BAB 27 (you change everything)

Drama Series 9938

BAB 27

Malissa memotong kentang di dapur.Mindanya memainkan sinetron dirinya bersama suaminya Marzuki.Lagu di radio memainkan peranan.Senyumannya lebar apabila lagu 'Music to Watch Boys to' dimainkan.

Dia sendiri tidak tahu bagaimanakah perkara sebegini berlaku.Daripada tidur seorang diri kepada tidur berpelukan si suami.Daripada bangun dilema mimpi kepada bangun bersama ciuman di pipi.Dia sendiri keliru.Bagaimanakah ini terjadi?Adakah ini berkekalan?

Tiba-tiba,telefonnya berbunyi.Nombor yang tidak dikenali terpapar.Keningnya mengerut.

"Hello?"

"Hello,Malissa binti Halim?"

"Iye saya,"

"Saya Puan Hani di talian.Saya nak tahu,awak salah seorang pelajar SPM yang bakal sambung belajar di Universiti Kuala Lumpur kan?"

"Ouh,iye..Iye saya.."

"Okay baiklah..Saya cuma nak ingatkan,kemasukan pada bulan 10 nanti ye..Pastikan semua dokumen lengkap,"

"Baiklah puan Hani.Terima kasih,"

"Baiklah,"talian pun dimatikan.Malissa tersenyum gembira.YES!TAK SABARNYA!

Tiba-tiba,senyuman itu pudar.Bagaimanakah pula dengan Marzuki,suaminya?Pasti mereka akan berjauhan.

"Assalammualaikum,"

"Waalaikummussalam,"lekas dia berlari anak ke arah pintu depan.Salam diberikan.

"Sorry,tak dengar bunyi kereta,"

"Takpek sayang,"kata Marzuki,mencium dahi isterinya.Malissa tersenyum gembira.

"Masak apa harini?"tanya Marzuki,membuka tali lehernya sejurus meletakkan beg.

"Masak kari ayam,"

"Ouh,siap dah?"

"Belum lagi.Nak kupas kentang,"

"Ouh,"Marzuki mengangguk faham.Dia melihat isterinya yang berambut bun itu.Comelnya Ya Allah!

"Malissa pergi dulu ye,"

"Jomlah,kita pergi sama-sama,"kata Marzuki dan Malissa mengangguk.

Dia mengambil apron yang tergantung dan terus pergi ke arah kentang yang separuh kupas.Malissa melihat suaminya yang sedang sibuk menyiapkan kerja yang dia tidak siap.

Dia pun mengambil kuali untuk menyediakan kuah kari.Ini adalah mimpinya.Inilah yang dia mahukan dalam perkahwinan.Menolong di antara satu sama lain.Perkara apa lagi yang perlu dia minta.

"Malissa okay?"

"Okay,"

"Iyeke?Muka nampak macam tak ja,"Malissa tersenyum malu.Tahu-tahu je dia ni..

"Bulan 10 nanti dah kena siap pergi UKL tu.15/10,"

"Ouh yeke?Takpeklah,nanti kita pergi..Lagi sebulan,"

"Hermm,"keadaan menjadi senyap seketika.

"Malissa serius nak sambung dekat uni tu?Takdak yang dekat sikit?"

"Ada tapi bukan bidang yang Malissa suka,"Marzuki mengangguk faham.Kenapa perasaannya tidak senang pula?Dia harus gembira!Isterinya dapat sambung belajar!

"Ouh,"Malissa memandang Marzuki daripada belakang seperti itu adalah pandangan terakhirnya.Dia pasti akan merindui sosok lelaki itu!Semestinya!

Apabila Marzuki siap mengupas,lekas dia memalingkan wajahnya.Tidak mahu dia kantoi melihat Marzuki dari jauh.Marzuki datang ke arahnya.

"Wah,sedapnya bau,"

"Heh,biasalah.Malissa kot,"kata Malissa berguru dan itu membuatkan Marzuki tersenyum."Wak,"ejek Marzuki.

"Apa wak?"

"Wak sayang sama lu woo,"kata Marzuki dan itu membuatkan Malissa ketawa.Tidak dia sangka Marzuki se random itu.

"HAHAHAHAH apa dia?"ketawa Malissa.Tidak semena Marzuki Marzuki memegang leher isterinya dan itu membuatkan Malissa berhenti ketawa.

"Aku sayang hang Malissa,"kata Marzuki dan mencium dahi isterinya.Sungguh,dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan jika tiadanya Malissa nanti.Apa yang patut dia buat?Siapa yang akan memberikan senyuman sebesar ini?Siapa yang akan buatkan dia segembira ini?

"Malissa pun sayang cikgu,"

"Sungguh?"

"Sungguh,"kata Malissa mengangguk dan memeluk suaminya.Ketat.Seperti itu adalah pelukan terakhir mereka.Ye,kini dia berani memberitahu perasaannya.Kini dia berani mengutarakan apa yang terbuku di dada.

Marzuki mencium kepala Malissa dan membalas pelukan isterinya itu.Terasa ini adalah dunia mereka berdua.Terasa ini adalah segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience