BAB 1
Malissa melontarkan pandangannya di luar tingkap keretanya.Dia menarik nafas panjang.Tidak dia sangka dia telah habis SPM!MERDEKA!
"Nanti lepas hari jadi akak,ayah daftarkan akak lesen motor,"kata Halim,ayah kepada Malissa.Malissa memandang Halim dari cermin pandang tengah.Dulu,jika ayahnya berkata tentang lesen motor,pasti senyumannya lebar sampai ke telinga!Tetapi kini?Dia dah bosan.Daftar daftar,tapi tak pergi juga.
"Hermm,"hanya itu balasan yang mampu dia berikan.
"Ayah ada jumpa cikgu tu.Dia kata dia dapat hantar ambil akak pergi sekolah memandu tu.Dia duduk area rumah kita je.Nama cikgu tu Marzuki.Baru cerai katanya,"kata Halim dan itu membuatkan Malissa yang mendengar membulatkan matanya.Entah mengapa perkataan cerai itu mampu membuatkan dia terasa sesuatu di dada.
"Cerai?Dia duda ke?"tanya Malissa,pura-pura tidak mengerti.
"Iyele.."kata Shima,isteri kepada Halim.
"Kenapa?"tanya Malissa."Ayah pun tak tahu,"balas Halim.
Malissa hanya mengangguk mengerti.Entah mengapa perasaan ingin tahunya meningkat.Dia sendiri tidak tahu.
"Berapa umur dia?"tanya Malissa.
"32 tahun,"balas Halim.
"Ada anak dah?"tanya Malissa lagi.Sifat ingin tahunya seperti sudah mencecah tahap yang paling maksimum!
"Ada rasanya.Seorang.Budak perempuan.Umur dalam 5 ke 6 tahun macam tu,"
"Ouh,dia jaga?"
"Isteri dialah kot jagakan.Ayah tak pernah nampak pulak rumah dia ada suara budak-budak,"
"Ayah pernah pergi rumah dia?"
"Dekat je rumah dia dengan kita kak.."
"Hermm.."masih banyak persoalan di dada tetapi terpaksa dia pendamkan.Entah apa pula difikirkan oleh keluarganya nanti.Dia melihat satu persatu bangunan di hadapan.Ada yang masih cantik binaannya dan ada pula yang semakin retak strukturnya.
'Agaknya macam mana rupa cikgu Marzuki tu ye?Entahla..Entah-entah gemuk.Lepastu pendek.Lepastu selekeh.Duda real life bukan macam duda novel or drama ye Malissa!Ingat tu!Kalau dia okay pun,kau nak kahwin ke dengan dia?!Umur 32 macam tu kau nak kahwin?Erghh!'bisik Malissa di dalam hati sambil otaknya ligat memikirkan tentang rupa fizikal cikgu Marzuki itu.
'Gemuk,pendek,gelap sikit..Selekeh..Baju terkeluar..'bisik hatinya.Malissa menggelengkan kepalanya laju.Kuat betul dia mengelamun!
"Ayah dah bagitahu dia minggu depan kamu nak pergi kursus.Lusa hari jadi kamu kan?Lepastu dia cakap,okay.Jadi minggu depan hari Isnin,kamu bawak IC,"kata Halim,menyentakkan lamunannya yang memikirkan rupa fizikal dan kelakuan cikgu Marzuki itu.
"Okay,"balasnya.Dia menarik nafas panjang.Lantaklah..At least,aku dah habis SPM~
(beberapa hari kemudian)
Akhirnya,Malissa sampai ke pusat memandu yang dimaksudkan oleh bapanya."Nanti kamu kena dengar kursus dulu.Lepastu dalam beberapa hari baru buat ujian komputer.Pastikan lulus.Nanti cikgu tu bagitahu,"kata Halim.Malissa mengangguk laju.Pertanyaannya masih tidak terjawab.Bagaimanakah rupa cikgu tersebut?
"Assalammualaikum,"panggil seseorang yang jauhnya 2 meter dari ayahnya berada.
"Waalaikummussalam.Eh,cikgu Marzuki.Sihat?"kata Halim.Malissa pun memalingkan wajahnya ke belakang dan dapatlah dia melihat cikgu Marzuki yang dia selalu bayangkan itu.
'Wait....What?!'Malissa terpaku seketika.Rupanya bukan seperti apa yang dia bayangkan!
'Tinggi,hitam manis,ada lesung pipi?!Cikgu Marzuki yang sering dia bayangkan bukanlah seperti di depan matanya!Orangnya segak,raut wajahnya manis,berlesung pipit,berkulit hitam manis dan tingginya mungkin lebih dari 175 cm!
Malissa merenung lama wajah Marzuki.Bahasa badannya,pergerakan mata,tangan dan kakinya serta lenggok bahasanya.Sah!Rugi siapa yang tinggalkan dia ni!
"Ni yang nak buat ujian ni?"tanya Marzuki kepada Malissa.Loghat bahasanya seperti loghat Kedah.
"Ha,saya,"kata Malissa."Nama?"
"Malissa,"
"Malissa.."Malissa mengetap bibirnya dan menunduk.Kenapa suara dia cakap nama aku tu macam....ARGH!
Inilah kelemahan Malissa.Lelaki tua darinya,tinggi darinya,lesung pipit di pipi dan urat di tangan?!Plus,DUDA?!Memang inilah dia mahu.Type inilah yang dia impikan.Orang inilah yang dia idamkan.
"Hang boleh masuk dulu.Nanti hang dengar cikgu kursus tu cerita cerita,dalam tiga hari lepas tu kalau hang nak buat ujian komputer hang cakap kat cikgu.Nanti cikgu bookingkan,"
"Tiga hari?"
"Boleh je bila-bila pun,"Malissa mengangguk-angguk."Hang masuk dulu.Nanti pukul 3.30 habis,"
"Okay,terima kasih cikgu,"Malissa pun masuk ke dalam pusat tersebut.Dia menunggu sehingga namanya dipanggil.Sungguh hatinya tidak tenang kini!Dia perlukan sesuatu untuk melegakannya tetapi apa?
Share this novel