BAB 9 (Finally,I am yours - Marzuki)

Drama Series 10959

BAB 9

(paginya)

Malissa tersenyum mengadap cermin.Dia merasakan bahawa dirinya special kini.Bakal menjadi isteri kepada seseorang?Dan seseorang itu merupakan type nya sejak dari kecil?Apa lagi yang perlu dia hajatkan.

"Malissa?"panggil Shima."Ye bu?"

"Siap dah?"

"Dah.."

"Jom,"Malissa tersenyum kekok di hadapan ibunya dan hanya mampu mengangguk.Dalam hatinya,hanya Tuhan je yang tahu.

Marzuki sudah bersiap sedia di hadapan tok kadi.Dia tersenyum memandang Halim dan beberapa orang taman di situ.Terasa nyaman hatinya."Marzuki bin Fairuz,"

"Saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan anak aku,Malissa binti Halim dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai,"

"Saya,Marzuki bin Fairuz terima nikahnya dengan Malissa binti Halim dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai,"

Malissa terpana seketika.Wau,sekejap itu sahaja dia telah menjadi milik Marzuki.Sepantas itu dirinya telah beristerikan Marzuki.Perasaannya bercampur-baur kini.Ada yang gembira,ada yang gelisah,ada yang suka,ada pula yang duka.

"Alhamdulillah.Boleh batalkan air sembahyang.Tapi jangan batalkan puasa pula,"yang lain ketawa melihat gelagat mereka.Malissa tersenyum kekok.Haa,sudah.Merepek apa pulak orang taman ni..

Malissa meneguk liurnya apabila Marzuki sudah berada di hadapannya.Jantungnya berdegup laju bukan main kepalang!

"Comel,"bisik Marzuki ke arah Malissa.Mereka tersenyum apabila memandang ke kamera.Malissa pula sedang melawan dirinya sendiri.

'Kau dengar dia cakap apa tadi?!ARGHHH!'

'Eleh,first first je tu..Entah-entah ada sebab kenapa dia jadi duda,'

'Maksudnya?'

'You know,maybe dia tu kasar sangat..Or..You know...Nafsu kuda...'

Malissa tersentak seketika.Perlahan-lahan dia memandang Marzuki yang sedang tersenyum dan ketawa memandang tetamu yang hadir.

"Nafsu kuda?"

"Hmm?"tersentak Malissa apabila ditegur oleh Marzuki.Entah macam mana perkataan itu boleh terkeluar daripada mulutnya!'Eh,apa aku cakap ni?!!'

"Takdek apa-apa.."kata Malissa,menggelengkan kepalanya.Marzuki tersenyum sambil membetulkan selendang di dahi Malissa.Sudahlah jantungnya berdegup laju kini,bertambah lajulah degupannya!Ya Allah,apa yang aku cakap tadi?

(beberapa jam kemudian)

Malissa mengelap peluh di dahi.Nasib siap.Senang juga kalau rumah suaminya dan keluarganya dekat.Senang dia nak kemas rumah."Siap dah?"

"Opocot melompatlah kak limah,"latah Malissa dan itu menyebabkan Marzuki terkejut.

"Hang melatah ka?"

"Terkejut cikgu.."

"Tak payahlah panggil aku cikgu.."

"Okay cikgu..Eh sayang..Ehhh-"terperanjat Malissa dan juga Marzuki sehingga Marzuki ketawa.Malissa menunduk malu.

"Sayang pun sayanglah..Hang dah siap dah?"Malissa mengangguk laju.

"Okay jom..Kita beli barang,"

"Okay.."Malissa pun mengikuti Marzuki dari belakang.Hidungnya dapat menangkap bau wangian yang datang dari arah suaminya.

'Wanginya!!'bisik hatinya,teruja.Dahlah hensem,wangi,jaga penampilan,perfect!

Selesai mereka membeli belah,masing-masing merehatkan diri di ruang ramu.Malissa duduk di atas sofa dan Marzuki duduk di atas kerusi kayu.

"Bilik hang okay?"tanya Marzuki dan Malissa pun memandang Marzuki yang sedang mengelap peluhnya di dada.Dia meneguk liurnya.Pakaian Marzuki yang tadinya berbutang penuh kini terbuka separuh!

Marzuki tersenyum sinis.Dia menunduk."Kalau nak,cakap..Muat dak masuk mulut?"Malissa yang khusyuk melihat dada Marzuki itu tidaklah mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"Nak...Maksud saya..Nak masuk bilik..Saya nak masuk bilik..Assalamualaikum,"kata Malissa dan pergi.Laju.Melarikan diri daripada lelaki yang bernama Marzuki itu.BAHAYA!

Marzuki tersenyum.Wangian gadis itu membuatkan dia terpana seketika.Nasib baik kau pergi dulu Malissa.Kalau tak...

Malissa menutup pintu biliknya dan menutup wajahnya dengan bantal.MALUNYA!Bayangkan,boleh pulak aku tengok badan dia lama-lama!ARGH!MALUNYA MALUNYA!!

Matanya menangkap satu kotak yang berada di bawah katilnya.Berhabuk.Dia mengelap sedikit habuk tersebut sehingga membuatkan dia bersin."Apa ni?"bisiknya.

Dia pun membuka kotak tersebut dan dapatlah dia melihat seperti kotak kenangan yang menyimpan beribu-ribu perasaan gembira.Hmm interesting..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience