa tersenyum.Dia menari kecil apabila pintu sudah ditutup rapat.

"Argh,comelnya dia!Comelnya dia!"kata Malissa,menari-nari.Senyumannya lebar membayangkan peristiwa yang berlaku tadi.Sungguh hatinya telah dicuri.

Dia memejamkan matanya.Layanan Marzuki menjadikan kesakitannya berkurangan.Pelik.Memang pelik.Tidak pernah dia tahu jika kesakitan senggugut boleh berkurangan jika adanya layanan daripada seseorang yang dia cinta.

"Uncle,"panggilan Asina menghentikan pergerakannya.Baru sahaja dia ingin membetulkan balutan di kakinya.

"Ye Asina?Kenapa?"

"Muka uncle sebijik macam gambar mama Asina simpan,"Marzuki mengerutkan dahinya.Hanim?

"Simpan?"Asina mengangguk-angguk."Mama ada simpan gambar waktu sekolah katanya.Lepastu ada lelaki berdiri sebelah mama pegang raket.Lelaki tu sebijik macam uncle,"Marzuki tersenyum.

"Muka sama je kot.Asina puasa tak?"Asina mengangguk-angguk.Marzuki hanya tersenyum."Baguslah kalau macam tu.Uncle nak sambung kerja tau.Asina duduk rumah,jaga auntie okay?"Asina mengangguk tanda faham.

Marzuki pun masuk ke dalam bilik Malissa untuk memberitahu Malissa bahawa dia ingin sambung kerja namun malangnya,Malissa sudah melelapkan mata.Dia tersenyum lalu merebahkan pinggulnya di sebelah Malissa.Dia menyelak rambut yang menghalang mata Malissa.Sesekali dia tersenyum.Comelnya dia bila tidur.

Perlahan-lahan bibirnya hinggap di dahi Malissa.Lama.Tenang hatinya apabila melakukan sedemikian."Doakan aku ye Malissa,"bisiknya.Dia pun bangun perlahan-lahan.Sosok wanita itu dipandang lama sebelum bayangannya hilang dari kamar.

(malamnya)

Malissa terbangun dari tidurnya.Terkejutnya dia apabila jam sudah pun menunjukkan pukul 12 malam.Lekas dia membuka pintu untuk melihat suaminya dan Asina namun mereka sudah tertidur di ruang tamu.Malissa menghembus nafas panjang.Dia tersenyum kecil melihat Asina dipeluk oleh Marzuki.Dia mengambil selimut tebal untuk menyelimuti mereka daripada kesejukan.

Entah bagaimana,tangannya ditarik oleh Marzuki."Baru bangun?"Malissa yang terkejut hanya mengangguk.Dengan suara garau lelaki itu mampu membuatkan dia pengsan bila-bila masa!!

"Sat aku nak bangun,"kata Marzuki dan membaringkan Asina di atas katil Malissa.Dia pun keluar daripada bilik Malissa dan menutup pintu tersebut."Aku sediakan makanan untuk hang,"kata Marzuki.

"Eh takpek cikgu.Saya.."

"Takpek.Hang tak makan dari tadi kot.Aku ada belikan nasi ayam untuk hang.Sat aku panaskan,"kata Marzuki dan pergi ke arah dapur.

Malissa meneguk liurnya.Biar betul?Dia pun mengikuti Marzuki daripada belakang.Dia melihat gerak-geri lelaki itu.Sungguh,dia tidak tahu apa yang berada di hatinya kini.Tidak dia percaya dia akan bersama dengan seorang lelaki yang lebih tua darinya,hensem,mengambil berat dan paling penting,tinggi!Dia sendiri tidak tahu adakah ini bakal kekal selamanya?!

"Sakit lagi perutnya?"Malissa mengangguk perlahan.Marzuki tersenyum sambil menunduk.Comelnya,dah macam budak kecik..

"Duduklah dulu.Aku siapkan nasi,"kata Marzuki dan Malissa pun duduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience