BAB 5 (you put a spell on me)

Drama Series 5371

Sibuk mereka berborak,tiba-tiba mereka terdengar bunyi basikal jatuh dari depan rumahnya."Apa tu?"tanya Syazwani,risau.
"Kejap.Fairuz tengokkan,"Fairuz pun keluar dan dapatlah dia melihat seorang budak lelaki yang memegang lututnya dihempap oleh basikal.Cepat dia membuka pintu dan melihat budak itu sedang menahan luka.
"Adik!"jerit seorang perempuan yang bertudung hitam.
"Okay tak ni?"tanya Fairuz,melutut dan menunduk.Perempuan itu pun memandang orang yang berada di depannya untuk melihat siapakah gerangan yang berkata-kata itu.

'Ops!Cikgu Fairuzlah!'bisik hati Malissa.Dia menunduk dan melihat adiknya.Dia tidak boleh menunjukkan perasaannya!
"Okay ja ni cikgu.Kamu ni tak brek dulu kenapa?"kata Malissa,dan secara tiba-tiba mereka ketawa.Fairuz keliru.Diorang gelak?
"Brek tak makan,"kata adik kepada Malissa sambil ketawa.
"Lapar?Bawak pergi makan nasi.Banyak lagi kat dapur,"kata Malissa dan menolong adiknya untuk bangun.

Fairuz memandang Malissa yang sedang memandang adiknya pergi.Malissa memandang Fairuz yang sedang melutut memandangnya.Dup dap.Dup dap.Pandangan Fairuz membuatkan jantungnya berdegup dengan hebat sekali!
"Cikgu?"
"Hmm?"
"Terima kasih,"
"Cikgu tak tolong apa-apa pun,"Malissa tersenyum kekok.Fairuz pun berdiri dan matanya masih tidak lepas daripada memandang gadis itu.
"Ini rumah cikgu?"tanya Malissa dan Fairuz mengangguk.
"Cantiknya.."
"Time raya datanglah,"
"In Syaa Allah.Saya balik dulu cikgu.Terima kasih,"Malissa pun pergi meninggalkan cikgunya.Dia tersenyum sewaktu dalam perjalanan pulang.Adakah ini cintaaaa~WEYH!DIA TUA 14 TAHUN DARIPADA KAU GILA!

Fairuz pun menuju masuk ke dalam rumahnya dan terkejutnya dia apabila dia melihat Syazwani yang mengintainya dari rumah melalui tingkap kacanya.Syazwani tersenyum-senyum dan mengangkat-angkat keningnya sambil memandang Fairuz.
"Kak?"
"Siapa perempuan tadi?"tanya Syazwani,tersenyum-senyum.
"Kak,dia tu pelajar aku kak.Budak umur 18 tahun yang baru nak ambil lesen motor B2 tahun ni,"
"Ouuuuuhh.Comel orangnya,"
"Hmm.."kata Fairuz,mencari-cari rancangan televisyen yang boleh dia tengok bersama kakaknya itu.
"Aku straight to the point jelah ye?Aku nak...."
"Kakak!No!No!No!Kak,aku taknak..Aku taknak,"
"Aku bagi cadangan je..Tapi fikir-fikirkanlah..Jangan menyesal.."
"Kau ni ada-ada jelah kak.."Syazwani tersenyum sinis.Suka dia menyakat adiknya itu.

(malamnya)
Fairuz keluar daripada rumahnya untuk mengambil angin malam.Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Kucing berbulu hitam kepunyaannya masih tidak pulang.
"Blackie..Pss pss.."panggilnya.Dia melihat di sekeliling perumahannya untuk mencari kucingnya tetapi malangnya tidak dia jumpa.Tiba-tiba,dia terlihat seseorang yang sedang bermain dengan seekor kucing dan dia percaya itu adalah kucingnya.

"Meoww meowww.."kata orang itu.Fairuz melihat dia main dan dapatlah dia ketahui siapakah gerangan yang bermain dengan kucingnya.
"Malissa..."panggilan dari ibunya mengejutnya."Ye bu..."
"Masuk!Lambat dah ni.."
"Okayyy...Bye bye meow.."Malissa pun berlari masuk ke dalam rumahnya.

Fairuz keluar daripada rumahnya untuk memanggil Blackie selepas bayangan Malissa hilang.Seperti biasa,Blackie akan datang ke arahnya."Kita makan ye.."kata Fairuz kepada kucingnya itu.

(beberapa minit kemudian)
Fairuz mengibas katilnya dan terus baring ke atas katilnya.Blackie akan datang ke arahnya untuk tidur di sebelahnya."Blackiee.."katanya manja.Dia menggosok-gosok kepala kucingnya itu dan teringat pula dia akan Malissa yang bermain dengan kucingnya.

Fikirannya mula memikirkan apa yang gadis itu sedang buat agaknya.
'Eh?!Apa yang aku fikir ni?!Apa ni apa ni?!'bisik hatinya selepas fikirannya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.Dia menggelengkan kepalanya.Janganlah macam-macam..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience