BAB 46 (The new environment)

Drama Series 10959

BAB 46

***

Hanim melutut.Itu sahaja yang dia mampu.Kemampuannya dihabiskan dengan bertahan hidup bersama lelaki yang menipunya hidup-hidup dan akhirnya curang.

"Eh apa ni Hanim?"tanya Marzuki.

"Tolonglah Marzuki.Kahwin dengan aku.."

"Kenapa Hanim?Kau bekerja,kau cukup segalanya Hanim.Kenapa nak kahwin juga?"tanya Marzuki,pelik.

"Aku..Aku cintakan kau Marzuki.Aku bersalah.Maafkanlah aku,"

"Aku tak cintakan kau.Hati aku milik Malissa.Aku taknak lukakan dia,"

"Aku tak kisah Marzuki.Aku tak kisah kalau kau tak cintakan aku pun.Tapi please,kahwin dengan aku.."

***

Malissa menunduk.Dia mengangguk perlahan lalu memandang Marzuki yang sedang memandangnya dia juga.

"Abang sayangkan sayang..Abang tak boleh bayangkan kalau sayang sedih sebab abang," - Marzuki

"Hanya kita berdua sayang.In Shaa Allah,hanya kita," - Marzuki

Ayat-ayat Marzuki kembali berputar di mindanya.Ayat yang dahulu dia percaya tetapi kini layak dihumban ke neraka!

"Malissa..Nak masuk bilik dulu,"kata Malissa dan berdiri."Eh lupa.Pengantin baru nak guna.Kena tidur dekat bilik sendiri lah,"kata Malissa,tersenyum.

"Taknak.Sayang tidur dengan abang,"

"Eh,mana boleh.Nanti sayang nombor satu nak tidur dengan siapa?"

"Sayang..Please.."Malissa menunduk.Mulut kata benci tapi hati siapa saja yang mengerti?

Malissa pun masuk ke dalam bilik mereka.Begitu juga Marzuki.Meninggalkan Hanim dan keluarga mereka di ruang tamu.Hanim menunduk.Bersalah.Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

Malissa duduk di bucu katil.Marzuki pula datang membawa air dan meletakkannya di meja kecil sebelah.Marzuki mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan Malissa.

Dia memandang wajah isterinya.Lama.Ini rupanya Malissa yang sedang marah.Selama mereka hidup bersama,tidak pernah dia melihat Malissa marah dan kecewa.Dia bersalah.Bodohnya dia.

"Abang tahu,sayang marah.Sayang marah,apa yang abang cakap pun sayang mesti tak nak dengar.Please sayang,tenangkan diri untuk abang jelaskan apa yang berlaku,"

"Macam mana abang tahu?Sebab kak Hanim macam tu ke?Bila abang cium sayang,mesti dahi yang abang cium tu,abang bayangkan dahi dia.Bibir yang abang kucup,badan yang abang pikul,mesti abang harap kak Hanim lah yang abang kucup,kak Hanim lah yang abang pikul.Semua yang kita buat,malam yang kita habiskan,mesti tak bermakna buat abang.Semua tu tipu,semua tu dusta.Deep in your heart,you wish i am her,"

Marzuki memandang Malissa yang memandangnya juga.Mata Malissa berkaca.Satu persatu air matanya keluar.Lemahnya dia sebagai seorang suami.

"Sayang..Takdeknya abang fikir macam tu.Dia dah takdek dalam hati abang sayang faham tak?Abang takdek niat pun nak kahwin dengan dia.Tolonglah faham sayang..Sayang tetap sayang abang,abang tetap milik sayang..Please sayang.."Marzuki mengesat air mata isterinya.Perkara yang dia harapkan hanyalah Malissa mampu menerima dirinya seadanya.

Renyuk hatinya apabila mendengar kalimat Malissa meminta cerai darinya.Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya apabila mendengar perkara sedemikian.Hidup tanpa Malissa?Siapa yang mampu?!

Paginya,Malissa bangun awal seperti biasa.Dia melihat Marzuki yang berada di sebelahnya.Tersenyum bibirnya.Selalunya,dia akan mengucup dahi tersebut.Namun kali ini?Dia terasa janggal.

Dia pun keluar daripada biliknya.Dapat dia melihat Hanim yang sedang tidur di sofa.Cepat dia mengejut wanita itu.

"Kak Hanim.."

"Hmm?"

"Kenapa..Kak Hanim tidur luar?Kak Hanim boleh tidur dalam bilik nombor 2,"

"Hmmm.."

"Bangunlah.Kak Hanim tidur dekat sana ye?"Hanim pun berdiri dan bergerak ke arah bilik nombor 2 itu.Dia duduk di atas katil dan melihat Malissa yang sedang membetulkan sedikit meja di depannya.

"Kak Hanim rehat ye,"

"Malissa.."panggilan Hanim menghentikannya dan dia pun memandang wanita tersebut.

"Kak Hanim..Nak minta maaf sebab hal ni.Kak Hanim tak pat-"

"Ala,takpekla kak Hanim.Kak Hanim jangan risau.Kak Hanim rehat ye.Nak mandi,bilik air ada dekat depan,"kata Malissa dan pergi.Dia pun menutup pintu dan memegang dadanya.

Separuh nyawa dia terasa apabila berhadapan dengan Hanim.Sungguh,perasaan itu bukanlah perasaan yang bagus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience