BAB 11 (You are the one for me)

Drama Series 9938

BAB 11

Marzuki mengerutkan dahinya.Tiada.Seluruh tempat dia mencari.Tetapi tiada.Masih tiada.Hanya satu tempat yang belum dia periksa.Bilik Malissa.Patutkah dia pergi?Macam mana kalau dia sudah tidur?

Dia pun berdiri di hadapan pintu tersebut.Telinganya didekatkan untuk mendengar perkara di sebalik pintu.Senyap.Di mengetuk pintu tersebut.Tiada jawapan.

"Malissa?"panggilnya namun masih tiada sahutan.Dia membuka tombol pintu dn terkejutnya dia apabila pintu tersebut tidak berkunci.Dia melihat ke arah bilik tersebut.Gelap.Tiada penghuninya.Ouh,sedang mandi.

Tepat pada waktunya,pintu bilik air itu terbuka.Terkejutnya dua makhluk yang bernama Marzuki dan Malissa.Masing-masing terkejut melihat di antara satu sama lain.Marzuki terpana seketika.Melihat Malissa bertuala mandi membuatkan dia terkejut.Matanya menurun dari mulut ke dada Malissa membuatkan dia...

Tiba-tiba,telefonnya berbunyi.Terkejutnya mereka dan lekas Marzuki mengangkat telefonnya.Dia pun menjawab dan duduk di atas katil Malissa.Malissa membulatkan matanya.Dia..Dia taknak keluar ke?!

"Iye betul.Saya cikgu Marzuki,"kata Marzuki di talian.

"Ouh,nak buat lesen motor.Boleh boleh,"Marzuki memandang Malissa yang tercegat di hadapan pintu bilik air.Dia memberikan isyarat kepada Malissa untuk mengambil bajunya untuk dipakai.

Malissa meneguk liurnya.Dia kena lalu di hadapan Marzuki la jawabnya!Aa taknak taknak!Dia pun mengambil keputusan untuk pergi.Kalau lama-lama dia mengenakan tuala mandi,mahu terjadi yang bukan-bukan pula nanti.

Telinganya fokus di telefon tetapi tidak mindanya.Dia memandang Malissa yang sedang mencari baju di almarinya itu.Matanya perlahan-lahan mengamati bentuk tubuh isterinya itu."Boleh tuan?"

"Ye boleh.Esok juga saya selesaikan,"talian dimatikan.Dia masih melihat Malissa yang sedang mencari baju itu.Mampukah dia kawal?Ye dia mampu.

"Cikgu?"

"Hmm?"

"Cikgu..Taknak keluar?"

"Taknak.Aku rasa sejuk kat luar.Dalam ni panas sikit,"Malissa meneguk liurnya.Serius la dia ni?

"Tapi cikgu,saya nak pakai baju,"

"Okay.Pakai jela.Aku ada barang nak cari ni,"

"Saya.."Marzuki pun mencari sesuatu di laci-laci yang pernah dia guna untuk letakkan bukunya.Malissa meneguk liurnya.Serius la?

Dia pun memakai baju dalamnya perlahan-lahan.Berhati-hati dia memegang dan memastikan bahawa tualanya tidak jatuh.Ingin dia kancing namun malangnya tidak dapat dia memusingkan tangannya ke belakang.

Tidak semena Marzuki yang menolongnya untuk mengkancing baju dalam itu.Terkejutnya dia namun apa yang boleh dia lakukan?Nafas Marzuki hinggap di bahunya.Panas dan lama.Makin lama,bibir Marzuki naik hingga ke tengkuknya.

Dia mendesah kecil dan itu membuatkan Marzuki tersenyum."Sorry masuk bilik hang.Aku nak cari barang ja.Dalam tu ada album aku.Kalau hang jumpa bagitahu aku na,"kata Marzuki.Dia pun memberikan ciuman di leher isterinya itu sebelum dia melangkah keluar daripada bilik tersebut.Ye,dia tak boleh kawal dirinya!

Malissa memejamkan matanya.Dia terkedu seketika.Apa yang baru berlaku tadi?Apa yang terjadi tadi?Dia sendiri keliru.

Marzuki menahan nafasnya.Dia merebahkan badannya dan menarik nafas dalam.Matanya dipejam.Tetapi otaknya ligat memutarkan kejadian yang berlaku tadi.

Argh..Comelnya..Dia bangun dengan laju.APA YANG AKU FIKIR NI?!KAU GILA KE APA?!

Dia menggelengkan kepalanya laju.Dia perlu melakukan sesuatu untuk mengawal dirinya.Dia pun membuka lampu untuk mengelakkan suasana yang gelap.Ingatannya masih tidak dapat melupakan sesosok badan yang baru dia lihat tadi.Dia perlu tenang.Dia pun membalingkan pasu kecil di atas meja dan mengambil serpihan kaca itu.Laju dia menghiriskan tangannya.Sakit tetapi lega.Perlahan-lahan otaknya memikirkan kesakitan yang dia hadapi kini.Matanya ditutup rapat.

"Cikgu?!"kepalanya diangkat melihat wajah putih berkaca mata berambut messy bun itu.

Malissa terkejut melihat keadaan cikgu Marzuki yang berdarah di lengan.Bukan sahaja di lengan,merata juga di lantai.Marzuki menunduk melutut sambil tangan kanannya menutup darah yang mengalir di lengan kirinya.

Dia pun berlari ke arah biliknya untuk mencari kain yang dapat menutupi darah di lengan suaminya.Dia pun berlari semula ke arah Marzuki dan memegang lengan kiri Marzuki lalu membalut tangan tersebut.

"You should not be in here Malissa,"bisik Marzuki.

"Then,what was I supposed to do?Make you suffer from this?"

"You already did,"Malissa mendiamkan dirinya.Dia hanya menumpukan perhatian untuk mengubati luka Marzuki namun segalanya jadi tidak kena apabila dia perasan bahawa Marzuki memandangnya tidak henti-henti!Adakah itu hanya perasaannya?Mungkin dia yang perasan?

"Sakit?"tanya Malissa memandang Marzuki yang sedang memandangnya.Ya,sah cikgu pandang aku!!

Marzuki mengangguk dengan matanya masih memandang Malissa.Dia tidak tahu magik apa yang digunakan Malissa tetapi itu berhasil membuatkan dia gila.Marzuki mengamati wajah Malissa yang indah itu.Dapat dia melihat rambut hadapan Malissa menghalang pandangannya.

Perlahan-lahan tangannya membetulkan rambut gadis itu dan itu membuatkan Malissa terkejut."Cantikla hang ni,"kata Marzuki,tersenyum memandang Malissa.Malissa pula sudah cuak.Sudah apa pula yang difikirkan cikgu?

"Macam mana pasu ni boleh jatuh?"tanya Malissa ubah topik."Aku yang baling.Ingat nak buang fikiran kotor ni dari otak aku.Tapi lepas hang datang,benda tu pun datang sekali,"kata Marzuki,jujur.Malissa meneguk liurnya.

"Kotor?"

"Kotor..Kotor sangat,"Malissa mengetap giginya.Ini cikgu Marzuki ke?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience