BAB 28 (everything that around me,make me remember about you)

Drama Series 9938

BAB 28

Hari bersilih hari,kini tibalah masanya untuk mereka menyambut hari yang bahagia.Hari Raya Aidilfitri.Malissa mengikat rambutnya setelah dia mengenakan solekan di wajah.Baju kurung kelabu itu sungguh dia minat.Terima kasih kepada Marzuki.

Marzuki yang ingin masuk ke dalam biliknya terhenti seketika apabila melihat Malissa bersiap di biliknya.Malissa memilih untuk bersiap di bilik tersebut kerana mempunyai meja soleknya.

Tidak berkelip jadinya apabila melihat Malissa mengenakan pakaian yang dia beli.Cantik!

Dia tersenyum melihat Malissa menari-nari sambil mendengar lagu raya di telefon.Perasaan di hati hanya Allah dan dia sahaja yang tahu.Betapa dia sayangnya gadis di depan matanya kini.Ini adalah dunianya.

Terkejutnya Malissa apabila melihat Marzuki yang bersandar sambil melihatnya bersiap."Ouh cikgu!Dah siap?"

"Belum.Butang tak kena,"Malissa tersenyum sambil mengangguk.Dia pun mendekato suaminya dan mengambil butang yang bersesuaian dengan tema baju mereka.

Malissa perlahan-lahan membetulkan baju melayu Marzuki.Tanpa dia sedar,dia dilihat lembut oleh lelaki yang berada di depannya.Berdoa agar dia sentiasa berada di sisi buat selama-lamanya.

"Hensemla cikgu ni,"kata Malissa dan itu membuatkan Marzuki malu.Dia mencium dahi isterinya."Gorgeous,"kata Marzuki.

Malissa memandang Marzuki yang memandangnya.Mata mereka bertembung."Kenapa tu?"tanya Malissa.

Marzuki menggeleng menahan malu.Dia memegang pinggang Malissa untuk berada dekat dengannya.

"May Allah grant you Jannah my wife,"Malissa tersenyum dan mengangguk.

"Aamiin,"tiba-tiba,salam diberikan di depan rumah dan itu membuatkan mereka terkejut.

"Alamak,Malissa siap dulu ye.."kata Malissa dan bergegas pergi mengambil tudungnya.Marzuki pun begitu.Dia pun keluar untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam.

"Waalaikummussalam.."terkejutnya dia apabila dia melihat Hanim bersama Asina di luar rumah yang sedang tersenyum.

"Hi,"panggil Hanim.Marzuki terdiam.

"Hi,"balasnya.

"Well,Asina kata dia rindu you guys.So thats why Im here,"Marzuki mengangguk dan tersenyum.Dia pun pergi ke arah mereka untuk membuka pintu.

Malissa yang baru sahaja bersiap melihat perkara yang terjadi.Dapat dia melihat Asina yang didukung Marzuki.Dia mengerutkan dahinya.Apa yang terjadi ni?

"Dont worry,I will go now,"kata Hanim dan Marzuki mengangguk.

"Mama ambil Asina pukul 8 okay?"

"Okay mama,"kata Asina,tersenyum gembira.Hanim pun pergi daripada perkarangan rumah tersebut.

Malissa yang melihat mereka ingin masuk lekas pergi ke arah dapur.Cuba beriak bersahaja padahal hatinya siapa yang tahu?

"Asina okay?"

"Mana auntie?"Marzuki mencari kelibat isterinya merata.Dia mengerutkan dahinya.

"Auntie maybe ada kat bilik,"

"Eh Asina?"panggil Malissa dari arah dapur.

"Yeay auntie!"

"Hi sayang,"pelukan diberikan kepada budak perempuan yang berusia 5 tahun itu.

"I miss you auntie,"

"I miss you too,"kata Malissa,tersenyum.Marzuki yang melihat hanya tersenyum.Cantiknya Malissa apabila tersenyum sebegitu.

"Jom,kita pergi rumah mak ayah auntie.Depe dah tunggu tu,"kata Malissa dan Asina mengangguk gembira.

Beberapa minit kemudian,akhirnya mereka sampai di rumah Halim dan Shima.Dapat mereka lihat Shima dan Halim yang sedang ketawa sambil menghias pokok bunga di halaman rumah.

"Assalammualaikum,"panggil Malissa.

"Waalaikummussalam.Masuklah,"kata mereka.Shima tersenyum apabila melihat Asina yang berada di pelukan Malissa.

"Haaa cucu ibu ke nii?"

"Takdeklaa ibu.."Shima ketawa sambil mencubit-cubit pipi Asina.

"Heheheh cepatlah dapat cucu,"Malissa memandang Shima dengan pandangan pelik.Sudah..Ibu lupa ke yang aku ni baru 18 tahun?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience