BAB 36 (show me how to be yours)

Drama Series 9938

BAB 36

Malissa memandang suaminya yang sedang duduk di kerusi roda itu.Dari jauh,dapat dia melihat Marzuki sedang bersedih.Malissa menyiram air di batu nisan yang kecil itu.

"Assalammualaikum adik.Adik tunggu kami kat sana ye,"kata Malissa dan pergi.Dia pun menyentuh bahu suaminya sambil tersenyum.

"Jom,"kata Malissa dan Marzuki hanya tersenyum."Abang nak makan kat mana?"

"Abang suka makan dekat kedai lamb chop tu,"

"Okay,kita pergi sana,"Marzuki tersenyum.Malissa banyak membantunya sewaktu dia tidak dapat menggunakan kakinya.

"Marzuki terpaksa pakai kerusi roda sebab kaki dia tak boleh bergerak buat waktu tertentu.Tapi,kalau ada rawatan radioterapi,In Shaa Allah,perlahan-lahan kaki dia tu boleh sembuh," - doktor

"Sayang,"

"Ye?"

"Abang minta maaf sangat-sangat,"

"Aish,abang..Jangan cakap macam tu..Ini ujian namanya..Kita terima je,okay.."

"Tapi abang.."Malissa menekup mulut suaminya itu."Abang..Biar apa pun yang berlaku,sayang akan sentiasa di sisi abang..Abang suami sayang dan sayang isteri abang..Ini semua ujian okay?"kata Malissa dan Marzuki tersenyum.Namun hatinya,siapa yang tahu.

Malamnya,mereka menghabiskan waktu di dapur menyiapkan makanan.Makanan yang boleh disiapkan selama 10 minit namun mereka menjadikan makanan itu siap selama 1 jam 50 minit.

"Abang tahu ke nak masak ni?"

"Ini Marzuki okay..Easy peasy je ni,"Malissa ketawa melihat riak wajah suaminya.Entah bagaimanalah boleh dia buat muka macam tu..

"Werk,"

"Mana sayur tu?"

"Ini dia,"Malissa melihat Marzuki memotong dan memasukkan bahan-bahan di kuali.

"Macam mana sayang masak dekat sana?"

"Semua ada.Sebab kakak-kakak senior tu dh belikan dapur gas portable.Jadi,cuma tinggal barang masak je yang nak beli,"Marzuki mengangguk-angguk.

"Nanti sayang nak masak,"

"Eh tak boleh..Banyak abang belajar masakan untuk sayang..Abang nak bagi sayang makan masakan abang dulu,baru boleh makan masakan sayang,"

"Macam tu pulak?"

"Yeaah,peraturan baru.Cuba rasa,"Malissa menghirup kuah yang diberikan Marzuki."Errm,sedapnya!"

"Heheheh,said less.."Malissa ketawa.Macam-macam..

Mereka pun pergi ke ruang tamu,menghidangkan apa-apa yang perlu.Marzuki dengan kerusi rodanyas sedaya-upaya memastikan dia menolong perkara yang perlu.

"Dahh siaapp~"kata Malissa,tersenyum.Marzuki pun turut tersenyum melihat senyuman isterinya itu.Comel.

"Jom,"Malissa pun mengangkat Marzuki perlahan-lahan duduk di sofa.Marzuki melihat Malissa yang ikhlas menjaganya.Entah bagaimana dia tahu bahawa isterinya itu memang ikhlas berada di sisinya.

Dia memegang rambut Malissa yang menutup matanya.Mata mereka bertentangan buat seketika waktu."You look so pretty,"

Malissa tersenyum malu dan mencium pipi suaminya."Thank you,"kata Malissa dan Marzuki menunduk.Alahai,Malissa ni tahu je macam mana nak bagi jantung ni berdegup laju!

(beberapa hari kemudian)

Marzuki mengeluh seketika.Dia harus kuat.Tetapi,jika keadaannya sidah jadi begini?

"Akak biar betul?Nak berhenti macam tu je??" - Shima

"Betul ibu..Akak nak jaga suami akak," - Malissa

"Dia yang suruh ke?" - Shima

"Tak bu..Akak yang nak..Akak nak jaga suami akak," - Malissa

"Tapi,akak kan nak study?" - Shima

"Abang?"Terkejutnya dia apabila ditegur oleh Malissa.Dapat dia melihat isterinya yang sedang tersenyum memandangnya bersama dua buah cawan air vico di tangan.

"Sayang tak tidur lagi?"

"Abang takdek..Nakk dipeluk abang,dicium abang.."kata Malissa,mengenyitkan matanya dan itu membuatkan Marzuki menahan tawanya.Alahai comelnyaa

"Abang nak air?"

"Nak.Terima kasih sayang,"

"Sama-sama abang,"Malissa pun mengambil kerusi dan duduk di sebelah suaminya.Terasa sejuk angin d langit.

"Sayang,"

"Ye?"

"Sayang nak berhenti belajar sebab abang ke?"Malissa memandang suaminya dengan senyuman.Memang itu hajatnya ya g ingin dia bincangkan.

"Abang janganlah risau.Bila abang dah sembuh,baru sayang boleh sambung belajar.Abang suami Malissa,"

"Tapi Malissa,pelajaran tu penting,"

"Habistu abang?Duduk sorang dekat sini?Dah dah,Malissa tetap dengan pendirian Malissa.Malissa akan jaga abang sampai abang sembuh.Okay?"kata Malissa dan itu membuatkan Marzuki rasa bersalah.

"Okay tak?"

"Erm okay okay,"Marzuki hanya mengangguk.Lain pula vibe isterinya kalau tegas sebegitu.

"Okay,"kata Malissa,tersenyum girang dan merapatkan kerusinya dengan kerusi roda Marzuki.Marzuki tersenyum dan menggosok-gosok rambut isterinya."Comellah isteri abang ni,"

"HEHEHEH biasalah,"

Marzuki ketawa kecil.Mereka menghirup Vico dengan mata memandang ke arah langit.Menunggu pelangi di dunia yang dipenuhi hujan.Mencari berlian di lautan yang dalam.Mereka pasti akan adanya hari tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience