BAB 10 (My mind is on you)

Drama Series 9938

BAB 10

Selesai mereka membeli belah,masing-masing merehatkan diri di ruang ramu.Malissa duduk di atas sofa dan Marzuki duduk di atas kerusi kayu.Mereka menarik nafas dalam sebelum masuk ke dalam bilik mereka.

"Bilik hang okay?"tanya Marzuki dan Malissa pun memandang Marzuki yang sedang mengelap peluhnya di dada.Dia meneguk liurnya.Pakaian Marzuki yang tadinya berbutang penuh kini terbuka separuh!

Marzuki tersenyum sinis.Dia menunduk."Kalau nak,cakap..Muat dak masuk mulut?"Malissa yang khusyuk melihat dada Marzuki itu tidaklah mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"Nak...Maksud saya..Nak masuk bilik..Saya nak masuk bilik..Assalamualaikum,"kata Malissa dan pergi.Laju.Melarikan diri daripada lelaki yang bernama Marzuki itu.Lagi lama dia duduk di situ,lagi lama dirinya dimalukan sebegitu.

Marzuki tersenyum.Memejamkan matanya apabila gadis itu laju berjalan di hadapannya.Wangian gadis itu membuatkan dia terpana seketika.Nasib baik kau pergi dulu Malissa.Kalau tak...

Malissa menutup pintu biliknya dan menutup wajahnya dengan bantal.MALUNYA!Bayangkan,boleh pulak aku tengok badan dia lama-lama!ARGH!MALUNYA MALUNYA!!

Malissa cuba mencari inisiatif untuk menenangkannya.Apa..Apa...Matanya terpandang sesuatu di bawah katilnya.Perasaan ingin tahunya yang tinggi membuatkan dia menarik kotak tersebut.

Berhabuk.Dia mengelap sedikit habuk tersebut sehingga membuatkan dia bersin."Apa ni?"bisiknya.Dia pun membuka kotak tersebut dan dapatlah dia melihat seperti kotak kenangan yang menyimpan beribu-ribu perasaan gembira.

Dia tersenyum.Ada 4 buah album,ada gambar yang dilekatkan dikeliling kotak,ada patung dan ada bunga yang sudah layu.Dia mengambil album yang berwarna biru itu.

"Our wedding,Marzuki & Hanim?"Malissa tersenyum.So,ini isteri pertama cikgu Marzuki?!Dia pun membuka album tersebut dan dapatlah dia melihat cikgu Marzuki berpakaian serba putih bersama seorang perempuan yang cantiknya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Waw.."katanya takjub.Tidak pernah dia melihat cikgu Marzuki tersenyum lebar seperti itu.Wajah cikgu dahulu hingga sekarang sama sahaja!Masih muda!

"Comelnya..."katanya,melihat satu persatu gambar perkahwinan tersebut.Dia tersenyum haru.Dia juga inginkan senyuman seperti itu.

Selepas habis dia melihat,dia mengambil album yang kedua."Our honeymoon?"Dia pun menbuka album tersebut dan dapatlah dia melihat gambar suami isteri itu ditangkap di pantai."ARGH SWEETNYA!"

Dia tersenyum mengamati gambar-gambar tersebut.Dia membuka pula album ketiga."My lovely crush?"Dapat dia melihat gambar seorang perempuan berpakaian baju kurung sekolah di album tersebut.Dia membaca kertas yang berada di sebelahnya.

"Hanim,my lovely crush since I was 15 years old.I love her because look at her!She is so perfect!She has those eyes,those smile,those voice and those beautiful lips.When you hear she singing,you will be mesmerized!When you hear she speaking,you will be hypnotized!When you look at those two dark brown eyes,you are dead!Everything about her are so perfect!I hope she is for me,"

SO CUTE!Barulah dia tahu bahawa isteri cikgu Marzuki merupakan crush kepada cikgu Marzuki sewaktu berumur 15 tahun.15 tahun?Dia sendiri pun tidak wujud lagi.Dia melihat gambar-gambar tersebut.Setiap satu gambar mempunyai kertas yang menunjukkan di mana ada cerita di setiap gambar.

"This is her.See!She is staring at those flower!Those flower must be shy by her..I hope I am that flower,"Malissa tersenyum.Cikgu photographer rupanya..

"She is going to the canteen.I hope I can eat in front of her and staring at those beautiful soul for the rest of my life!"

"Its been 2 years and I will never getting boring to capture this moment.Hanim's moment.Oh Hanim,I hope you feel the same,"

Malissa tersenyum lebar.Tak sangka cikgunya boleh jadi semanis itu.Dia melihat gambar selfie diambil oleh Marzuki dan di sebelahnya mempunyai Hanim yang membuat gaya peace itu.

"The moment she said yes to teach me mathematics!Yes yes!!"Malissa tersenyum.Manisnya.Tinggal album keempat.Hitam semacam je.

"You leave the worst and take the best?"Dia membuka album tersebut.Yep,hitam.Segalanya hitam.Kertas hitam,album hitam.Semuanya hitam!

"23rd July,"Malissa mengerutkan dahinya.Dia melihat ada bunga yang layu diletakkan di album tersebut.Mungkin hari dimana isteri cikgu meninggalkannya.Dia menutup semula dan mengemas semuanya seperti sedia kala lalu memasukkan semula kotak tersebut di bawah katil.Phew.Satu cerita seseorang di satu buah kotak.Pasti cikgu menghadapinya seorang diri.

Dia mengambil keputusan untuk menyejukkan badannya.Maklumlah,selepas keluar dari rumah dan selepas melihat gambar-gambar tadi,muncul pula kepanasan di dalam hati.Adakah dia cemburu?Mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience