BAB 3 (Malissa's mind)

Drama Series 9938

BAB 3

Malissa menarik nafas dalamnya.Takut dengan ujian yang dia akan ambil pada hari ini."Kakak takut ke?"tanya Shima,ibu kepada Malissa.Malissa mengangguk laju sambil tersenyum kekok.

"Takdek papelah kak.Ibu tahu akak boleh buat,"katanya.Malissa hanya mengangguk.Kata-kata ibunya sedikit sebanyak meningkatkan keyakinannya.Tiba-tiba,telefonnya berbunyi.Cikgu Marzuki menelefonnya?

"Helo?"panggil Marzuki di talian."Helo?"

"Ha,nanti pukul 10 naik atas ambik ujian.Cikgu dah bookingkan untuk hang,"

"Okay.Terima kasih cikgu,"talian pun dimatikan.Ringkas,padat,cepat dan tepat.

"Nanti dah lulus bagitahu cikgu," - CMarzuki

Malissa tersenyum manis membaca mesej yang baru cikgunya hantar.Dia berharap betul-betul bahawa dia boleh lulus.

"Aamiin," - Malissa

Malissa pun mematikan telefon bimbitnya dan masuk ke dalam pusat itu.Jantungnya berdebar laju.Macam mana kalau...

(beberapa minit kemudian)

"Alhamdulillah!Akak tak sangka akak lulus!"kata Malissa,sambil melihat kertas yang tertulis lulus itu.Dia sendiri tidak sangka bahawa dia boleh lulus.

"Ibu sangka akak lulus,"kata Shima.Malissa tersenyum manis memandang ibunya itu.Tanpa membuang masa,dia pun menghantar gambar kertas tersebut kepada cikgu Marzuki.Serta merta telefonnya berbunyi dan terteralah nama cikgu Marzuki di situ.

"Helo cikgu," - Malissa

"Haa lulus dah?" - Marzuki

"Dah," - Malissa

"Okay..Lesen L tu nak JPJ buatkan ke atau cikgu buatkan?" - Marzuki

"Cikgulah buatkan," - Malissa

"Okay,nanti sediakan gambar,IC dengan kertas lulus tu," - Marzuki

"Okay,IC tu nak warna-warni ke,hitam putih je?" - Malissa

"Tak payah warna-warni pun takpek.Hitam putih je.Photostate depan belakang eh," - Marzuki

"Okay," - Malissa

"Bila nak hantar?Malam ni boleh?Waktu terawih?Dekat surau.Cikgu selalu je datang surau situ," - Marzuki

"Ha,boleh cikgu," - Malissa

"Ha,okay," - Marzuki

"Terima kasih cikgu," - Malissa

Talian pun dimatikan.Dia menarik nafas panjang lalu melontarkan pandangan ke arah tingkap.

"Harini nak berbuka apa?"tanya Shima dan Malissa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal."Herm,tomyam?"

"Okay,"Malissa pun membuka telefonnya.Dia membuka aplikasi musiknya dan dapatlah dia melihat senarai lagunya yang banyak itu.

'Cikgu Marzuki?'tertanya-tanya dia apabila dia melihat salah satu rakaman lagunya yang berjudul CMarzuki itu.Dia pun membuka dan mendengar rakaman tersebut dan dapatlah dia mendengar suara mereka sedang bersembang di talian sebentar tadi.

Pelik.Dia tersenyum?Mendengar suara lelaki itu menahan tawa di talian membuatkan hatinya terasa sesuatu.Perlukah dia membuang rakaman ini seperti rakaman telefon yang lain atau menyimpannya?

'Jangan....Jangan Malissa....'bisik hatinya.

'Alaa,apa salahnya??Dia kan duda?Mana tahu dia pun nak cari pasangan baru?'bisik dirinya.Dia seolah-seolah berdialog dengan dirinya sendiri dan itulah musuhnya yang paling dia benci!

'Kau gila?!Umur dia 32 tahun kot!'

'Alaa,baru 14 tahun bezanya.Apa salahnya?Dah suka,try lah approach.Karang diri sendiri yang merana.Mana tahu dia pun...'

'AKU BARU 18 TAHUN!DIA TAKKAN SUKA ORANG YANG UMUR 18 TAHUN!!'

'Kamu yakin?'

Tersentak dirinya apabila dia tersedar daripada peperangan mulut bersama dirinya itu.'Macam mana kalau...Dia pun suka kau?'

'Tibe!Aku tak cantik pun!'

'Kau?Tak cantik?Budak 13 tahun confess dekat kau dia suka kau.Budak 15 tahun bagi hadiah kat kau sebab dia takut kalau kau lupakan dia.Budak 17 tahun physcho dekat kau sampai dia tulis dekat papan kenyataan sekolah besar-besar yang dia suka kau.Orang yang umur 23 tahun tu,siap nak sembang dengan ayah kau semata-mata nak kahwin dengan kau tau.Mujur kau tolak je.And now?Kau dah jumpa your type.Your type yang kau idam-idamkan sangat.Sejak umur kau 13 tahun lagi kan?Type yang macam mana?Tinggi..Hensem..Kemas..Colder attitude..Has a dimple..Has a good fashion..And most importantly,HE IS OLDER THAN YOU AND DUDA!!!WHAT ELSE DID YOU WANT?!'

'Tapi....'

'Kalau kau buka pintu,mesti ada yang masuk.Kalau kau sediakan air,mesti ada yang minum.Kalau kau tak cuba,mana kau nak tahu?'

Malissa meneguk air liurnya.Dia takut.Fikirannya menguasainya kini.Apa yang perlu dia lakukan kini?Adakah dia menang atau adakah dia kalah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience