BAB 2
Marzuki mengelap meja yang basah terkena titisan air masak.Dia mengangkat satu persatu bingkai gambar yang dia ada.Gambar yang satu itu menarik perhatiannya.
"Asina,"panggilnya seperti budak di dalam gambar itu mendengar namanya.
Marzuki berkahwin dengan Hanim sewaktu umur mereka 24 tahun.Mereka bahagia.Tiada kekangan dan hubungan mereka direstui kedua-dua ahli keluarga mereka.Saling mencintai dan saling memahami.Hubungan mereka merupakan hubungan yang paling indah di mata masyarakat.Hingga suatu hari...
"Hanim tak patut buat abang macam ni,"kata Marzuki tersekat-sekat.Dia tertunduk.Apakah salah dia?
"Abang,dengar dulu apa yang Hanim nak cakap,"Marzuki terdiam.
"Ini anak kita,"
"Anak kita yang bukannya dari DNA abang?Bagitahu perkara sebenar Hanim,"
"Hanim nak bagitahu macam mana abang?Ini memang anak kita,"
"Habistu keputusan DNA ni?"Hanim menarik nafas panjang.Dia menggeleng-geleng.
"Kenapa abang tak faham?Itu tipu!"
"Bagitahu Hanim,"
Hanim mendiamkan dirinya.Dia menunduk.Perkara apa lagi yang perlu dia lakukan?Dia tidak tahu apa-apa.
"Takpeklah.Biar apa pun yang berlaku,Hanim tetap abang sayang,"kata Marzuki lalu memeluk isterinya.Dia tidak mampu membenci wanita itu.Dia tidak sanggup.
Tiba-tiba,telefonnya berdering menandakan ada notifikasi.Dia mengerutkan dahinya.Siapa pula yang mesejnya pada pukul 9 malam macam ni?
"Assalammualaikum cikgu.Saya Malissa.Boleh tak kalau saya nak buat ujian tu besok?" - Malissa
Marzuki mengambil tempat duduk di sofanya.Jarinya mula menaip.
"Waalaikummussalam.Besok cikgu booking kat hang.Nape bagitahu lambat?Nanti bank in rm21," - Marzuki
Dia mengeluh seketika.Nasib Malissa memberitahunya sebelum masuknya waktu dia tidur.Teringat pula pertama kali dia berjumpa dengan gadis yang berumur 18 tahun itu.Entah mengapa tatapan gadis itu kepadanya buat pertama kali memandangnya seperti memberikan makna sesuatu.
Dia meletakkan telefonnya di sebelah apabila selesai bermesej dengan pelajarnya itu.Dia memejamkan matanya seketika.Rindunya dia kepada anak perempuannya,Asina yang sudah pun berusia 6 tahun itu.Mereka berpisah kerana sesuatu.Sesuatu yang dia sendiri tidak dapat jangkakan.
"Hanim?Hanim nak pergi mana?Banyak betul beg ni?Kenapa nak bawa Asina sekali?"tanya Marzuki,cemas.Terkejut dia apabila memandang 4 buah beg tarik di ruang tamu selepas dia baru balik dari kerjanya.
"Hanim nak pergi,"
"Pergi mana?"
"Ayah kepada Asina dah ambil keputusan untuk jaga dia.Dengan Hanim,"Marzuki terkejut.Dia memandang wajah Hanim yang serius itu.Hanim tidak mengendahkan Marzuki.Dia menyusun semua yang dia inginkan.
"Hanim?"Hanim tidak menjawab.Marzuki masih memandang Hanim dan semestinya Hanim tidak memandangnya.
"Hanim?"panggilnya lagi sekali.Apabila Hanim tidak mengendahkannya,Marzuki menarik tangan Hanim untuk dekat kepadanya.Dia menolak Hanim hingga ke penjuru meja.Terpinga-pinga Hanim apabila dilakukan sebegitu oleh Marzuki.Bibirnya dekat di leher Marzuki.
"Tak cukup ke apa yang abang bagi selama ni sampai Hanim nak dekat dia?"tanya Marzuki sambil tangannya melingkari pinggang isterinya.Hanim mula pusing.Fikirannya bercelaru seketika.Betul ke apa yang dia buat.
"Abang.."
"Abang sayangkan Hanim.Janganlah buat abang macam ni,"Hanim menolak Marzuki yang semakin dekat dengannya.Dia memandang Marzuki yang sedang memandangnya juga.
"Abang jangan fikirkan Hanim,abang fikirkan Asina.Apa orang akan cakap kalau suami Hanim,Marzuki tapi nama Asina binti orang lain?Hanim takut nak sembunyi lagi abang.Asina perlukan ayah dia,"
"Tapi..."
"Sekarang ayah dia nakkan dia.Sekarang ayah dia rela berbintikan dengan nama dia.Apa lagi yang Hanim nak?Hanim fikirkan Asina abang.Abang tak fikirkan dia?"
"Habistu abang?"
"Abang ceraikanlah Hanim,"satu ayat yang sakitnya seperti panahan petir menusuk terus ke dalam dada."Hanim?"
"Hanim tak boleh fikirkan lagi abang.Kalau sedara mara tahu?Kalau ibu dan ayah tahu?Kalau mak dan abah abang tahu?Hanim yang dapat malu!Hanim dah fikir panjang.Kalau ada risiko dengan memilih ayah Asina,tinggal dengan abang lebih tinggi risikonya.Maafkan Hanim abang.Ceraikanlah Hanim,"
Terbangun dia dari mimpi.Marzuki menggosok-gosok matanya.Dia melihat jam di atas televisyennya yang sudah pun menunjukkan pukul 6.45 pagi.Allah,subuh.
Lekas dia pergi ke arah bilik airnya untuk membersihkan diri.Dalam hatinya mula berbicara.4 tahun dia berumah tangga bersama Hanim dan kini usianya sudah mencecah 32 tahun.Selama 5 tahun dia keseorangan,tidak pernah sekali pun dia tidak memikirkan wanita itu bersama anaknya.Semoga bahagia.
Share this novel