BAB 47 (The unhear voice)

Drama Series 10959

BAB 47

Malissa melihat Hanim yang sedang menyiapkan makanan di dapur.Hatinya berat.Dia..Tak mampu.

Dia pun menuju ke arah bilik,memakai cardigan nya.Rumah ini neraka baginya!

"Sayang,sayang nak pergi mana?"tanya Marzuki."Saya..Saya nak keluar.."

Marzuki terdiam."Marzuki,aku ada buat air untuk kau dengan Malissa.."kata Hanim dari luar.Malissa mendiamkan diri dan begitu jiga Marzuki.Dia sendiri tidak tahu mengapa tetapi dia tidak boleh menerimanya.

"Boleh?"tanya Malissa,mencari tudungnya pula."Abang hantar ye.Sayang nak pergi mana?"

"Jalan-jalan je.Takpek.Abang tak payahlah risau.Dekat je.."

"Sayang..Please.."Malissa memandang Marzuki yang sedang memandangnya.

"Erm,okay.."Hatinya keliru.Tangannya masih berada di pegangan Marzuki.Marzuki mencium dahi Malissa,turun ke pipi dan akhirnya di leher.

"I love you Malissa.Dia tu dah tak wujud dalam hati abang.Tolonglah faham sayang,"kata Marzuki dan menyambung ciuman di leher isterinya.Malissa memejam matanya.Ciuman hangat diberi Marzuki tidak dapat dia elakkan.Rindunya separuh mati apabila tidak dapat melihat suaminya hampir 6 bulan tetapi dia?Kahwin dengan perempuan lain?

Malissa menolak badan Marzuki.Dia memandang suaminya."Saya rindu awak dekat sana.Hampir setiap hari,saya harap awak sentiasa ada dekat sisi saya.Tapi awak?Kahwin dengan bekas isteri awak?Sebab apa?Sebab saya belajar and tak mampu nak puaskan nafsu awak kan?"

"Apa sayang cakap ni?Dia tu takdek siapa bagi abang.Takdek status untuk abang.Abang dah lupakan dia.Abang taknak dekat dia,sayang.Sayang je yang abang nak..Cukup sayang dalam hidup abang,"

Marzuki melihat Malissa yang sedang melihatnya juga.Macam mana dia mahu pastikan bahawa Malissa sahajalah yang berada di hatinya?!

Marzuki menggapai tangan isterinya."Anggap jelah dia tu orang luar sayang.Please,dia takdek kena mengena dengan kita,"Malissa menunduk.Entah macam mana dia mahu percaya.

Harinya,Hanim bermain dengan Asina di luar rumah.Malissa hanya menghabiskan masa di rumah ibu dan ayahnya.Itu sahaja yang mampu membuatkan dia tenang.

"Kamu tak balik rumah ke?"tanya Shima,melihat anaknya yang sedang membaca buku."Ada kak Hanim dengan Asina je kat rumah,"

"Kamu bergaullah dengan dia,"

"Kenapa pulak?Bukannya Malissa yang kahwin dengan dia,"perubahan sikap Malissa nampak ketara.Shima terkejut dan memandang Halim.Siapa sahaja tak sakit apabila diduakan?

"Malissa.."

Malissa pun keluar daripada rumah.Dia melihat Hanim dan Asina yang sedang bermain di luar.Dia menarik nafas,menenangkan dirinya lalu berjalan perlahan ke arah rumah tersebut.

"Hi kak Hanim,"

"Hi Malissa,"balas Hanim,tersenyum."Auntiee,"

"Asinaa,"pelukan diberikan."Dah makan ke?"tanya Hanim dan Malissa mengangguk.

"Dah,dah makan,"Hanim tersenyum dan mengangguk."Baguslah.Kakak belum makan lagi.Minta Marzuki belikan ayam lauk pedas,"

Malissa mengangguk.Tepat pada waktunya,Marzuki sampai.Baru sahaja Malissa ingin berdiri untuk membuka pagar,sudah pun Hanim pergi dahulu.

Pintu kereta dibuka.Hanim sempat menghulurkan tangan untuk bersalaman tetapi Marzuki hanya memberikan plastik kepada Hanim.

"Aku beli lebih,"kata Marzuki.Hanim pun mengambilnya.Marzuki pun pergi ke arah Malissa dan mencium dahinya."Lambatnya abang balik,"

Marzuki tersenyum dan menghulurkan dua bungkus nasi beriyani kepada Malissa."Abang ada beli nasi briyani.Kita makan sama-sama ye.Dengan Asina sekali,"kata Marzuki dan Asina melompat-lompat gembira.

"Nak dengan mama sekali boleh ke?"tanya Asina dan Marzuki memandang Malissa yang sedang memandang Asina.

"Of course la boleh~"kata Malissa.Malissa memegang tangan Marzuki dan mereka pun masuk ke dalam rumah.Hanim hanya tersenyum pasrah.Dalam hatinya siapa yang tahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience