BAB 21 (you are mine and i am yours)

Drama Series 9938

BAB 21

Malissa melihat Marzuki yang sedang bermain dengan telefonnya.Dia tersenyum sambil dia mengunyah nasi yang disediakan oleh suaminya itu.Entah bagaimana dia ingin ungkapkan perasaan di dada.

"Okay tak nasi tu?"Malissa mengangguk.Marzuki tersenyum puas.Seronok dia apabila Malissa suka dengan pilihannya itu.

"Sakit lagi perut tu?"

"Tak..Okay je,"Marzuki mengangguk.Dia melihat isterinya yang sedang mengunyah nasi ayam itu perlahan-lahan.Alahai,comelnya bila mulut dia penuh dengan makanan..

"Cikgu,"

"Hmm?"

"Saya dapat tawaran sambung belajar dekat KL.Diploma medical.Jadi,kalau cikgu izinkan,boleh saya pergi?"Malissa melihat Marzuki yang sedang memandangnya dengan menongkatkan dagu.Dia mengerutkan dahinya.Cikgu berangan ke?

"Cikgu?"

"Pergila,"

"Betul?"

"Iye betul.Pergila.Belajar kan?Takkanla sebab hang dah kahwin,hang tak boleh sambung belajar?"kata Marzuki.Malissa tersenyum.Dalam hatinya sudah melompat gembira kerana diizinkan oleh lelaki itu.

"Bila perginya?"

"Bulan 10 nanti,"

"Ouh,takpakla.Lambat lagi,"kata Marzuki,tersenyum.Dia melihat jam di telefonnya.Sudah pukul 12.46 malam.Apa yang perlu dia lakukan kini.Matanya tertunduk kemudian melihat isterinya lagi kemudian menunduk kembali.Haish,hati!

Tiba-tiba,telefon Malissa berbunyi dan itu membuatkan mereka terkejut seketika.Malissa pun mengangkat telefon tersebut.

"Helo?"

"Hi Malissa.Aku ni Firdaus,"

"Ouh,kenapa tu?"

"Aku dapat sambung matriks.Dekat Kedah.Kau?"

"Aku tak apply.Lambat apply dowh,"

"Laa,kau ni..Ce try buat rayuan?"

"Tapi aku dah dapat tawaran lain,"

"Dekat mana?"

"KL,"

"KL?Siyes ah?Jauhnya,"

"Laa,kenapa kalau jauh pun?"

"Takdekla..Macam..Takdek papela,"Malissa tersenyum.Perasan dia bahawa suaminya berada di hadapannya terus dia menjatuhkan senyumannya.Karang dia ingat apa pulak.

"Kau tengah buat apa?"

"Makan,"

"Makan?Malam-malam buta ni?"

"Iya,"

"Ouh.."

"Okayla..Aku tutup dulu..Bye bye,"

"Bye.."Malissa pun menutup telefonnya dan sambung mengunyah nasi ayam itu.

"Siapa?"

"Firdaus.Kawan sekolah,"

"Ouh.."

"Cikgu,"

"Hmm?"

"Cikgu taknak bagitahu kenapa cikgu cerai?"

"Kenapa hang nak tahu Malissa?"Malissa menelan liurnya.Kenapa suara dia macam tu?!

"Ermm..Sebab..Saya taknak pisang berbuah dua kali?"Marzuki tersenyum."Takdek papela Malissa..Makanlah,"Malissa pun hanya mengikuti apa yang disuruh oleh Marzuki.

Tiba-tiba,bunyi guruh dilamgit kedengaran.Hujan mulai turun.Dia melihat Marzuki yang sedang tenang bermain telefon.Bunyi dentuman masih kedengaran.

"Cikgu.."

"Hmm?"

"Cikgu suka warna apa?"

"Biru,"Malissa tersenyum secara tiba-tiba.Comelnya..

"Ouhh..Biru je?"

"Ha'ah..Biru je.."

"Ouh..Cikgu suka makan apa?"

"Tempoyak,"

"Ouhh..Favourite genre song?"

"Jazz,"

"Favourite animal?"

"Cat,"

"Favourite drink?"

"Teh tarik,"

"Hermm..Menarik.."

"Hang?Hang suka apa?"

"Saya suka cikgu,"Marzuki melihat Malissa yang sedang menunduk.Dia mengerutkan dahinya.Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Apa dia?"

"Saya..Suka..Cikgu,"Marzuki menelan liurnya.

"Malissa,"

"Ye?"

"Ada apa-apa ke?"

"Ada..Rasa cinta saya kepada cikgu,"Marzuki mengerutkan dahinya.Lebih tebal kerutannya.Biar betul apa yang aku dengar ni?!

"Cikgu,saya nak tanya satu lagi soalan boleh?"Marzuki senyap.Dia melihat Malissa yang sedang memandangnya juga.Pandangan itu sama seperti pandangan pertama kali mereka bersua.

"Saya nak cikgu malam ni boleh?"Marzuki berdiri dan itu membuatkan Malissa terkejut.Dia yang sedang mengunyah nasi dari tadi terpana melihat apa yang dilakukan Marzuki.

"Cikgu?"Marzuki mengerutkan dahinya.Dia...Berangan lagi ke?!

"Cikgu okay?"

"Okay..Cikgu masuk dulu,"

"Ah cikgu!"

"Haiwat?"

"Teman saya..Saya takut.."

"Takut apa?"dentuman di langit membuatkan mereka terkejut.

"Cikgu teman saya,nanti habis makan,saya terus masuk bilik,tidur dengan Asina,"Marzuki pun menurut.Dia melihat Malissa yang berdiri dan membasuh pinggan itu.

"Okay jom.."kata Malissa dan tidak semena litrik terpadam selepas guruh itu berbunyi dan itu membuatkan mereka terkejut.

"CIKGU!"

"Shh,"kata Marzuki,menenangkan Malissa yang sedang memeluknya.Seriusla dia ni takut petir?

Dapat dia merasakan badan Malissa di badannya.Badan kecil itu erat dia peluk.Terasa hilang beban di dada buat seketika waktu.

Dia memandang Malissa dan begitu juga Malissa.Tanpa sedar,dia mendukung Malissa dan membawanya ke biliknya.Dia pun meletakkan Malissa di atas katilnya dan menutup pintu biliknya.

Malissa menunduk.Matanya membulat.Argh,sudah apa ni?!Cikgu tahu aku period kan?!

"Hang tidur dengan aku jelah,"kata Marzuki.Dia pun memeluk Malissa dan membaringkan gadis itu di dalam pelukannya.Malissa hanya membiarkannya.Sentuhan Marzuki sungguh membawa seribu makna.

Dapat dia merasakan nafas panas Marzuki di dadanya.Dia bermain dengan rambut suaminya itu.Mungkin Marzuki perlukan pelukan untuk menenangkannya.Bukan mudah hidup seorang diri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience