BAB 23 (i whisper your name in it)

Drama Series 9938

BAB 23

Malissa tersenyum memakan aiskrim yang dibeli Marzuki.Ingatannya pula masih segar memainkan sinetron yang berlaku semalam.Kalaulah boleh menjerit,ingin dia lakukannya!

Lagu Chaleya daripada filem Jawan terus dia buka.Terasa berbunga-bunga hatinya apabila membayangkan senyuman dan ciuman daripada lelaki yang berumur 32 tahun itu.Argh,indahnya duniaa~

Dia mula masuk ke dalam biliknya.Tersenyum dia apabila dia melihat sekeping kertas di atas mejanya.Ye,kertas yang dia tulis puisi untuk diberikan kepada Marzuki.Tetapi,sudah semestinya dia tidak bagi.GILA KAU NAK BAGI?!MAHU TERJATUH JANTUNGNYA NANTI!

Dia pun duduk di atas kerusi.Dia tersenyum,berharap agar makanan yang diberikan disukai Marzuki.Yep,dia meletaknya di dalam kereta tanpa diketahui Marzuki.Malulah nak bagi depan-depan!

Dia pun membuka kertas tersebut.Terjerit dia apabila dia membaca isi surat tersebut.

"Harap cikgu suka dengan makanan saya," - Malissa

Malissa membulatkan matanya.Jantungnya berdegup kencang.Darahnya mengalir laju,otaknya hampir meletus!Kalau surat ni ada dekat aku,maknanya surat yang aku bagi cikgu tu.....

Marzuki mengerutkan dahinya apabila dia perasan ada sebekal makanan diletakkan di dalam begnya.Dia mengambil bekal tersebut dan terkeluarlah sekeping surat yang diletakkan cantik di bawahnya.Dia pun membuka dan membacanya.

"Apakah siang jika tiadanya malam?
Apakah gelap jika tiadanya cerah?
Apakah bulan jika tiadanya mentari?
Apakah syurga jika tiadanya bidadari?
Kerna kehadiran engkau membawa seribu makna di dalam diri,
Menjadikan hati ini terang cerah bak mentari,
Bukan puisi yang ingin ku beri,
Bukan juga pantun yang ingin ku cari,
Hanya engkau yang aku ingin malam ini,
Memeluk tubuh menjaga isi hati,"
- si isteri

Marzuki tersenyum malu.Dia menggigit bibirnya menahan ketawa.Aduh parah ni..Puisi sekali dia bagi.Biar betul apa yang aku baca ni?

Tiba-tiba,dia terdengar telefonnya berdering.Malissa,nama itu melekat di hatinya sehingga tidak perlu dibicara lagi.Lekas dia mengangkat telefon itu.

"Hello?"cuba dia berlagak sahaja.Padahal di dalam hatinya siapa yang tahu.

"Erm hello cikgu..Cikgu..Dah baca ke surat tu?"

"Surat apa tu?"

"Ouh,cikgu tak tahu ye..Ermm,sebenarnya saya ada letak bekal makanan dalam beg cikgu.And ada surat dekat situ.Kalau boleh,cikgu jangan baca ye..Buang je.."

"Ouh kenapa tu?"

"Erm,takdek pape..Saya..Ermm,sampah..Haa surat tu sampah je..

"Ouh okay okay..Terima kasih ye,"

"Okay,sama-sama cikgu.."talian pun dimatikan.Marzuki tersenyum lebar.Benda ni dia kata sampah?Haish Malissa Malissa..

Tidak habis senyumannya diukir.Matanya bersinar hatinya berirama.Entah lagu apa yang berada di telinganya kini terasa kakinya juga ingin bergerak.

"Amboi,berserinya muka abang Marzuki ni?Ada apa tu?"tegur kawannya.Marzuki tersenyum malu lalu menunduk.

"Takdek papela.."

"Amboi,isteri masak ke?"

"Iyee,"

"Herm,patutla berseri je wajahnya,"

Marzuki tersenyum lebar.Ya Allah,tak boleh berhenti!Rasa dirinya terapung di awan dipenuhi pelangi!!

Malissa menghembus nafas lega.Phew,nasib cikgu tak baca lagi..Dia pun baring di atas katilnya.Dia betul-betul berharap agar suaminya suka makanan yang dia buat untuk berbuka nanti.Macam mana kalau dia..

"Uish!Apahal masin sangat ni?Dia ni memang nak racun aku ke apa?!"

Malissa mula berfikir reaksi yang diberikan Marzuki apabila merasakan makanannya nanti.

"Bapak ah!Macam ni cara dia masak!Aku punya lagi sedap!"

"Ei,benda ni dia bagi aku makan?!Memang nak minta cerai!"

Meoww~

Bunyi ngiauan Blackie mematikan angannya.Hati yang hampir berhenti memikirkan perkara tersebut mula berdegup sekali lagi.Uish,macam mana kalau dia betul-betul tak suka makanan tu?!ARGH!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience