BAB 6 (I fell in love with you since the first day we met)

Drama Series 9938

BAB 6

Marzuki memicit-micit kepalanya.Sungguh,mimpi yang dia dapat memang pelik.Ada ke patut dia akan berjumpa Malissa untuk meminangnya?Apa semua ni?

Dia menggeliat seketika dan termenung.Matanya digosok perlahan.Kucing kepunyaannya lena di sebelahnya.Lekas dia menggosok kucingnya dan menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

Dalam otaknya,ligat dia berfikir tentang mimpinya tadi.Tak masuk dek akal.Tetapi,Malissa di dalam mimpinya tadi kelihatan begitu cantik.Dia tahu di dalam mimpinya dia sedang gembira.Gembira kerana berkahwin?Tidak.Gembira kerana akhirnya dia dicintai dan mencintai.Itulah satu-satunya perasaan yang dia dahagakan.Tetapi apa yang dia ada kini?

"Kalau kau nak,kau masuk jelah meminang dik oi,"kata-kata Syazwani terngiang-ngiang di fikirannya kini.Patutkah dia yang mulakan?Bagaimana kalau perkara ini tidak berjalan seperti yang dirancang.Kejap,hang nak lamar dia ke?!

Paginya,Malissa menyidai bajunya seperti biasa.Dia merenggangkan badannya sebelum dia mengangkat bakul yang kosong itu.Tiba-tiba,dia terdengar bunyi kereta dihidupkan.Lekas dia menyorok dan dapatlah dia melihat Marzuki yang sedang menutup pintu pagar rumahnya.Dia menghembus nafas panjang.Haish,kalaulah umur aku ni 32 tahun juga..

(malamnya)

"Kakak.."panggil Shima dari dapur dan itu mengejutkan Malissa yang baru bersiap untuk pergi ke surau menunaikan solat terawih."Ye bu.."

"Bagi kuih ni dekat cikgu,"

"Cikgu mana?"

"Cikgu kamu tulah..Siapa lagi..Nanti bagi terus pergi surau.."Malissa melompat di dalam hati.Eeeee cikgu sayaaa~

"Okay bu.."Malissa pun mengambil sebalang yang dipenuhi dengan 3 jenis kuih raya.Widih,sedap ni..

Beberapa minit kemudian,barulah Malissa keluar.Dia menjenguk seketika ke arah rumah Marzuki.Gelap.Macam takdek orang.

'Cikgu dah pergi surau kot..Lepas solatlah aku bagi,'Malissa pun pergi ke arah surau dan tepatlah sangkaan dia bahawa cikgunya sudah tiba di surau.Dapat dia melihat Marzuki yang sedang tersenyum mendengar jenaka daripada jiran-jirannya yang lain.Comelnya senyuman dia..

(satu jam kemudian)

Malissa berjalan kaki pergi ke rumah Marzuki.Dia melihat rumah Marzuki yang masih gelap.Tadi rasanya nampak dia balik.Malissa pun mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Marzuki.Selang beberapa saat,panggilannya dijawab.

"Helo?"

"Helo cikgu..Saya ni Malissa..Mak saya ada bagi kuih raya ni dekat cikgu..Cikgu ada kat rumah?"

"Hang masuk je rumah..Letak atas meja.."

"Ouh..Cikgu ada kat rumah?"

"Ada je..Hang letak atas meja.."

"Ouh..Okay..Cikgu tak kunci pintu?"

"Tak.."

"Okay.."Malissa pun mematikan talian.Fikirannya masih ragu-ragu.Betul ke?

Tanpa berfikir panjang,dia pun membuka pintu rumah Marzuki dan masuk ke dalam rumah tersebut.Gelap.Hanya lampu dapur sahaja yang terbuka.Dia pun meletakkan balang kuih tersebut di atas meja.

"Cikgu..Saya letak kuih atas meja ye.."kata Malissa.Tanpa dia sedar,terdapat seorang lelaki di hadapan pintu rumah Marzuki.

"Apasal gelap sangat rumah si Marzuki ni?"tanya seorang lelaki dan dia pun membuka lampu rumah tersebut.Terkejutnya dia apabila dia melihat Malissa yang sedang terkejut melihatnya terkejut.

"Malissa?"tegurnya terkejut.Namanya Harun,seorang lelaki yang berusia 47 tahun yang tinggal berdekatan dengan kejiranan mereka.

"Pakcik Harun,"

Kamu buat apa kat sini?"

"Saya hantar kuih untuk cikgu.."tepat pada masanya,Marzuki pun keluar daripada biliknya.

"Ya Allah,Marzuki..Kamu buat apa dengan anak si Halim ni?!"tanyanya terkejut apabila melihat Marzuki yang baru keluar daripada biliknya.Dia menyalin pakainnya selepas dia menunaikan solat kerana pakaiannya basah dek kerana tertumpah air sirap.Marzuki yang keliru itu mengerutkan dahinya.

"Apa yang saya buat?"tanyanya pelik."Kenapa dia ada kat rumah kamu?"

"Dia nak hantar kuih je.."

"Kalau hantar kuih kenapa time malam-malam macam ni?!"

"Habistu pakcik Harun nak cakap apa sebenarnya?Haram tau hukumnya jadi Qazaf!"

"Pakcik tak cakap macam tu tapi ini dah ada dekat depan mata ni macam mana?"

"Sumpah demi Allah kami tak buat apa-apa pun pakcik.."

"Kamu Malissa?"Malissa yang hanya mendengar perbualan mereka tersentak apabila ditegur oleh Harun.

"Ha?"

"Kamu buat apa kat sini?"

"Saya hantar kuih..Mak saya suruh.."

"Mana kuihnya?"

"Ni atas meja nii.."kata Malissa.Marzuki menarik nafas panjangnya.Melihat Harun yang masih tidak percaya dan ragu-ragu membuatkan dia menyerah.Dia tersenyum sinis sambil memandang Malissa yang curiga.

"Pakcik Harun takkan percayanya Malissa.Macam nilah pakcik Harun,biar saya jadi milik dia.Itu yang pakcik Harun nak kan?"membulat mata Malissa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Marzuki.Kejap,apa ni?!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience