BAB 4 (Marzuki's feeling)

Drama Series 9938

BAB 4

Malamnya,Malissa menunaikan solat terawih di surau yang dikatakan oleh Marzuki.Apabila selesai mereka menunaikan solat,Malissa pun keluar daripada surau dan melihat sekeliling untuk mencari kelibat Marzuki.Dia tidak terlalu kenal dengan wajah lelaki itu.Jumpa untuk pertama kalinya hanyalah ketika dia menjalani kursus motosikal.

Dia berjalan-jalan dan tiba-tiba,dia ternampak kelibat seseorang yang sedang duduk di hujung kerusi surau.Dia datang mendekat dan dia yakin seseorang itu juga curiga dengan perlakuannya.

"Malissa,"kata Marzuki,selepas beberapa saat cuba mengingati nama tersebut apabila Malissa sudah berada di depan mata.Barulah dia ingat akan janji yang dia katakan kepada gadis itu.Malissa pun tersenyum dan mengangguk.

"Lupa cikgu pasal tu,"kata Marzuki.

"Nah cikgu.Cukup?"tanya Malissa selepas memberikan dokumen yang diminta oleh Marzuki siang tadi.Marzuki menyemak segala dokumen yang diberikan Malissa.

"Okay cukup.Nanti dua minggu siap,"

"Okay cikgu..Terima kasih,"

"Ya,"Malissa pun pergi dan pulang berjalan kaki.Maklumlah,surau tersebut dekat dengan rumahnya.

Marzuki memerhati pergerakan gadis itu pergi meninggalkannya.Dia mengerutkan dahinya seketika.Mereka tidak pernah berjumpa.Mereka tidak pernah bersama.Mereka tidak pernah menatap antara satu sama lain malah rupa wajah hanya sekadar ingat-ingat lupa.Tetapi kenapa,kenapa perasaannya terasa sesuatu.Terasa seperti ada yang cuba mengusik perasaannya.Tetapi apa?

(beberapa hari kemudian)

Marzuki membersihkan rumahnya seperti biasa.Maklumlah,hari Ahad.Inilah masanya dia membersihkan rumah.Dia keluar daripada rumahnya.Dapatlah dia melihat rumah jiran yang lain.Selang beberapa rumah,dapat dia melihat 3 orang budak sedang bermain-main di hadapan rumah.Dia mengerutkan dahinya.Macam pernah tengok.Apabila budak tersebut berpaling,barulah dia tahu siapakah gerangan budak yang dia kenal itu.

'Malissa..'

Senyuman indah berkaca mata.Comel apabila melihatnya.Sejuk mata memandang.Dia mengerutkan dahinya.Lekas dia menggelengkan kepalanya.'Apa yang aku mengarut ni?'katanya seorang diri dan menyambung membersihkan halaman rumah pula.

Selang beberapa minit,datanglah kereta berwarna hitam di hadapan rumahnya.Dia tersenyum seketika apabila mengetahui siapakah gerangan orang yang baru keluar itu.

"Assalammualaikum,"kata orang tersebut.

"Waalaikummussalam kak,"jawab Marzuki tersenyum."Awat tak habaq time datang?"

"Akak takdak data,"balas Syazwani,kakak kepada Marzuki yang berumur 37 tahun itu.

"Aik,boleh pulak?Masuklah kak,orang nak kemas sikit depan ni,"

"Okay,"kata Syazwani dan dia pun masuk ke dalam rumah adiknya itu.

Beberapa minit kemudian,Marzuki pun masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur."Kak tunggulah ye.Marzuki buat air,"

"Okay,"kata Syazwani dan Marzuki pun mengangguk.Beberapa minit kemudian,Marzuki datang dengan sejug air teh ais bersama sebalang biskut coklat.

"Kamu taknak kahwin ke dik?"tanya Syazwani.

"Apalah kau ni kak.Orang datang bagi hadiah ke,bagi duit ke..Ini tak,tanya nak kahwin pulak,"

"Takdeklah.Kau hensem kot.Takkan takdek janda yang nak kat sini?"

"Takdek dan taknak.Kau minumlah kak.Bising pulak,"

"Alaa,akak gurau je,"

"Hermm..Anak kak mana?"

"Ikut bapaknya pergi pasarlah.Dia tu mana boleh takdek bapaknya,"Marzuki mengangguk-angguk mendengar penjelasan daripada kakaknya.

"Kalau akak carikan kau calon,kau nak tak?"tanya Syazwani dan Marzuki membuat muka malasnya.

"Akak ni.Marzuki taknaklah.Cukup,"

"Ke kau dah ada?"

"Takdeklah kak.Baliklah cepat kak.Datang tanya pasal kahwin je,"

"Akak bukan apa.Akak tahu kau pun nak ada isteri,nak ada anak.Kau bukan tak boleh.Kau boleh je.Kau hensem apa,ada duit,ada rupa,ada style,ada kerja,haa helook lah dikatakan.Bukan takdek siapa yang nak,kau yang taknak cari.Nanti sampai ke tua,baru menyesal,"

"Apalah kak merepek ni.."

"Aku cakap benda betul.."Marzuki melontarkan pandangannya ke televisyen.Dalam hatinya mula berbicara,boleh ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience