BAB 29 (all i want is you)

Drama Series 9938

BAB 29

Malissa mengambil tempat duduk di sebelah suaminya yang sedang menonton rancangan drama di televisyen.Dia meletakkan piring yang diisi dengan nasi impit dan lontong itu.

Matanya dikalihkan ke arah suaminya yang sedang menjamah rendang.Marzuki seperti tahu,dia pun memandang ke arah Malissa yang baru sahaja memandangnya.

Malissa tidak boleh berbuat apa-apa,dia hanya tersenyum."Sedap?"Marzuki mengangguk.Dia menyuapkan sedikit rendang dan nasi impit itu kepada Malissa.

Malissa tersenyum dan menerima suapan daripada suaminya.Sambil Marzuki menyuap,dia mengelap sedikit kuah rendang yang berada di tepi bibir Malissa itu.

"Terima kasih,"

"Dont need laa,"kata Marzuki dan tersenyum.Malissa dapat melihat keluarganya yang sedang bersembang di luar rumah bersama tetamu-tetamu yang keluar beraya.Rancak seperti itu adalah pertemuan mereka buat kali pertama.

"Cikgu tak rasa ke cikgu tua?"Marzuki tersenyum sinis dan menggeleng kepala."Amende punya soalan la hang ni,"

"Waw,amende yee..Orang perok~,"

"Ate,"Malissa ketawa dan itu membuatkan ketawa juga."Saya sendiri tak sangka umur cikgu 32 tahun.Saya ingatkan cikgu baru 20 lebih macam tu,"

"Ece,nak apa-apa ke ni?"

"Kek coklat satu,"

"HAHAHAHAH,"

"Amboi,pengantin baru ni,tergelak-gelak.."Malissa tersenyum malu dan menunduk.

"Heheheh,"

"Kawan kamu dah ada kat depan tu.Macam mana?"

"HAH?KAWAN?!"

"Iyee,ada kat depan,"Malissa melihat Marzuki yang sedang melihatnya juga.Dia menggosok belakang Malissa untuk menenangkannya.

"Jange riso.Abang Zuki ado,"kata Marzuki,menepuk dadanya.Dia pun berdiri dan pergi ke arah pintu depan.

"Haa masuklee,"katanya.Fia,kawan baiknya pun masuk.

Malissa tersenyum memandang Fia."Lama dowh tak jumpa sejak SPM.Makin glowing yee engkoo..Macam pengantin baru,"Malissa membulatkan matanya mendengar ayat daripada Fia.

Shima dan Halim cuba menyorok ketawa mereka."Memang macam pengantin baru pun tu,"kata Shima,menyakat.

"Ibuu,"Shima ketawa dan pergi ke arah dapur."Jemput makan.Buatlah macam rumah sendiri,"kata Halim dan pergi ke luar rumah.

Malissa tersenyum.Rindunya dia kepada kawan memang sungguh besar."Siapa lelaki tu?"

"Mana?"

"Ala tu,"

"Ouh,tu..Sedara aku,"

"Hensem.."

"Aik?"

"HAHAHAHAH dia asyik pandang ko je,"

"Dia kuat menyakat.Biasala,"

"Ouh..Ko taknak pergi raya mana-mana ke?Budak kelas sebelah ajak ko pergi raya rumah dia,"

"Siapa?"

"Alaa,yang atlet lelaki tu..Tinggi tinggi tuu,"

"Ouh..Tengoklah macam mana..Aku kena mintak izin sua....."Malissa membulatkan matanya.Haa sudah..Haa sudah...

"Suaa??"

"Bukanlaa..Ibu dengan ayah aku,"Fia mengangguk-angguk.Herm,macam ada udang di sebalik batu..

Dia pun mengambil makanan yang disediakan apabila Malissa memberitahu dia untuk mengambil makanan tersebut.Fia mempunyai satu cadangan untuk mengetahui apakah perkara yang disembunyikan oleh rakan baiknya itu tetapi idea itu sungguhlah jahat.

"Alamak Malissa!"dia menolak Malissa sehingga hampir terjatuh namun cepat Marzuki menahannya daripada terjatuh.

"Haa aku tahu korang lebih daripada saudara!Malissa,bagitahu aku siapa lelaki nii?"kata Fia apabila memandang Marzuki yang menggosok-gosok belakang Malissa.

Malissa membulatkan matanya apabila melihat Fia berkelakuan aneh seperti itu."Fia.."

"Bagitahu aku Malissa,"kata Fia,mengacukan sudu ke arah Malissa.Malissa menunduk.

"Dia..Suami aku.."terkejutnya Fia apabila mendengar perkataan tersebut.Dia pun terduduk.

"Sampai hatii koooo..Ko kata ko nak jemput aku kalau ko kahwin..Tergamaknyaa kooo,"kata Fia.Malissa menggigit bibirnya.Dia tahu Fia,Fia kadang-kadang overdramatic tetapi kadang-kadang berpura-pura sekali.Cuma kali ini,dia sendiri keliru apakah perasaan Fia.

"Fia.."

"Apa-apa pun,selamat pengantin baru..Okaylah jom sambung makan.."

Malissa memandang Marzuki yang memandangnya juga.Malissa ketawa apabila melihat riak wajah Marzuki sebegitu.Itu baru sekali dia lihat Fia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience