BAB 16 (can i know you well?)

Drama Series 5371

Asina tersenyum memandang Malissa yang sedang membetulkan cadar katil."Kenapa tengok auntie macam tu?"tanya Malissa,tersenyum malu.
"Auntie nampak lain bila tanggal tudung dengan tak pakai spek mata.."
"Iyeke?Lain macam mana?"
"Nampak cantik.."Malissa tersenyum malu lalu menunduk."Cantik ke?"Asina mengangguk laju.Malissa perlahan-lahan mendekati budak itu dan menggeletek.

"Iyekee?"Asina ketawa terbahak-bahak."Iye yeeeeeeeeeee,"Malissa tersenyum dan menghentikannya."Dah,jom tidur.."Asina mengangguk-angguk.Dia pun membaringkan badannya.Malissa mematikan lampu kecil mereka.Menutup mata menunggu hari esok tiba.

(tengah malam)
Malissa membuka matanya perlahan-lahan apabila badannya digoncangkan ke kiri dan ke kanan."Auntie..."panggil Asina.
"Eh,Asina..Kenapa?"
"Nak kencing.."
"Ouh..Jom jom.."Malissa pun mencari tudungnya dalam gelap tetapi dia tidak terjumpa.Dengan mamai dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke bilik air tanpa tudung.'Dia mesti tengah tidur..'

Malissa pun menunggu di depan bilik air sementara menunggu Asina membuang air kecil.Dia menyandarkan dirinya di dinding.Matanya mula tertutup perlahan-lahan namun tetap dia gahkan dirinya untuk membuka mata.Tanpa dia sedar dia terlelap.Pandangannya kembali segar apabila kepalanya terjatuh dan terhadang sesuatu.Dia menggosok-gosok matanya melihat benda itu.Terkejutnya dia apabila benda itu merupakan lengan suaminya.

"Hang dah nak jatuh,"katanya dan pergi.Malissa masih lagu terkejut.Dia tidak bertudung!Dia tidak bertudung!Fairuz dah nampak rambut aku!Tepat pada masanya,Asina keluar daripada bilik air.Lekas Malissa mendukung Asina dan membawanya lari secepat mungkin lalu masuk terus ke dalam bilik.Fairuz yang mendengar bunyi pintu ditutup tersenyum sahaja.Dia menghirup air yang dia ambil.Cuma,Malissa apabila tidak mengenakan tudung dan kaca mata membuatkan wajahnya berubah.

Malissa memegang dadanya.Dapat dia merasakan degupannya yang laju dan kuat."Why auntie?"Malissa melihat Asina yang sedang keliru itu.Dia tersenyum kekok dan menggeleng-geleng.
"Nothing dear.."balasnya."Pukul berapa dah ni?"tanya Malissa dan melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi.Dia menarik nafas dalam.

"Jom,tidur..Nanti nak bangun sahur?"Asina mengangguk.Mereka pun mengambil tempat tidur mereka semula.Malissa menyelimuti Asina dengan selimut."Auntie dengan uncle kahwin ke?"Malissa terkejut dengan soalan sebegitu."Iye.."balasnya.
"Kenapa auntie takut dengan uncle?My mama said,kalau kita takut,maksudnya orang tu jahat.."Malissa tersenyum kekok.
"Bukan takut..Cuma auntie tak biasa sangat dengan uncle.."
"Ouh.."Asina perlahan-lahan memejamkan matanya.Begitu juga Malissa namun matanya kembali terbuka apabila dia mendengar bunyi gelas pecah.

Laju dia membuka pintu dan mencari bunyi tersebut.Dapat dia melihat Fairuz yang sedang menahan sakit apabila tapak kakinya dipenuhi dengan kaca yang pecah.Dia kaku seketika.Apa yang perlu dia lakukan?Tiba-tiba,matanya bertembung dengan mata Fairuz.Malissa tidak mampu bersuara.Dia melihat Fairuz dari jauh dan pandangan Fairuz sudah mencukupi untuk memberitahunya agar datang menolongnya.

Malissa pun datang dan mendekati Fairuz."On your knees.."kata Fairuz dan Malissa terkejut.Dia menggigit bibirnya.'Wait,WHAT?!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience