BAB 41 (the truth will never be hiding)

Drama Series 10959

BAB 41

Minggu ke minggu,peperiksaan akhir semakin dekat.Dapat dia merasakan debaran di dada.Ya Allah,takutnya!

"Malissa!"

"Eh Aqif?Kau buat apa kat sini?"

"Aku nak wish kau laa..All the bestt tauu~"

"Terima kasih,"

"Nahh,untuk kau..Lepas exam bukaklaa,"

"Terima kasih banyak-banyak Aqif,"

"Sama-sama..Byee,"

"Byee,"Aqif melambai-abai ke arah Malissa yang sedang masuk ke dalam dewan peperiksaan.Heningnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.Tetapi Aqif?Cukup senyuman Malissa membuatkan dia semangat!

***

Marzuki menunggu Hanim untuk mengambil Asina.Sambil mereka menunggu,mereka bermain-main dengan Blackie di halaman rumah.Tiba-tiba,kereta yang dia kenali itu datang di hadapan rumahnya.

"Mama!"panggil Asina,berlari ke arah Hanim.Marzuki pun pergi ke arah Asina untuk membuka pintu pagar.Asina pun memeluk Hanim dek kerana rindu.

"Thank yo so much Marzuki.Aku pun tak tahu siapa yang boleh jaga Asina kalau bukan kau,"

"Ala,takpekla..Aku masuk dulu,"

"Bye bye uncle~"

"Bye byee Asina,"belum Marzuki pergi,Hanim memanggil terlebih dahulu.

"Marzuki!"

"Ha?"

"Aku...Ada benda nak cakap.."

"Apa dia?"

"Boleh aku masuk?Benda ni privasi.."Marzuki mengerutkan dahinya.Dia memandang Hanim yang memandangnya juga.Kenapa rasa tak sedap hati je ni?

"Takpek..Cakap je kat sini.."

"Please..Benda ni pasal kita.."Marzuki menarik nafas dalam dan membuka pintu rumahnya.Dia pun membenarkan Hanim masuk."Duduk luar je,"kata Marzuki dan Hanim mengangguk setuju.Dia melihat Asina yang sedang memandangnya.

"Kenapa mama?"tanyanya keliru.Hanim menggelengkan kepalanya."Kenapa?"tanya Marzuki sambil mengambil tempat duduk di hadapan Hanim.Hanim menarik nafas panjang."Asina boleh main dengan Blackie tak?Mama nak bincang dengan uncle kejap.Boleh?"

"Okay.."kata Asina,perlahan dan pergi.Hanim pun memandang Marzuki dengan serius."Kau bahagia?"tanya Hanim dan itu membuatkan Marzuki tersenyum."Alhamdulillah,hanya Allah je yang tahu betapa bahagianya aku dengan isteri aku,

"Takdek sedetik pun kau fikir tentang aku?"Marzuki melihat Hanim yang sedang memandangnya.Dia mengerutkan dahinya.Dah kenapa pulak dia ni?

"Aku tak bahagia Marzuki.Aku sengsara hidup dengan dia.Dia tahu kerja,balik,makan,tidur lepastu sambung kerja balik and takdek sekali pun dia kisah pasal aku..Aku tak boleh tahan kalau macam ni..Aku boleh jadi gila kalau benda ni berterusan,"

"Okayy...So?"

"Aku ada benda nak bagitahu kau.."kata Hanim dan Marzuki tidak habis-habis dengan kedutan di dahinya.Bertambah kedutannya apabila dia melihat Hanim keluarkan satu surat di begnya.

"Marzuki,"panggil Halim dan itu mengejutkan mereka.Disebabkan pintu tidak tertutup,jadi dia boleh masuk ke halaman rumah Marzuki."Ayah.."panggil Marzuki.

"Ni,mak Shima ada masakkan lebih,"kata Halim dan Marzuki tersenyum."Terima kasih banyak-banyak.."

"Kamu siapa?"tanya Halim kepada Hanim,tertanya-tanya.

"Saya Hanim,mak kepada Asina,"kata Hanim dan Halim mengangguk-angguk.Namun,lain pula yang berada di fikiran Hanim.Ingin dia memberitahu perkara yang sudah lama dia ingin beritahu.

"Dan Asina ialah anak kepada kami berdua.."terkejutnya mereka apabila mendengar perkara yang dikatakan oleh Hanim.Marzuki mengerutkan dahinya."Apa kau merepek ni?"

"Asina anak kita Marzuki.."Halim menahan nafasnya.Apa yang berlaku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience