BAB 12 (Let the world know that you are mine)

Drama Series 9938

BAB 12

Malissa tidak dapat tidur.Sentuhan tadi masih dia boleh rasa jelas di fikirannya.Sentuhan di rambut,di telinga,di lengan dan juga di kaki.Adakah dia merasa takut?Tidak.Sentuhan cikgu Marzuki membuatkan dia mahukan lagi.Adakah dia gila?Yes!She is shameless!!

"Aku tahu yang hang tahu apa yang aku maksudkan Malissa.Tapi aku janji dengan diri aku,aku takkan sentuh hang selagi hang nak.Aku takkan bersetubuh dengan hang selagi hang yang minta.Jadi,cubalah faham aku Malissa.Aku tak boleh kawal," - Marzuki

Sewaktu itu,Marzuki menyentuhnya.Sentuhan Marzuki dahagakan sesuatu.Sesuatu yang sudah lama dia mahu.Dia menyentuh bahagian yang disentuh oleh Marzuki iaitu di lehernya.Tempat kegemarannya untuk disentuh.

Marzuki membuka balutan yang dibalut oleh Malissa.Dia menghembus nafas berat.Kaca tadi sudah Malissa buangkan.Apa lagi yang patut dia lakukan untuk berhenti memikirkan gadis itu?Tiba-tiba,pintunya diketuk.Dia pun bangun dan membuka pintu tersebut.Dapat dia melihat Malissa yang sedang berdiri di hadapannya menunduk.

"Malissa?"

"I need you cikgu,"kata Malissa seraya memeluk Marzuki.Terpaksa Marzuki membongkok apabila dipeluk sebegitu oleh Malissa.Dia cuba membuat keputusan yang tepat lalu dia pun mendukung Malissa masuk ke dalam biliknya.Dia pun menutup pintu dan membaringkan Malissa di dalam pelukannya.Dia memeluk Malissa,kuat sambil jarinya bermain di rambut Malissa.

"Malissa?"

"I need you,"

"You need me or want me?"

"Both,"Marzuki tersenyum seketika.Tangannya masih setia di rambut Malissa.Dapat dia merasakan gerakan jari Malissa di belakang badannya."You have a nice body,"

"Want to taste it?"Malissa pun memandang Marzuki dan serta merta ciuman di bibir diberi Malissa.Marzuki terkejut.Apa yang..Apa yang berlaku?

"Malissa?"

"Yah I want to taste it,"kata Malissa,mencium bibir Marzuki berkali-kali.Sungguh dia terkejut.Adakah ini Malissa?

Terbangun dia dari lena.Nafas tersangkut-sangkut.Mimpi rupanya.Dia mengurut kepalanya."ARGH!"jeritnya marah.Dia tidak marah kerana mimpinya tidak menjadi kenyataan,dia cuma marah kenapa dia perlu bermimpikan perkara tersebut bersama Malissa?!!

Malissa bangun dari lenanya.Dia mengurut sedikit bahunya.Lena pula malamnya kali ini.Dia pun membuka pintu biliknya dan dapat dia melihat pintu bilik suaminya masih tertutup rapat.'Belum bangun lagi ke?'bisiknya.

Dia pun mula membersihkan dirinya di dalam bilik air yang disediakan dalam bilik tidurnya.Dia keluar dan memakai baju lalu pergi ke dapur.Menyediakan sarapan buat syurga katanya.Dia pun melihat bahan-bahan yang mungkin ada di kabinet atau almari dapur.Dia melihat tin carbonara tetapi malangnya tin tersebut berada di rak atas sekali.

Malissa mengeluh seketika.'Atas sangat pulak..Mana kerusi ek?'Malissa mencari-cari kerusi dan akhirnya dapat dia melihat kerusi berwarna hitam lalu dia pun mengangkat kerusi tersebut.Tanpa membuang masa dia memanjat kerusi tersebut tetapi malangnya,masih tidak sampai.Dia perlu jengket.

Perasaannya merasakan bahawa kerusinya bakal jatuh.Bergoyang pulak!Habis!Dia cuba memaut di kabinet dapur namun malangnya tangannya licin dan akhirnya...

Malissa membuka matanya perlahan-lahan.Dia merasakan pinggangnya dipegang erat oleh seseorang."Cikgu.."

"Hang laa..Memang bijak sungguh perangai..Kalau aku takdak macam mana?"Malissa tersenyum kekok.Dia menelan liurnya yang kelat.

"Sorry cikgu.."Marzuki menggeleng-geleng dan melepaskan Malissa perlahan-lahan.

"Hang nak ambik apa?"tanya Marzuki."Tin carbonara tu.."tunjuk Malissa dan Marzuki pun mengambilnya.Hebatnya,dia tidak perlu jengket!Jealousnya..

"Nah.."

"Terima kasih,"Marzuki pun mengambil spaghetti dan mengeluarkan sayur-sayuran di dalam peti dan membasuhnya.

Malissa pula melihat Marzuki yang sedang mengeluarkan periuk untuk merebus spaghetti tersebut.Dia tersenyum seketika.Dia tolong aku masak ke?Argh,so my type!

Pasangan yang masak bersama-sama di dapur merupakan bahasa cintanya,bak kata orang putih,love language.Uminya kata,di dapurlah tempat yang sesuai untuk pasangan berkongsi cita rasa,pandangan dan menolong di antara satu sama lain.Selain itu,memasak bersama membolehkan rumah tangga menjadi kuat.Sebab?Lebih sedap apabila membuatnya bersama.

Marzuki menjeling seketika memandang Malissa yang sedang mengacau kuah carbonara.Dia menggigit bibirnya.Fikirannya sungguh bermain dengan kesabarannya.Teringat pula tentang mimpi yang baru dia dapat pagi tadi.Tolonglah buang semua ni!!

"Cikgu nak air teh ke kopi?"pertanyaan Maliss mengejutkan Marzuki.Marzuki tergagap seketika.Dilihat sebegitu oleh Malissa membuatkan dia mati.

"Kopi,"

"Okay,"Malissa pun menyediakan air seperti yang Marzuki minta.Marzuki mula mengelap meja dan menyusun pinggan di meja untuk mereka makan.Berharap agar fikiran kotor dan mimpi semalam hilang bersama dengan kotoran di meja makannya.

(beberapa jam kemudian)

Malissa melihat Marzuki yang sedang bersiap untuk pergi ke kerja.Dia berfikir sejenak.Dia kena salam ke?Atau,tak payah..Atau dia yang kena panggil aku?Ke aku yang kena datang kat dia?

"Berangan apa?"terkejut Malissa apabila ditegur oleh Marzuki.Dia tersenyum kekok dan menggeleng.

"Sinilah salam,"katanya dan Malissa pun datang ke arah Marzuki.Dia menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Malissa untuk bersalaman.

"Tutup pintu,"pesan Marzuki sebelum dia masuk ke dalam keretanya.Malissa mengangguk-angguk faham.Kereta putih tersebut pun pergi meninggalkan rumah.Malissa tersenyum sendiri sambil memegang tangannya.

"Kau cium tangan dia laa~"monolog Malissa,teruja.Angau dengan sentuhan Marzuki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience