BAB 13 (My day with you)

Drama Series 9938

BAB 13

Malissa melihat televisyen yang menayangkan tayangan drama itu.Apa yang perlu dia lakukan kini?Panasnya cuaca lagi-lagi ketika puasa ini.Tiba-tiba,telefonnya berdering.

"Helo?"

"Malissa.Hang buat apa?"Malissa melihat di sekelilingnya.

"Takdek pape.."

"Hang nak apa dekat bazar?"Malissa mengerutkan dahinya.Serius la dia nak belikan?Ke dia tolong belikan pastu nanti minta bayaran dekat aku?

"Takpeklah..Saya okay je,"

"Cepatlah.."

"Taknak.."

"Malissa.."terdiam Malissa apabila dipanggil begitu.Kenapa suara dia seductive sangat ni?!

"Nasi ayam?"

"Je?"talian senyap.Seriusla budak ni nak nasi ayam je?

"Haaa,"Marzuki menjeling dan mematikan talian.Malissa memandang wajahnya yang terpantul di telefon bimbitnya yang gelap.

'Uuuu..Dia belanja ke?'monolognya sendiri lagi.Dia tersenyum malu.Macam orang gila.

(sebelum waktu berbuka)

Marzuki mengeringkan badannya sejurus selepas mandi.Dia memakai pakaiannya dan menuju ke arah dapur.Dapat dia melihat Malissa yang sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk mereka berbuka.Marzuki terhenti seketika.Dia menyandarkan badannya ke arah dinding.Dia termenung.

Sudah lama dia tidak merasa sebegini.Iaitu hubungan bersama orang luar dan hubungan tersebut ialah hubungan seorang suami dan isteri.Adakah dia layak untuk seseorang yang seperti Malissa?

Dia tersentak apabila Malissa terjatuhkan sudu di lantai.Dia pun menuju ke arah Malissa dan tolong sedikit demi sedikit untuk memudahkan isterinya itu."Dah siap semua?"

"Air je belum,"

"Ouh.."Marzuki pun mengambil jug untuk membuat air.Masing-masing bisu.Tidak mempunyai topik untuk diutarakan.Hanya bunyi kipas di siling yang kedengaran.Hati memasing berharap agar azan segera dikumandangkan.

(beberapa jam kemudian)

"Nak pergi surau?"tanya Marzuki sambil menolong Malissa mengemas meja."Nak,"

"Naik kereta?"

"Jalan kaki,"Marzuki mengerutkan dahinya memandang Malissa."Jalan kaki?"

"Iye,tak jauh pun,"Marzuki masih melihat Malissa yang sedang membetulkan tudungnya.

"Kenapa?"

"Takdek pape.Kalau aku join?"Malissa mengerutkan dahinya.

"Join?"

"Join jalan sekali?"

"Ouhh,okay boleh.Takdekla saya sorang-sorang nanti,"kata Malissa dan pergi,tersenyum memandang Marzuki yang menggangguk.Apabila Malissa hilang dari pandangan,dia pun mula melompat gembira."YES!!"

"Cikgu dah siap?"terkejut Marzuki apabila ditegur sebegitu oleh Malissa.

"On the way,"balas Marzuki.Dia mengerutkan dahinya.'Kau dah kenapa Marzuki?Gila?'

Malissa menunggu Marzuki yang sedang mengunci pintu rumah.Sempat dia membetulkan baju dan songkoknya lalu berlari anak ke arah Malissa."Sedia?"tanya Malissa.Marzuki mengangguk semangat.Entah kenapa dia rasa begitu.Pelik pun pelik.

"Hang memang selalu jalan kaki pergi surau ka?"tanya Marzuki kepada Malissa.

"Ha la,saya mana ada lesen.Mahu ditangkap,tak ke naya?"Marzuki mengangguk faham.Dia melihat keadaan di sekelilingnya.Rumah-rumah yang tidak pernah dia lihat.Maklumlah,dia merupakan jiran baharu di taman tersebut.Tambahan pula,dia menaiki kereta.Mana mungkin matanya boleh hinggap di setiap perumahan di situ.

Tiba-tiba,dia menangkap satu makhluk yang amat dia benci dan takuti.Lagi melompat dia apabila makhluk itu mula berdiri dan menyalak.'ARGH ANJING!"katanya,berlari ke belakang Malissa.Malissa pula tenang berdiri di hadapannya.

"Cikgu kena relax dulu.Tarik nafas jangan pandang dia.Nanti dia lagi kejar sebab dia ingat kita nak main dengan dia.Cikgu tunduk.,"

"Taknak takut!!"Malissa terkejut.Ini karakter cikgu Marzuki yang mana satu pulak?Berbagai-bagai karakter yang sudah dia jumpa tetapi ini lagi comel baginya.

"Cikgu sabar.Jangan tengok dia.Perlahan-lahan cikgu jalan,"

"TAKNAK!"

"Cikgu!Pegang tangan saya!"laju Marzuki pegang tangan Malissa tanpa berfikir panjang.Seram pula dia apabila dimarah Malissa sebegitu.

"Jalan slow slow,"kata Malissa dan Marzuki turuti.Marzuki rapat mendekati Malissa dan menunduk.Dia begitu menunduk sehingga kepalanya boleh hinggap di bahu Malissa.Malissa hanya tersenyum.'Comelnya!Macam budak-budak,'

Dalam beberapa minit,mereka pun sampai di surau tersebut.Malissa mengerutkan dahinya.Marzuki masih di posisi sama.

"Cikgu,"

"Hmm?"

"Kita dah sampai,"Marzuki perlahan-lahan mengangkat kepalanya dan dapat dia melihat beberapa orang taman melihat mereka berdua.Perlahan-lahan dia menjauh dari Malissa namun pegangan tangan,tidak dia lepaskan dan itu membuatkan Malissa pelik.Dia pun memandang suaminya dan begitu juga Marzuki.

Marzuki mengerutkan dahinya,memahami isyarat mata yang dibuat oleh Malissa.Malissa pula berusaha untuk menunjukkan bahawa pegangan mereka tidak putus.'Cikgu pegang tangan saya,"

"Haa?"Malissa pasrah.Akhirnya,dia mencium tangan suaminya memberikan tanda.

"Saya masuk surau dulu ye.Cikgu jangan lupa ambil wudu' balik ye,"kata Malissa dan barulah Marzuki faham apa yang dimaksudkan Malissa.

"Ouh okay,"kata Marzuki dan mencium dahi Malissa dan pergi.Alang-alang dah terbatal,apa salahnya kan?HAHAHAHAH

Malissa meneguk liurnya.Damn,dia ni biar betul?!

"Marzuki?"tegur Harun dan itu membuatkan Marzuki menoleh ke belakang.Dia tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk salam.

"Pakcik Harun.."balasnya.

"Jadi muazzin malam ni?"tanya Harun dan Marzuki mengangguk setuju.Pernah ke dia jadi muazzin?Pernah.Cuma bukan di sini.Jadi,ini adalah pertama kali dia melaungkan azan di taman baru ini.Akhirnya,waktu isyak pun telah tiba dan dia pun bersedia untuk melaungkan azan.

"Tak sangka awal betul kamu kahwinkan?Dengan si siapa?Si duda tu..Apa nama dia?Marzuki.."kata salah seorang makcik yang berada di sebelah Malissa.Malissa hanya mengangguk dan tersenyum kekok.

"Alhamdulillah,rezeki.."

"Herm,tulah..Dah plan nak ada anak?"terkejut Malissa apabila ditanya soalan sebegitu.

"Eh,awal sangat acik..Bagilah saya sambung belajar dulu,"makcik tersebut hanya mengangguk.

"Iyelah,sambunglah belajar dulu.Jangan lama-lama sangat.Kamu tu dah bersuami.Nanti suami tu cari lain,padan muka,"Malissa mengerutkan dahinya memandang makcik yang tidak dia kenali di sebelahnya yang sedang membetulkan tudung telekungnya.

'Eh makcik?Kau siapa?'monolog Malissa sambil menjeling tajam ke arah makcik itu sewaktu dia tidak perasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience